Hijab V ( Kejam)

125 1 0
                                    


Kejam

"Kenapa manusia perlu menjadi kejam?"


Okey, seseorang pernah mengajukan kepada aku soalan ini beberapa hari yang lepas. Dia bertanyakan pendapat  mengapa manusia menjadi kejam? Kejam dari segi apa itu? Manusia boleh kejam dari pelbagai aspek.


1) Kekayaan

Tipu sangatlah kalau kau tak pentingkan duit. Setiap hari ada saja duit dikeluarkan secara rela mahupun terpaksa. Beli itu beli ini. Sehinggakan, ada yang sanggup membeli kasih sayang dengan duit? H to the E to the L to the L ! Kau pergi sekolah dimana ya sehinggakan kasih sayang pun boleh dibeli. Oh  yes! Mungkin benar. Sebab apa? Sebabnya, dengan wang(duit lah tu) mampu menggelapkan hati manusia. Kenapa gelap? Sebab minda tu terlampau kolot dan sempit!

"Kalau nakkan dia.. kalau kau nak mama dan papa restui hubungan korang berdua dan inginkan harta kami pada masa yang sama jugak, boleh.. we cou

ld give anything you want but please.... tolong kami buat sesuatu.."

"Buat apa tu, mama?"jawab Afiq.

"Hancurkan keluarga bakal mertua kamu"aku kaget. Kenapa pula perlu begitu? "Kalau Afiq hancurkan keluarga Dhia, susahlah kami berdua nak kahwin.."

"Lembab betullah kamu ni. Pandai-pandai kamilah nak uruskan macam mana nanti. Yang penting, kamu buat apa yang kami suruh. Walaupun kamu terpaksa membunuh salah seorang dalam ahli keluarga Dhia"

"What? Are you kidding me, mama?"mama hanya tersenyum sinis.

"Fiq, harta kekayaan menjamin segalanya. Kalau kamu berharta nanti, senang lenanglah hidup kamu anak-beranak."ujar mama.

Jap. Perlu ke aku simpulkan bahawa manusia sanggup membunuh? mencederakan seseorang? membuli? Hanya kerana kemewahan hidup? Aku tak mahu banyak cakap. Biarlah korang simpulkan sediri. Cumanya, aku ingin bertanya.. dimanakah sikap perikemanusiaan semulajadi? Sudah hanyut mana mahu ingat. Tsk..tsk.. Satu je aku nak cakap,"sampai bila kekayaan kita itu? Harta, darjat, kekayaan semua itu bukannya boleh bawa masuk ke dalam kubur. Sedar tak, semakin kaya harta seseorang itu, semakin lambatlah seseorang itu dihitung amalnya?"Bangkitlah!


2) Percintaan

Cinta itu buta dan dengan kuasa cinta juga ia mampu mengelapkan mata dan hati seseorang. Ini secara tidak langsung, ia mampu melahirkan seorang insan yang kejam. Betullah, aku tak tipu. Nak bukti ke? Hm, dahlah.. malas nak fikir situasi, hahaha..

Begini sajalah, aku perkatakan... dengan cinta mati sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mempertahankan cinta agung mereka. Agung ke? Tepuk dada tanya iman. Dalam hal ini, ia bermula dari sifat cemburu ( like I told u before), bila cemburu menguasai diri, kau rasa? Oh tidak, dendam yang sudah kian kesumat di hati, makin bertambah. Sanggup membunuh seseorang? 

Ataupun;

Ego. Tidak boleh melihat seseorang mendapat cinta atau cintanya dibalas.

Apa aku boleh katakan dengan golongan ini, "Untuk apa merebut cinta dunia, sedangkan kau masih terkapai-kapai mencari cinta Ilahi? Sudahlah, bangun dari mimpi. Kembali ke alam nyata. Pulanglah kembali kepada tugas utama kau dilahirkan dimuka bumi ini."

Hm, sebenarnya banyak lagi sebab manusia berlaku kejam tapi malas kian menguasai diri. Eh, tak.. tak.. dah mengantuk ni ( jam sudah menunjukkan pukul 1.00AM) ahaks!

Lain-lain itu, dapat dilihat dari segi permainan politik, agama ( walau agama melarang kekerasan dan kekejaman, namun ada yang salah guna. Ini malas nak huraikan, nanti kena kecam *flip tudung*)

Enough, enough. Good mornight people!! 

Bangkit! [ COMPLETED ] EDISI  #1Where stories live. Discover now