Berguna

116 3 0
                                    



Tak guna jika pandai namun tidak memanfaatkannya. Awak, kenapa awak tidak jadikan diri awak itu seperti pohon? Biar buruk mana sekalipun tanggapan atau persepsi masyarakat terhadap awak,"kau tak pandai duduk diam-diam sudah, tak perlu bercakap apa-apa. Menyibuk je pasal orang. Orang suruh pergi mengaji, kau pergi berhenti mengaji. Sanggup pula tu mengambil upah sebagai pengawal keselamatan di sekolah hujung kampung tu,"ujar mak cik Salmiah tanpa berfikir dan mengambil kira akan perasaanku.

Aku hanyalah manusia biasa. Aku tahu bisakan ilmu itu penting, namun kudratku sebagai anak jantan dalam keluarga yang begitu memerlukan tenaga aku, aku pasrah. Aku tidak mahu melihat ibu, ayah dan adik-beradikku yang lain menderita. Cukuplah ibu dan ayah sudah membanting tulang sepenuh kudrat dalam membesarkan kami sekeluarga. Bagi aku, menjadi seorang pengawal peribadi bukanlah sesuatu pekerjaan yang jijik dan hina. 

Awak, saya ingin bertanya, "Apakah pekerjaan sepertiku ini tidak melayakkan aku sebagai manusia?"

"Tidak layakkah aku untuk bergaul dengan golongan atasan?"

Manusia oh manusia.. Jika kamu benar-benar berilmu dan cukupnya ilmu di dada, dimanakah sikap berkeperimanusiaan kamu itu? Dimanakah nilai moral dan pegangan agamamu itu? Andai benarlah kamu itu golongan yang berpendidikan, dimanakah terletaknya ilmumu? Tidak berguna sama sekali jika diri penuh dengan ilmu pengetahuan jika ilmu moral dan agama tidak dijadikan pegangan.

Awak, secara tegas saya ingin mengatakan bahawa... golongan yang tidak menerima ilmu setinggi awak adalah layak bergelar manusia sekiranya mereka tahu membezakan dimanakah emas, batu hatta permata sekalipun. Tidak ada guna jika ilmu penuh di dada, namun jika dijolok sedikitpun tanggapan ini kepadamu, sudah pasti ada sahaja yang bakal melenting..


"Diam jelah, bodoh! Sekolah pun kau setakat lulus Tingkatan 3 je, tak layak bergaul dengan aku. Sebelum kau menegur aku, cermin diri kau dulu! miskin buat cara miskin. Dasar orang miskin memang suka mencari dan menagih simpati dengan orang kaya, kan? Blahhh!!"

Hm, beginikah golongan yang berilmu pengetahuan tinggi? yang rendah ditindas dan yang tinggi diagung-agungkan? 

Begini sajalah awak saya simpulkan,  nak jadi manusia berilmu ini bukan sahaja perlu ke sekolah atau ke mendapat segulung ijazah sekurang-kurangnya. Manusia yang berilmu, aku andaikan ia seperti pohon.. Pohon adalah sempurna awak semua.. Pohon ini   jika dijolok sedikit sekalipun dengan kayu, dibaling dengan batu berpuluh-puluh biji, jika dibalasnya ialah buah, maka itulah pohon yang penuh rimbunan ilmu. Masih tidak jelas?

Baiklah,  aku andaikan sebegini..

Bayangkanlah pohon itu kau. Pohon yang penuh dengan rimbunan dedaun dan buah ( kau yang penuh dengan ilmu *kononnya.. mata juling*) bila orang tu ada masalah, kau endahkan saja (pohon dijolok dan tiada hasilnya) Apakah petanda itu? Fikir-fikirkanlah..




P/s :  Masih tidak faham ? PM me for more explanation.


Adios!

Bangkit! [ COMPLETED ] EDISI  #1Where stories live. Discover now