Hijab III ( Sakitkan Hati)

99 3 0
                                    


Sakitkan hati

"Kenapa manusia perlu menyakitkan hati orang lain?"

"Kau sakit ke?  Aku tengok kau mampu tersenyum setelah dengan apa dia lakukan. Kau ni manusia jenis apa, ya? Kalau akulah, haih.. dah lama aku saman malu. Kau fikir perkara macam tu boleh dibawa main? Oh helll oooo, aku benci tengok kaum lelaki sakitkan hati kaum wanita seperti kita" si gadis ayu berkaca mata itu meluahkan perasaannya. Kecewa dengan tindakan rakannya itu. Sadis sungguhlah hidup kau. Aku turut bersimpati dengan apa yang sedang berlaku kepada kau. Keluhan kecil turut dilepaskan bersama.

Aku mendiamkan diri. Aku memerhatikan sahaja dia membebel seorang diri. Natasia oh Natasia.

"Haa, itu tak lain tak bukan mengelamun sajalah kerja kau. Cuba kau bangkit dari lamunan kau. Do something for the sake of your future. Please El, please.. Wake up from your position. Sampai bila kau nak macam ni? Aku dah tak sanggup melihat kau menderita. Dia selalu sakitkan hati kau. Bila kau diam seperti ini, aku tahu kau sedih. Kau sengaja tunjuk kuat sedangkan aku tahu kau lemah.

Kau insan lemah, El. Jangan beginilah El. Kalau kau perlukan pertolongan, aku sentiasa berada disisi kau. Aku sedia membantu kau setakat kemampuan dan kudratku," lengan baju diperbetulkan. Mata Natasia masih tidak terlepas memandangku.

Aku memberani diri untuk bersuara. Ya, aku tahu. Itulah tindakan yang perlu aku lakukan. Selagi aku tidak bersuara, selagi itulah dia akan membebel tanpa henti. "Tak mengapalah Nas.. Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Jika inilah balasan aku perlu aku terima, aku sanggup memikulnya. Aku tahu dia sakitkan hati aku bersebab..."

"Bersebab? Kau cakap dia sakitkan hati kau ada sebab? Hotak kauuu!! wake up, El.. wake up!  Tolonglah buka mata kau seluas yang mungkin. Bukalah minda kau. Tafsir secara mendalam...."belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Nastasia sudah memotong.

Aku mengalah. Aku kalah dalam sesi berbual. Jika aku buka mulut sekalipun, dia ada saja mahu membangkang ataupun memotong percakapanku. Jika begini, bagaimanakah masalah dihuraikan? Tidak mengapalah.

Oh ya, padaku si dia mungkin menyakiti hatiku berserta sebab yang tersendiri. Sebab yang dapat dilihat dari semua aspek. Ada kalanya manusia seringkali menyakiti sesama mereka adalah kerana cemburu. Ya, cemburu dengan kebahagiaan orang ( p/s : yang ni sis akan perjelaskan untuk entry yang seterusnya)

Seterusnya, mungkin kerana dia mahukan yang terbaik untuk seseorang. Dalam makna kata yang lain, dia sengaja sakitkan hati seseorang demi menjaga keselamatan dan kepentingan peribadi. Sebagai contoh disini, sis ambil berdasarkan klip video Ku Rela Dibenci oleh Aiman Tino i barangkali?

Begini, seorang kekasih menyakiti hati kekasih mereka disebabkan tidak ingin kekasih  hatinya sedih dan sukar menerima ketentuan Ilahi sekiranya dia sudah tiada di muka bumi ini lagi?

Atau, manusia menyakiti hati seseorang disebabkan oleh sikap pentingkan diri sendiri. Penting diri sendiri atau 'selfish' disini membawa maksud ... hm, jap!

Ahaa... * I got it*

Tapi, abaikan sajalah. Aku malas nak huraikan lagi sebab manusia seringkali menyakitkan hati seseorang. Pada pendapat aku, mereka ini perlulah bijak dalam melakukan setiap tindakan. Dan jika boleh, biarlah tindakan yang dilakukan itu perlulah setimpal dengan kemampuan.

Kepada mereka yang pernah menjadi mangsa sepertiku ini, aku sarankan kau jangan mengeluh. Jangan kecewa dan sedih. Dia sakitkan hati kita, itu tidak bererti dia bencikan kita sesungguhnya. Melainkan kes-kes yang tertentu. ( p/s : tak perlu rasanya nyatakan disini. Itu terlalu sensitif.)


Bangkit! [ COMPLETED ] EDISI  #1Where stories live. Discover now