Hidup ini seperti yang kita sedia maklum penuh dengan persoalan. Seribu satu persoalan yang bakal hadir dan menghantui diri kita saban hari tidak kira terbitnya fajar matahari mahupun terbenamnya matahari di ufuk fajar.
Pilih Kasih.
"Kenapa manusia perlu pilih kasih?"
Pilih kasih itu lumrah kehidupan. Nak berkawan pun mesti akan memilih, bukan? Bohong sangatlah kalau tidak ada sekelumit perasaan kita dalam memilih kasih. Pilih kasih ini bukan sahaja dalam perhubungan si ibu dan bapa terhadap anak-anaknya mahupun berlaku dalam kalangan ahli keluarga atau sahabat. Akan tetapi, ia turut berlaku dalam setiap tindakan dan aktiviti harian. Tidak percaya? Mari sini aku berikan contoh ;
Sewaktu kau tersungkur. Kau rebah menyembah bumi sambil ditemani linangan airmata. Semua orang mengendahkan kau. Meminggirkan kau daripada kelompok manusia. Kau jatuh tersungkur hanya disebabkan oleh dipukul oleh seseorang yang begitu hebat tampaknya. Sekali dikilas, sesiapa sahaja mesti akan mengatakan,
"Wah, hebatnya dia!"
"Kesian sungguh aku melihatnya. Muka sudahlah kacak, ketinggian hampir mencecah 4 kaki, takkanlah kita sanggup membiarkan dia begitu sahaja? Sadis sungguh."
"Tak mungkinlah dia melakukan perbuatan terkutuk itu. Wajahnya ayu, lemah lembut, bertutur dengan sopan dan penuh adab bertudung litup menutupi dada pulak itu! Ilmu agama penuh di pekung dada. Tidak ada sebab kita perlu menuduhnya,"
Sudah. Cukup. Muak sudah dengan itu semua. Perlukah ia menjadi penyebab mengapa golongan sebegini perlu dipertahankan? Sedangkan mereka yang lemah dari segi sumber kewangan, kesempurnaan anggota badan, tahap intelektual dan keistimewaan luaran ini ditindas.
Mungkin pada pandangan mereka, individu yang lemah dalam pelajaran ( lembab) adalah tidak penting. Tidak ada faedahnya jika dipertahankan. Tidak mendatangkan kesenangan kepada kita menyiapkan tugasan ( terutama dalam kerja kursus) dan memilih mereka yang bijak dan pantas dalam melakukan sesuatu tugasan adalah lebih baik. Baiklah, jikalau begitu.. bagaimana mereka ini mahu berjaya? mahu meningkatkan motivasi diri? Kita meminggirkan mereka tanpa memikirkan kesannya? Tidak takutkah sekiranya mereka ini memendam rasa sehingga berlakunya konflik dalam hubungan sosial? Kemanakah pembimbing?
Fikir-fikirkanlah.. Adakah disebabkan paras kecantikan seseorang itu ? Tahap intelek peribadi? atau kekayaan? Semuanya ada pada diri sendiri.
YOU ARE READING
Bangkit! [ COMPLETED ] EDISI #1
General FictionJatuh dan bangkit kehidupan manusia ini diibaratkan seperti ekonomi. Kala hidup didatangi pancaroba, usah mengeluh. Bangkit dari kegagalan! Bangkit dari segala tohmahan anasir luar ! Kita adalah kita. Kita mampu melakar kejayaan dan keluar dari kepo...