Cemburu
"Kenapa manusia cemburu akan kebahagiaan orang lain?"
Hidup kita tidak pernah sesekali terlepas daripada sikap cemburu. Cemburu. Iri hati. Dan sifat dan sikap inilah yang sering menjadi wadah kepada mereka untuk terus-menerus daripada melakukannya. Cemburu ini ada pelbagai jenis. Ada cemburu pangkat. Cemburu kasih sayang. Cemburu kekayaan. Namun begitu, semuanya boleh diperkatakan dalam satu makna yang sama ataupun digelar homonim?
Okey, kali ni aku cuma nak beri pendapatlah kenapa dan mengapa manusia pada masa ini semakin cemburu dengan kebahagiaan orang lain? Mengapa tidak pada zaman dulu? Oh, tidak! Tidak kiralah pada masa ini atau lampau, kita sebagai manusia tidak pernah terlepas daripada CEMBURU.
"Hek eleh, mamat kerek ni.. kau fikir kau seorang je ke boleh disayangi? Aku pun bolehlah"
"Mel, kau tengok tu Mel.. makin hari makin kaya aje aku tengok dia ni. Hm, memang sahlah dia pergi minta bantuan pawang di hujung kampung itu. Aku masak benar dengan orang seperti ini,"
Ewah, ewah.. sedap sungguh ye mempertikaikan kebahagiaan seseorang? Kau fikir kau hebat sangat ke? Kau perlu sedar bahawa setiap individu diberi rezeki masing-masing. Mahu atau tidak, jika kau malas berusaha, mana akan datang kebahagiaan itu?
Ops! Jangan salah ertikan. Bila aku cakap kau kena rajin berusaha, kau akan mengambil jalan pintas. Ya, itu tak salah. Tak salah jika kau memikirkan jalan untuk berusaha mendapatkan kebahagiaan itu. Akan tetapi, meh sini cik abang cik akak.. aku nak cakap sesuatu..
"Berkat tak usaha kita itu?"
"Allah redha ke tak dengan setiap tindakan kita itu?"
Abang, kakak, adik, semualah.. Carilah jalan yang benar, bukannya dengan menggunakan sesuatu yang khurafat atau pentingkan diri sendiri. Kau ragut kebahagiaan seseorang, kemudiannya kau tinggalkan dia? Kau abaikan dia. Kau sisihkan dia bila dia dalam kesusahan? Sedangkan, ketika dia senang, dia tidak pernah sekalipun melupakan kau. Adakah ini bererti kawan makan kawan?
Kau cemburu dengan dia sebab apa?
1) Kau ego.
Ego kau tu tinggi melangit. Andai melihat seseorang itu melebihi kemampuan kau, kau tidak akan senang duduk. Kau akan cuba untuk menjatuhkan dia. Kau akan cuba mengatasinya. Hidup kau dalam penuh ketakutan. Keegoan.
2) Kau kurang kasih sayang.
Ya, aku tak nafikan ini. Kau cemburu dengan kebahagiaan seseorang itu, misalnya dalam ikatan kekeluargaan. Kau tengok mak dia ikutkan sahaja kehendak dan kemahuannya. Sedangkan kau? Meraung. Meratap. Mengamuk. Merajuk. Pendek kata, semualah. Kau tidak dapat semua itu. Ibu bapa kau abaikan kau. kau kurang kasih sayang. Kurang perhatian. Kau kesunyian. Bila kau nampak kawan-kawan kau berseronok dengan keluarga dia, kau cemburu. Kau menyindiri dia dengan mengatakan, "Kau ni anak manjalah. Kau dah besar, cubalah berdikari. Merantau jauh mencari pekerjaan" hasutan demi hasutan kau berikan kepada dia. Jika dia tidak mengikut hasutan kau, apakah yang kau bakal lakukan? Dendam? Hm, aku tak nafikan itu.
3) Materialistik ( lebih kurang macam ciri2 calon suami smurff_Sengal ahaks! >_< )
Materialistik macam mana? Gila harta! Gila kekayaan. Semua nak hidup senang. Kau sanggup buat apa-apa sahaja untuk mengatasi. Lebih kurang ego but more to money money money, ahaks! Manusia zaman sekarang, erti kebahagiaan terletak pada wang. Tanpa wang, harta, pangkat.. korang tak bahagia eh? maaf bertanya.
4) Percintaan
Nak cakap pun serba tak kena. Kau cemburu dengan kebahagiaan orang sebab cinta kau tak terbalas. Disebabkan itu kau cemburu. Kau cemburu buta namanya. Cemburu tak tentu pasal. Dah takde jodoh tu terima sajalah. Hek eleh, aku cepuk kang dengan orang macam ni.
Cukuplah 4 sebab.. pada pemikiran akulah. Maaf kalau ada silap tafsiran ke apa ke.. Tapi satu je aku boleh cakap. Tak perlulah nak cemburu dengan kebahagiaan orang lain. Kau tu yang sedar. Kau kena sedar dari lena kau tu. Pergilah mencari kebahagiaan sendiri. Jangan aku cakap kau tu bagai melukut di tepi longkang pulak, ya?
adios!
frhasyh only for you.. asyuhaida, sorry mem besar..i lap u guna napkin.
YOU ARE READING
Bangkit! [ COMPLETED ] EDISI #1
General FictionJatuh dan bangkit kehidupan manusia ini diibaratkan seperti ekonomi. Kala hidup didatangi pancaroba, usah mengeluh. Bangkit dari kegagalan! Bangkit dari segala tohmahan anasir luar ! Kita adalah kita. Kita mampu melakar kejayaan dan keluar dari kepo...