Kisah 4

72 8 15
                                    

Kadang aku tertanya.. mengapa sanggup mereka lakukan dia seperti itu. 

Tangan ku,  aku regang kan seketika.. hah.. penatnya.  Seharian menaip jer kerja.. tiba tiba pintu bilik ku di ketuk.

Lalu di buka.

"Lia, meh makan sekali.. ibu dah siap masak makan malam " ujar ibu. Lalu turun.

Haih sejak aku officially bergelar lepasan SPM ni.. tak membuta,  makan, tak makan,  menaip. Hah! Itu lah kitaran hidup aku.

Aku mmng tak keluar rumah, even kawan kawan ajak. Bukan anti-sosial tapi baru 2 minggu lepas kot habis SPM takkan dah nak keluar kan? Tak gitu? Bagilah aku masa sikit qada' tidur aku..

Eh panjang lebar pula. back to the story.

"Wah sedapnya!" Ujar ku lalu mengambil tempat di sebelah kakak.

Ayam goreng bersalut tepung kfc itu lantas ku ambil lalu letak di pinggan. Habis saja ayah mengetuai bacaaan doa makan , aku apa lagi. Berabis la!!

"Lia tak nak cari kerja kah? Ada income juga..  tak lah menabung lemak jer kat rumah " ujar ayah menyindir.  Lalu ketawa.

Aku yang makan ni pun terus terbatuk batuk.

"Kerja? Hm.. nak lah juga tapi.. tgk lah acamana.. k?" Lalu sambung makan.

"Makcik ani ada  call..  dia perlukan pekerja , bukan susah pun, lia cuma duduk kat butik dia tu.. sapu sapu sikit.. kemas kemas sikit.. kan?" Ujar ibu memberi cadangan. Kakak dengan adik khusyuk saja mendengar.

"Gaji berapa? " soalan klise itu akhirnya keluar juga dari mulut ku yang sibuk mengunyah ayam goreng yang sungguh menyelerakan itu.

" dalam rm 850 , kira berbaloi lah.. "

"Bila blh mula?".

.................................................................

Selesai kasut ku ikat. Aku menyalam ibu. Memandangkan aku tak de lesen memandu.  Aku kena lah naik bas. Then aku memulakan perjalanan ku ke stesen bas.

Ketika aku melimpasi rumah sebelah rumah aku tu.

Aku terlihat ke tingkap  bilik atas tu.. ada perempuan. Dengan penuh khusyuk dia melihat aku. Tapi rumah tu dah lama kosong. Aku pelik lah jugak. Dia nampak macam sebaya aku. Tiba tiba teringat cerita ibu dgn kakak semalam.

Tengah aku sibuk cuci pinggan,  ibu dengan kakak bercerita, tah pasal apa , tapi aku terdengar nama mak nah.

"Mak nah?" Soal ku. Tak pernah pernah aku dengar nama  tu.

Ibu dgn kakak menoleh kearah aku.

"Mak nah tu sape?"

"Orang cakap biar hodoh jangan pekak" usik kakak lalu ketawa.

"Bukan mak nah lah. Mak kiah!" Ujar ibu.

Aku terkedu seketika. Sejak habis SPM ni telinga aku ada masalah nampaknya..

"Apa apa lah,  mak kiah ker mak nah ker..  siapa tu.. lia tak pernah dgr pun?" Tak payah nak berdolak dalih.

"Tulah..  sila jangan nak terperap jer kat dalam bilik. Mak kiah tu jiran kita,  baru seminggu lepas dia pindah kat sini".

Langkah kaki ku terhenti, aku menoleh kearah gadis itu. Pakaian nya yang serba putih dengan hijab putih di kepalanya. Sedikit menakutkan aku...

Wajah yang sisip sisip kelihatan dari sebalik langsir itu langsung tidak di hiasi senyuman.

Saya Suka (Cerpen)Where stories live. Discover now