BAB 45

40 2 0
                                    

Aeril melihat ke setiap ruangan bilik itu,tapi tidak ada juga. Emir yang baru masuk ke bilik memandang Aeril pelik.
"sayang cari apa?"soal Emir.
"ada telengkung?"soal Aeril melihat Emir.
"owh...tunggu jap. Rasanya ada..."kata Emir lalu keluar dari bilik tidur itu dan membuka almari yang berada diluar pintu bilik itu.
"nah..."kata Emir menyerah telekung itu kepada Aeril setelah menjumpainya.
"thanks..."kata Aeril. Emir pelik memandang Aeril,Aeril merasa pelik dengan pandangan itu.
"kenapa?"soal Aeril lagi.
"kenapa sayang pakai tudung dalam rumah?"soalan Emir membuat Aeril serba salah. "owhh...takpelah,abang keluar dulu..."kata Emir lalu melangkah keluar tanpa mendengar jawapan dari Aeril.

Selesai menunaikan ibadahnya,Aeril membuka telekungnya. Saat itu dia perasan ada tulisan kecil dalam telekung itu yang dikait dengan cantik.
"Nisha!"kata Aeril. Masa itu dia mencari gerangan Nisha itu.
"Nisha mana pula ni,tak patut Nisha...oh my..."kata Aeril seakan faham sesuatu. Saat itu pintu dibuka,wajah Emir tersembul.
"jom...makan!"katanya. Walaupun dia seakan terpana melihat kecantikkan rambut Aeril. Nature black. Aeril yang faham dengan pandangan itu terus mencapai selendang untuk menutup kepalanya.
"okey...kita datang"kataku lalu berdiri melipat telengkung dan keluar.

Sepanjang makan,Emir perasan yang Aeril asyik pandang-pandang dia.
"kenapa Sayang asyik tenung abang camtu?"soal Emir pelik.
"kalau aku tanya kau sesuatu,jangan marah plak..."kata Aeril teragak-agak untuk tanya.
"apa dia?"soal Emir lalu mencuci tangan dia yang sudah selesai makan tapi belum berngajak dari meja makan.
"sapa Nisha?"soal Aeril membuat Emir seakan terkejut.
"mean?"soal Emir sengaja buat-buat tidak tahu.
"telengkung tadi..."jawab Aeril.
"ahh...ya"kata Emir baru teringat itu telengkung hadiah dia pada Nisha yang dipulang balik. Dia sengaja menyuruh orang mengkait nama itu disana sebab dia inginkan hadiah itu khas untuk Nisha.
"sapa dia atau dia orang yang sama dengan..."
"ya...dia orang yang sama..."jawab Emir. Membuat Aeril melopong,baru dia faham akan kedinginan hubungan dua sepupu itu. Tanpa dipinta Emir membuka cerita yang mengakibatkan mereka berada dalam keadaan itu.
"patutlah...aku ingat lagi kejadian time kat kampung dulu. Sekarang baru aku faham..."jawabku lepas Emir habis bercerita.
"and bukan sebab itu juga,ummi pun kuat menentang hubungan kita orang. Awal-awal kita tak faham kenapa ummi selalu reject pilihan kita...sampailah sayang sampai,oh no...another 'one you' ...barulah kita faham,yang kita dah di jodohkan since kita masih baby. sayang mesti tahu pasal nikan..."kata Emir ingin tahu sebelah pihak Aeril pula.
"honestly...tak. aku tahu onether one me tunang pun,time dia tengah parah dekat hospital. She want me to replace her place,because tak nak kecewakan ummi and babah. Tapi,dalam masa yang sama ia sama macam saya ambil kesempatan kat keluarga kau...iaitu sembunyi dari masalah aku. Aku tahu itu salah,aku cuba untuk terangkan tapi...i can't,aku takut...tapi benda yang aku tahu itulah yang terjadi. Time tu,aku takut sekali hingga bercadang untuk bunuh diri tapi praise to allah...dia kirimkan Amin jadi malaikat pelindung aku..."kataku meluahkan segala yang terbuku dihati aku. Sekarang baru aku tahu betapa hati aku terluka terkenangkan cara-cara dia melayan aku disaat aku memerlukan pelindung. Aku akui aku salah tapi dia tidak layak menghukum aku begitu sekali.
"i'm so sorry sayang...saya tahu,saya dah lukakan hati sayang. Saya tak patut..."
"it's ok...itu hak kau untuk menghukum aku macam mana. Tapi,satu aku nak kau ingat. Anggap saja perkahwinan kita just a fake...sebab lepas perkara ini selasai,aku nak kita bawa haluan masing-masing..."kataku membuat Emir terkejut. Wah...hebat kau Aeril,bini orang lain macam takut hantu bila hendak kena cerai. Kau pula selamba badak cakap pasal cerai.
"apa sayang cakap ni?"soal Emir terpinga-pinga.
"aku rasa,aku dah cakap cukup terang kat kau...lagipun,aku sudi nikah dengan kau sebab aku nak ummi berada ditempat yang selamat. Dulu,aku tak dapat selamatkan babah...tapi sekurang-kurangnya aku dapat selamatkan ummi. Aku puas kehilangan orang yang aku sayang,jadi kali ini aku tak nak kehilangan ummi lagi..."jelasku panjang sangat macam hendak karang karangan.
"macam mana aku,sampai hati sayangkan..."kata Emir sudah jelas airmatanya yang tunggu hendak menitis.
"aku dah cakap,aku adalah aku...kau adalah kau,kita tak mungkin akan bersatu. Tapi kau buat tak endah,itu hal kaulah..."jawab Aeril kejam sungguh kejam.
"tapi kenapa kau benarkan aku panggil kau sayang,kau tak bantah pun..."kata Emir.
"kalau aku larang kau sekali pun,kau tetap tak dengarkan. Macam dulu,kita pernah cakap macam ni...kau tak duli pun,then hari tu...aku dah cakap pun,kau tak dengar juga. Masih hendak salahkan aku juga ke?"kata Aeril masih kejam sekejamnya tidak padan dengan muka bersihnya itu. Tapi,didalam hati bukan begitu. Tapi,Aeril kena buat juga. Dia tidak mahu beri harapan pada Emir sebab dia tahu,dia bukan yang terbaik buat Emir. Ini adalah kesilapan yang harus dibetulkan,kerana semuanya berpunca dari kesilapannya. Belum sempat Emir hendak bersuara,Aeril sudah melangkah pergi.

Selepas menutup pintu,Aeril jatuh terduduk dibelakang pintu tanpa diundang airmatanya jatuh mesra menyapa pipi putihnya itu.
"sungguh aku sayangkan engkau Mir,aku pun rindukan kau...aku pun tak dapat hidup tanpa kau,tapi kita tak mungkin bersama...aku bukan yang terbaik untuk kau,semua ini satu kesilapan. Sememangnya kita tak mungkin bersama,aku takut kau lagi sakit bila tahu aku pergi membawa cinta. Jadi bagus kau tahu yang aku hanya penjahat yang tahu mempergunakan kau..."Aeril membisik sendiri sambil ditemani airmatanya. Dia meluahkan seakan Emir mendengarnya. Memang betul,sebenarnya Aeril berperang dengan ketakutannya sendiri. Dia takut membahagiakan Emir sementara dia tahu nyawanya masih dalam taruhan. Ia lagi kejam dari memberikan harapan palsu. Jadi dia memilih untuk memusuhi Emir.

AKU DAN KAUWhere stories live. Discover now