kisah 2

124 14 5
                                    

Hujung pensil itu dihayun-hayun membuatkan ia terhantak di meja dan menghasilkan bunyi yang menyakitkan hati. Namun,  Airah masih saja ligat berfikir. Pensilnya dirampas oleh Nuha. Mungkin Nuha geram mendengar bunyi bising pensil Airah itu.

"Bisinglah" ucap Nuha. Sudah lah ini perpustakaan, boleh pula dia buat bising.

"Sorrylah, aku tengah tak habis fikir ni" balas Airah.

"Ai? Fikir masa depan kah.. Sampai tak habis habis fikir lagi? Ker kau buat soalan addmath ni? " usik Nuha yang memulakan kembali pembacaannya.

"Bukan lah, aku nak buat akaun twitter ni, aku tengah fikir nama gempak gempak ah... So banyak lah followers aku.. Aku tefikir nak letak nama Justin Bieber ker.. Tapi aku perempuan.. So aku nak letak Taylor Swift, erm pada pendapat kau aku patut letak apa.. Taylor Swift ker Selena Gomez?" soalnya pula.

Nuha menggelengkan kepala. "Setiap apa yang kita buat tu , mesti di niatkan sebab Allah, kalau dah sampai nak guna nama artis ni... Niat sebab Allah ker? Aku cuma nak ingt kan.. In Sha Allah banyak pahala kalau niat sebab Allah, guna lah nama nama srikandi Islam.. Paling cantik pun guna nama kau.. Cantik apa.. Ufairah" jelas Nuha.

"La.. Aku cuma nak buat akaun twitter jer"

"Ye lah, sebaik baiknya kita gunakan ke jalan Allah, kita gunakan untuk sebar Islam"

"Yelah"

"Habis tu.. Asal guna nama artis? Mat salleh pula tu? Kita berdakwah.. Bawa imej islam.. Tak ker orang pandang serong kalau kita duk bercakap pasal islam tapi masih lalai dengan hiburan, aku sbgai kawan cuma nak ingatkan" jelas Nuha lagi.

.....................

Sajak : Seandainya Aku..

Seandainya Aku seorang isteri aku ingin menjadi seperti Khadijah,
Yang sentiasa berada di samping Rasulullah tatkala susah dan senang

Seandainya Aku seorang ibu aku ingin menjadi seperti Khansa,
Yang keempat-empat anaknya mati syahid

Seandainya Aku seorang pelajar aku ingin menjadi seperti Ummu Salamah,
Yang kepandainnya membantu Rasulullah mempertahankan islam dalam masyarakat.

Seandainya aku seorang perawan aku ingin menjadi seperti Maryam,
Yang kesucian dirinya dijaga oleh Allah s.w.t

Seandainya Aku seorang pekerja aku ingin menjadi seperti Masyitah,
Yang walaupun taat kepada firaun tapi taatnya lebih kepada Allah  s.w.t

Seandainya aku seorang perempuan yang ingin di nikahi aku ingin menjadi seperti Ummu sulaim,
Yang mahar perkahwinannya adalah iman Abu talhah, maka Abu talhah pun memeluk islam.

Seandainya aku seorang manusia yang difitnah aku ingin menjadi seperti Aisyah,
Yang saat tomahan dilemparkan kepadanya dia tidak gentar atau takut walau sesaat kerana dia yakin Allah Maha Mengetahui yang benar.

Seandainya aku seorang yang dilamun cinta aku ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah,
Yang seluruh cinta, jiwa dan raganya diabadikan untuk Allah kerana siang malam doa dan ibadahnya tidak pernah tinggal.

Seandainya aku seorang wanita aku ingin menjadi seperti Ummu Imarah,
Yang keberaniannya menandingi lelaki lelaki lain kerana tatkala lelaki lelaki itu lari dari perang, Ummu imarah lah yang bangkit pergi mempertahankan Islam.

Nukilan: NakMakanOfficial.

Saya Suka (Cerpen)Where stories live. Discover now