kisah 5

59 9 11
                                        

Darah yang mengalir deras keluar dari badan lelaki berusia sekitar 40 an namun masih kuat memperjuangkan hidupnya kerana Allah taala.

Mulutnya terkumat kamit mengucap nama Allah.

Aku yang sibuk menjahit lukanya itu timbul rasa kagum. Dalam saat kegentingannya dia msih mampu mensyukuri Allah. Hebat.

Kedengaran bunyi bising tangisan raungan dan huru hara di koridor hospital.

Sejak aku ditugaskan merawat ke sini, 5 bulan lalu, aku sudah membiasakan diri. Jujur aku tak mampu, sakitnya bukan fizikal ku tapi mentaliti ini yang berhadapan orang mati hampir setiap jam.

Aku terkilan dengan semua ni, bila sengsara ini akan berakhir ya Allah. Anak kecil, wanita mengandung, mereka bunuh tanpa belas kasihan. Aku tak mampu dengar tangisan mereka.

Tapi aku yakin. Allah bersama orang orang yang teraniaya. Aku tahu akan ada pengadilan dari yang Maha Esa buat mereka.

Seorang pemuda lelaki menanyakan soalan yang paling aku tidak jangkakan. "Apa kah hukum saya membunuh ibu, kakak, saudara perempuan saya sebelum mereka dirogol dan di bunuh oleh pengganas itu?"

Ya Allah.

Aku mencuci tangan kerana baru habis pembedahan. Terdapat percikan darah pada hijab ku. Telefon ku ambil keluar dari kocek baju ku. Nombor telefon mak ku dail.

"Assalamualaikum mak?" tanya ku.

"Waalaikumsalam ieyam, apa khabar nak? Sihat kah? Mak rindu ni, dah lama sangat tak call mak" ujar mak.

"Maafkan ieyam mak, ieyam busy, lagi pun kat sini line tak kuat, bukan semua tempat ada line"

"Tak pa lah. Mak faham, mak.."

Suara mak terhenti ku dengar disambung dengan suara tangisan. Mak bukan sekadar rindu, tapi risau akan nyawa ku. Di tanah bergolak ni.

"Mak.." aku menyahut.

"Tak pa lah. Iyam sambung kerja ya nak. Kerja baik baik. Rawat orang kat sana. Doa mak sentiasa mengiringi ieyam."

"Ok mak, assalamualaikum"

"Waalaikumsalam".

Talian telefon di matikan.

Aku terdiam. Berat rasanya aku ingin pulang kerana keadaan di sini lebih memerlukan aku. Tapi aku rindu mak.

************

"Assalamualaikum" sapa Aisyah, wanita berdarah mat saleh itu datang menyapa ku di pejabat ku.

"Had you done , your subuh prayer?" soalnya mengambil berat.

"Alhamdulillah" jawab ku ringkas.

"Doktor kie( nama lain bagi ieyam), i heard tomorrow you will fly back to your country" soalnya.

" yes doctor aisyah, tomorrow i'll go back to my country, my mission on here has done"

" thankyou, for all have you done , helping us on here. I hope we will meet again"

......

Hati sayu. Ya Allah, pentingkan diri kah aku? Aku ingin bersenang lenang sedangkan saudara ku sedang berjuang di sini mempertahan kan agama mu.

Aku nekad.

Nombor telefon mak aku dail.

"Assalamualaikum mak?"

"Waalaikumsalam, kie.. Kenapa nak"

"Mak kie, nak minta maaf...kie nak minta izin mak.. Kie masih nak bertugas kat sini.."

Lama mak diam. Aku tahu , mak bukan sekadar rindukan aku, mak risau, risau keadaan anak nya di negara bergolak ni.

"Tak pa lah nak, mak izin kan. Kie jaga diri tau, mak tunggu kie balik"

*********

"Doktor kie, why are you here? , i thought your flight gonne by fly soon" Soal doktor aisyah yang pelik melihat aku bersedia untuk melakukan pembedahan.

"Yes it is, but its not my flight. I've made my decision. I still want to continue my mission on here" jawab ku disebalik mask aku pakai itu.

Doktor aisyah tersenyum "thank you for understanding us"

*******

Termasuk harini, dah lapan bulan aku kat sini, rindu dengan mak ayah makin kuat.. Tapi apa kan daya.. Di sini lagi memerlukan. Mak pun masih izin kan aku untuk stay.

Pintu bilik pejabat ku di buka kasar oleh doktor Aisyah.. Kerana tergesa gesa.. "Doktor kie, be prepare, we will going to a village that been attack a while ago. They are too many to  go here.. So we are the one who need to go there and we need you" terangnya ringkas. Aku terus bersiap membawa peralatan perubatan . Lalu menaiki helikopter menuju ke kampung itu.

"We have receive the news that the village are clean, there are no more soldier over there so its safe for us" penerangan doktor aisyah itu sedikit melegakan hati ku.

Ya Allah, bantu kami.

Sesampainya kami di kampung itu, penduduk kampung mula memngerumunk kami , meminta di rawat, khemah saja belum sempat di dirikan.

Sayu hati ku melihat, keadaan rakyat yang teraniya itu. Sakit . Seolah-olah, mereka bukan manusia diperlakukan sedemikian rupa.

Malam melabuhkan tirainya. Aku kagum. Mereka masih mampu bertahan. Memandang kan kerja sudah kurang. Doktor- doktor lelaki, pergi membantu mengebumikan mangsa-mangsa yang tidak dapat di selamatkan.

Kami doktor perempuan, pula membersihkan khemah, kerana kami akan berada di kampung ini dalam tempoh masa seminggu.

Dalam kesunyian malam itu , tiba tiba suara tembakan bertalu talu kudengar, jantung ku bagaikan mahu tercabut.

Mungkinkah itu suara askar askar penjajah tu datang kembali??

Kedengaran penduduk kampun berteriak dan meraung.

Doktor Aisyah segera menarin tangan ku. Kami menuju kearah tempat persembunyian yang diberi tahu oleh penduduk kampung. Iaitu di bawah tanah, pintu masuk nya di selebungi oleh semak samun dan tanah membuat kan taktik itu berjaya.

Askar itu semakin dekat, aku dan doktor Aisyah segera melajukan langkah.

Tiba tiba aku dengar seolah olah nama ku dipanggil oleh mak. Langkah kaki ku mula perlahan. Suara mak semakin kuat kudengar memanggil nama ku.

"Kie! Run! " Teriak doktor aisyah yang semakin jauh berlari.

"Wait" balas ku lalu menoleh kebelakang mencari suara mak.

Tiba tiba peluru itu tembus ke jantung ku membuat aku rebah ke bumi.

"Mak" lafaz ku lalu air mata ku mengalir.

Aku ucap kalimah mengagungkan Allah itu. 2 kalimah syahadah.

Lantas aku ditembak bertubi tubi. Pandangan ku gelap, gelap segelap langit malam tanpa bintang.

Didedikasikan kepada pejuang pejuang islam . Yang sudah bermandi darah demi islam. Lets give al-fatihah for them. Dan untuk saudara-saudara kita yang ditindas

Trully,

@bunga_dhlia

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Feb 24, 2017 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Saya Suka (Cerpen)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang