BAB 55

31 0 0
                                    

Senyuman itu,membuat aku kembali ingat kejadian 3 tahun lalu. Tapi kenapa dia kembali menggangu hidup aku dan keluarga aku.

"Masih ingat aku lagi ke?"soalnya.

Aku merasa tangan aku sakit sangat diikat ketat begitu juga kaki aku.

"Tak mungkin aku lupa kau. Apalagi kau nak,kau dah dapat apa yang kau nakkan?"soalku memandang muka itu dengan perasaan jijik.

Dia ketawa,jelas sangat dibuat-buat. Aku jadi meluat,dia kembali memandang aku dengan muka menyinga. Dia merentap rambut aku,baru aku teringat mereka ceroboh rumah aku lepas Emir keluar tadi. Jadi aku memang tidak memakai tudung dirumah.

"Sakitlah!"aduku.

"Kau silap,aku belum dapat gik apa yang aku inginkan. Yang selamanya,kira bonus je..."jelasnya membuat aku terkejut hairan.

"Maksud kau?!"soalku.

"Kau cuma umpan untuk aku mendapatkan mangsa aku,walaupun perlu tunggu bertahun tapi aku rasa berbaloi. Dengan bebekalkan wang kau,aku dapat menampung hidup aku sementara tunggu masa yang sesuai mendapat mangsa sebenar aku..."jelasnya kurang aku fahami.

"Siapa yang kau maksudkan?"soalku lagi.

"Yang pertama ummi,mak mertua kau...tapi yang paling penting,yang kedua...suami tercinta kau,mereka terlalu banyak hutang dengan aku. Mungkin taruhannya,nyawa kau...tapi sebelum itu,aku ingin mendapatkan hak aku dulu..."mendengar itu,aku menjadi risau akan keselamatan mereka.

"Aku merayu kau,jangan ganggu ummi...pasal harta tu,aku yakin kau akan dapat. Kalau kau nak bunuh aku,kau bunuhlah...tapi jangan ganggu mereka lagi..."rayuku.

"Tidak semudah itu,aku akan bunuh kau lepas aku dah dapat apa yang aku inginkan. Aku tidak ingin  kematian ibu aku menjadi sia-sia. Betina itu harus merasa penderitaan ibu aku selepas merampas kebahagiaan ibu aku..."ucapnya lagi lalu menampar pipi aku.

Pedih.

"Jadi apa kaitan ia dengan suami aku?"soalku.

Dia tersenyum sumbing.

"Dia mendapat harta dan kepercayaan ayah yang sepatutnya untuk aku..."katanya membuat aku faham akan perkara sebenar.

"Jadi kaulah yang menjerat kakak aku sehingga dia turut tertangkap?"soal aku ingin kepastian.

Dia ketawa lagi,tapi kali ini dia duduk dikerusi hadapan aku.

"Tujuan dan misi kami sama,tapi setiap permainan harus ada permenang. Aku anggap dia batu loncatan aku untuk mencapai cita-cita aku. Aku akui,dia sangat hebat...tapi dia cuai kerana terlalu percaya orang dalam,hingga tidak tahu dia diintap oleh anak buah polis...jadi aku cuma ringankan tugas dia,lalu menyerahkan mereka padanya. Tapi,aku cuba tidak ingin kelihatan didepan spy mereka..."

Aku seakan ingin ketawa mendengar ceritanya itu. Sungguh hebat,kenapa dia tidak menggunakan kebijaksanaannya itu untuk tujuan yang bagus.

Adakah betul dunia ini kejam?.

"Kau ada apa-apa soalan lagi?"soalnya sungguh sinis.

"Kau yakin impian kau tu akan tercapai,dan semua usaha kau ini akan berbaloi?"soalku sengaja bermain kata-kata.

Dia memandang aku dengan tajam.

"Maksud kau?"soalnya pula.

"Macam mana kalau terjadi sebaliknya..."kataku sengaja mengapi-apikan dia.

Dia tersenyum lagi,mungkun ingin menutup kegugupan dia.

"Itu tidak mungkin,sebab..." dia mendekatkan bibirnya ke telinga aku.

"Sebab...mangsa aku tinggal dengan musuh merek..."katanya membuat aku terperanjat.

"Kau tak hairan ke...kenapa aku boleh tahu mana kau tinggal,bila suami kau keluar tadi dan paling penting...aku dah berjaya mengalih perhatian suami kau dan polis tak guna itu daripada kau. Dengan senang,aku dapat ikan besar berbekal umpan enak juga...dengan itu,aku dapat jadikan kau umpan aku untuk mengumpan mereka semula..."sambungnya sebelum melangkah keluar dengan tawa yang senang sekali.

"Ada tinggalkan petunjuk tak?"soal Faerul lalu melabuhkan punggung disofa depan Emir yang kusut.

"Aku yakin sangat ni memang kerja dia..."kata Emir dengan emosi,mana tidak baru sahaja dia ingin bahagia bersama isterinya. Bala datang lagi.

"aku pun rasa benda yang sama,tapi yang buat aku pelik...macam mana mereka tahu semua kegiatan kita dengan senang mereka dapat mengalih perhatian kita..."kata Faerul membuat mereka saling berpandangan.

Saat itu mesej masuk lagi ditelefon bimbit Emir.

-seperti janji kita,kalau anak aku selamat. Aku bagi kau kunci kelemahan sebenar dia...-

-apa dia?-

-Nisha-

-maksud kau?-

-kau lebih tahu...-

"Gila,manalah aku tahu?"rungut Emir lalu menyerahkan telefon bimbitnya pada Faerul.

"Kau betul tak tahu?"soal Faerul.

"Aku betul-betul buntu Rul..."kata Emir lalu melepaskan keluh. "Lagipun aku macam tak reti nak berfikir mula dari mana,aku bimbang keselamatan Qira..."sambung Emir lalu menutup matanya dan tangannya didaratnya didahi sambil bersandar disofa.

"Kali ini kita kena bergerak bro...tak peduli apa,kita kena akhiri juga..."cadang Faerul.

Emir memandang Faerul.

"Tapi dari mana kita nak mula?"soal Emir.

"The key,takkan kau masih tak faham mesej tu..."terang Faerul.

Emir seakan berfikir sebelum kembali memandang Faerul.

"ok sekarang aku akan kerahkan rakan baru aku untuk bertindak,memandangkan mereka dah cukup kenal aku..."cadang Faerul.

"Rakan baru?"soal Emir.

Faerul hanya senyum lalu mendial nombor seseorang ditelefon bimbitnya.

AKU DAN KAUWhere stories live. Discover now