"Markah penuh 12, kat sini so.. untuk trial ni.. siapa tak dapat markah penuh, bahagian graf, siaplah kamu" ujar pn,Dai.
Murid-murid kelas 5um yang tadinya bising, serta-merta menumpukan perhatian.
Tiba-tiba kedengaran suara orang berteriak. Tapi bukan 1 orang, mungkin dalam 7 atau 8 lapan orang. Mujur suara berteriak itu bukan berasal dari makmal. Memandangkan pelajar 5um sedang berada di makmal.
Pembelajaran mereka berhenti, pelajar pun mula bercakap-cakap mengenai suara orang berteriak itu, kerana sampai sekarang suara berteriak itu masih kedengaran, cuma ada kalanya suara itu hilang.
Pn Dai, keluar dari makmal untuk memeriksa apa yang berlaku.
Kie menggenggam kuat tangan umairah. Umairah pula menggenggam tangan Ara.
Terdengar lagu satu jeritang yang amat kuat. Serta merta Kie teriak.
"Arghhhhhhh!! Unnie" teriak kie, lalu memeluk lengan umairah dan ara. Memandangkan dia duduk ditengah tengah antara umai dan ara.
Unnie yang kie maksudkan ialah umairah kerana unnie bermaksud kakak.. umai pula yang paling tua antara mereka .
Pelajar-pelajar lain pula sudah mula menangis. Ada juga yang cuba menenangkan.
Min terus menutup dan mengunci kedua-dua pintu makmal.
"Min jangan! Cikgu Dai belum masuk"
"Nampaknya benda tu dah sampai kat sekolah kita" ujar min. Salah seorang pelajar lelaki 5um.
"Benda apa?" Tanya Putri.
"Korang tak nampak berita kah semalam?" Sampuk Nizam pula.
"Jadi.." ucap Umairah, seluruh kelas melihat dia.
"Jadi, benda tu dah sampai kat sekolah kita?" Sambung Umairah.
"Nampaknya macam tulah" balas Haiqal, yang masih dengan bukunya, mukanya bersahaja, langsung tidak memaparkan ketakutan.
"Benda apa, unnie?" Tanya Ara. Dia masih tidak memahami apa yang berlaku.
"Zombi!" Ujar umairah. Diikuti dengan jeritan Kie.
"Unnie.. saeng... aku taknak kena makan dengan zombie tu.." rengek Kie.
Umairah risau melihat bffnya. Dia juga takut, tapi kalau dia takut. Siapa yang mahu menguat kan mereka.. jadi dia perlu kuat. Kuat untuk bffnya. Satu takut sangat.. yang satu lagi.. masih tak faham faham apa jadi. Haih.
"Persoalannya, ada kah orang yang nak kena makan dengan zombi tu?" Sampuk ima.
Ara pergi menyertai beberapa pelajar yang mengintip dari tingkap makmal.
"Unnie!!" Teriak Ara.
Umairah dengan kie menoleh.
"Kat luar tu zombi lah!" Ujar Ara.. ada sedikit keterujaan di mukanya.
"Ara.. aku dah cakap tadi kan.. " balas Umairah.
"Wo.. first time aku tengok zombi.." ujarnya.
Makmal itu dipenuhi dengan suara tangisan.. ketakutan.. "weh senyap.. kita perlu senyap.. jadi zombi tu tak tau kita ada dalam ni" ujar min.
Tiba-tiba pintu depan makmal di ketuk kuat dan bertalu-talu. Kie menjerit lalu dia menekup mulutnya.
Pelajar yang lain segera menjauhi pintu depan makmal. Min segera memberi signal.. menyuruh rakannya senyap.
Ara maju, lalu mengintip dari tingkap untuk melihat gerangan orang/zombi yng mengetuk pintu.
"Cikgu Dai" ujarnya.
Min segera membuka pintu.
Cikgu Dai masuk dengan keadaannya yang berdarah-darah. Dia duduk.
"Cikgu, cikgu ok tak ni?" Soal pika.
Umairah segera menutup pintu.
"Ok" balas cikgu ringkas. Masih menstabilkan nafasnya.
"Ok? Tapi cikgu penuh darah" ujar junira.
"tak, ni darah orang lain, yg cikgu cuba tolong tapi tak mampu, zombi tu semakin banyak." Balas cikgu.
*************
Jam tangan Ara sudh menunjukkan pukul 3 petang, namun zombi tu masih berkeliaran.
"Unnie aku lapar" ujar Ara.
"Sabarlah Ara.."balasnya.. itu sahaja yang mampu.
Tiba-tiba pintu dipukul kuat. Atau ditendang? Mungkin.
"A.. apa tu" tanya Kie semua orang mula panik.
Beberapa orng pelajar lelaki segera menahan pintu.
Pintu berjaya di dibuka sedikit. Semua pelajar berteriak tatkala melihat rupa zombi itu. Mereka kelihatan agak menakutkan.
Min menolak kuat pintu itu. Namun tangannya sempat digigit sebelum pintu berjaya ditutup.
"Min kamu ok?" Tanya cikgu.
Min terbaring kerana menahan sakit tangnnya.
"Sakit! Sakit cikgu!" Balas min.
Tiba-tiba min termuntah darah.
"Min! " ujar cikgu dan yang lain lain kerana terkejut.
"Jangan! Jangan dekat dengan aku.. " tambah min. Mungkin dia takut..
Tiba tiba min bertukar pucat, matanya bertukar putih.. min sudah bertukar menjadi
"Zombi!!!!!" Teriak Ara.
"Ara! Kau kenapa!" Ujar Kie lalu memukul Ara yg baru terbangun.
"Ha?" Ujar Ara lalu menggosok -gosok matanya.
Pelajar lain pula mula ketawa kecil melihat Ara.
"Ara! Kamu tidur dalam kelas?!" Tanya cikgu Dai.
Ara tersengeh"mimpi rupanya".
Sekian. NakMakanOfficial
YOU ARE READING
Saya Suka (Cerpen)
General FictionCerita pendek tapi menarik.. Saya patut cakap lebih lagi kah? Saya rasa lagi suprises kalau.. kamu sendiri yang baca hehe. Hehe.. kidding. Buku ini mempamerkan beberapa cerpen yang saya rasa berlainan tema.. Mungkin?? Kalau berminat.. baca lah.. *s...