BAB 54

25 0 0
                                    

"Ummi!"kata Emir lalu memeluk Ummi dan Tancy yang jelas kebingungan.

"Macam mana abang tahu ummi dan Tan ada kat sini?"soal Tancy terkejut melihat abangnya boleh berada di balai polis di pejabat Faerul.

Emir melepaskan pelukkan lalu mengeluh tenang.

"Tan tahu tak abang cuba call Tan dan ummi dari tadi tapi tak dapat,ingat nak minta tolong Erul. Tak tahu plak korang kat sini..."jelas Emir tentang kedatangannya.

"Kenapa boleh ada kat sini?"soal Emir lalu memandang Faerul.

"Kes ragut..."jawab Faerul ringkas,membuat Emir kehairanan. Dia memandang ummi dan Tancy sebelum mengarah Tancy membawa ummi tunggu luar sebentar. Tancy hanya menurut.

Setelah pintu tertutup,Emir kembali memandang Faerul.

"Mereka kena ragut dekat mana?"soal Emir,Faerul turut berdiri dan duduk dimejanya berdepan dengan Emir.

"Dekat depan market,masa nak lintas jalan..."jawab Faerul ringkas.

"Macam mana mereka ada kat sini,sapa bawa?"soal Emir lagi.

"Itulah yang aku nak bagitahu kau,sebelum kejadian...aku ada terima panggilan dari telefon pejabat,dia minta aku kesana untuk selamatkan mereka. Sebenar ini cubaan menculik,mujur aku cepat sampai...tapi aku hairan,kenapa mereka macam sengaja mempermainkan kita. Kalau mereka betul nak culik mereka,kenapa perlu call aku..."jelas Faerul panjang lebar.

Emir macam berfikir panjang sebelum bersuara.

"Kau ada cakap apa-apa depan ummi?"soalku.

"Tak,aku cuma yakinkan dia tentang ragut saja...tapi untuk Tan,aku rasa dia tahu..."kata Faerul.

"Nampaknya mereka macam cuba membuat sesuatu..."kata Emir,saat itu mesej dihandphone Emir berbunyi.

Emir membuka mesejnya.

-Jangan biarkan bini kau seorang diri-

aku rasa tak sedap hati dengan mesej itu,sepatutnya aku buka ia tadi. aku buka lagi yang kedua...

-asal kau bengap sangat,aku cakap jangan tinggalkan bini kau. Kau tak percaya aku ke...cakap nak bekerjasama-

"Damn it!"marah Emir lalu ingin berlari keluar. Tapi Faerul cepat  menahan.

"Asal ni?"soal Faerul.

"Kita jumpa kat rumah aku,aku rasa aku tahu apa yang dia cuba lakukan. Sebelum itu,kau cari orang yang mampu jaga ummi dulu. Pastikan orang yang boleh dipercaya..."kata Emir lalu keluar.

Emir pergi mendapatkan Tancy dan umminya.

"Tan dan ummi ikut Erul,Mir ada sikit kerja dan Erul akan jaga ummi wat sementara waktu ni. Bolehkan ummi?"pinta aku.

"Lah...susahkan Erul je... ummi dapat jaga diri sendiri..."kata Ummi menolak.

"Tak susah pun mi,bakal menantu ummi jugakan...betul tak Tan?"kata Emir saja menyakat Tancy untuk mengaburkan mata Ummi.

Papp!

"Apa abang ni..."kata Tancy,saat itu Faerul juga berdiri disamping aku.

"Kalau macam tu,baguslah. Ummi pun berkenan,tapi jangan tunggu lama sangat...ummi ni dah tua. Kan Erul?"kata Ummi.

"Hah...ya,ya makcik..."kata Faerul mengiakan saja,tapi tidak faham apa-apa kerana dia baru sampai.

Pecah ketawa Emir melihat Faerul,sementara Tancy antara malu dan geli hati. Faerul membuat muka 'apa' tapi tidak dilayan.

"Oklah ummi,Emir pergi dulu. Ummi ikut Erul...Tan,Erul...jaga ummi baik-baik..."kata Emir lalu melangkah laju selepas mencium dahi ummi dan adiknya.

Mereka melihat langkah Emir,sebelum bersuara.

"Budak bertuah. Pakaian ummi,macam mana?"soal ummi,membuat Faerul dan Tancy saling berpandangan.

Tancy faham apa yang cuba disampaikan Faerul,tapi dia butuh penjelasan Faerul.

"Nanti Erul ambik"kata Tancy.

"Ya,makcik nanti Erul ambik. Emir cakap,Aeril dah siapkan..."kelentong Faerul juga.

"Yalah...jom. kerja apa juga sampai tak menyempat,lagak macam nak halau ummi je..."rungut ummi sambil berljalan dipimpin Tancy.

"Ummi ada ke cakap macam tu,dengar dek akak...tak ke kecil hati dia nanti..."tegur Tancy atas ketelanjuran kata-kata ummi dia

"Makcik tak percayakan Erul ke?"soal Faerul lalu membuka pintu kereta untuk ummi masuk.

Lepas itu,dia dan Tancy duduk dibahagian depan.

"Ni satu,dah nak jadi menantu ummi pun masih nak bermakcik-makcik. Panggil ummi jelah..."kata ummi membuat Faerul yang menghidupkan enjin kereta memandang Tancy yang juga jelas terkejut.

"Bercinta tak bagitahu ummi,suka sangat membelakangkan ummi..."

"Ummi...dah,dahlah tu..."marah Tancy bila melihat ummi asyik merungut saja.

Tancy memandang Faerul yang mula menggerakkan keretanya ke jalan besar. Kelihatan jejaka itu tersenyum.

"Asal senyum?"soal Tancy.

"Nothing. Kenapa salah ke?"soal Faerul sengaja mengusik Tancy,mana tidak tiga minggu tidak bersua muka lepas ditolak halus.

Rindu. Ya.

"Tengok jalan tu memandu,nak dating tunggu sampai rumah..."kata ummi membuat aku geram.

"Ummi!"

"Ok...ok...ummi diam!"kata ummi membuat Faerul ketawa.

"Ni satu lagi,dah gila agaknya. Kejap senyum,kejap ketawa. Stress!"rungut Tancy.

"Tadi marah ummi merungut,sekarang dia pula yang merungut. Pemalu juga awak nikan,tak dapat usik sikit. Comel..."kata Faerul sengaja merendah suara menyebut comel.

"Apa dia?"soal Tancy.

"Tak ada apalah..."jawab Faerul ringkas.

Malas memanjangkan perbualan,Tancy memandang luar. Kepalanya serabut memikirkan apa dah jadi untuk bertanya pada Faerul tidak mungkin,ummi ada bersama. Dia cuma dapat berdoa keselamatan kakak ipar dan abangnya.

Faerul yakin yang Tancy tengah resah,tengok dari riak wajahnya saja. Jadi Faerul bercadang untuk tidak mengganggu dia,takut keadaan jadi tak terkawal.

AKU DAN KAUWhere stories live. Discover now