BAB 31

75 1 0
                                    

Tancy dan Faerul saling berpandangan,bila melihat bilik itu kosong.
"Tuan...puan...ada yang boleh saya bantu?"soal salah seorang dari nurse yang mengemas bilik itu. Aku memandang Faerul,dia hanya tersenyum dia tahu aku begitu sebab di panggil puan. Mungkin dia mengingat kami suami isteri.
"nak tumpang tanya,pesakit yang menginap di wad ni...dah discharge ke?"soal Faerul tanpa mempendulikan kata-kata jururawat itu tadi.
"owh...cik Aerilyn,belum...tapi,tadi suami dia minta tukar dia ke hospital lain. Yang lebih dekat dengan tempat tinggal dia..."jelas juturawat itu.
"suami!!"kata Faerul dan Tancy serentak,terkejut bukan kepalang.
"ya...kenapa tuan,puan...saya salah inform ke?"soal jururawat itu terpinga-pinga.
"argh...tak. oklah...terima kasih,kita minta diri dulu..."kata Tancy lalu melangkah,Faerul pun mengikut langkahnya. Tapi sampai diluar bilik itu,Tancy duduk di sana lalu mengeluh berat.
"sapa erk..."kata Tancy membuat Faerul mengerutkan dahi tanda tidak faham. "i mean that guy...Aeril pernah kahwin ke?" soalnya lagi setelah menjelaskan maksudnya tadi.
"tak...dia belum kahwin. Saya rasa ada yang tak kena ni,kenapa budak tu mengaku suami dia..."kata Faerul seakan mengenali orang itu,Tancy memandang Faerul.
"Erul tauk sesuatu ke?"soal Tancy pelik. Baru dia terfikir,macam mana lelaki itu tahu Aeril ditahan di sini dan di belasah pagi tadi.
"ok...ok... aku stalking her. Aku risau,kau tahulah...nyawa dia kan dalam bahaya,tinggal sendiri-sendiri..."jelas Faerul.
"jadi kita harus buat apa sekarang ni,kita tak boleh duduk diam..."gerutu Tancy lalu memandang Faerul sekali lagi.
"kau ni...janganlah suka pandang aku macam tu..."kata Faerul membuat Tancy mengerutkan mukanya hairan.
"kenapa?"soal Tancy hairan.
"kau tak takut aku nanti jatuh hati kat kau ke...kau tauk tatapan kau tu boleh membunuh..."jelas Faerul membuat Tancy malu. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya. Faerul tersenyum melihat gadis itu malu-malu. Jelas sangat pipinya merah.
"patutlah Aeril tolak kau,rupanya kau ni lelaki mulut maniskan...dahlah,aku pergi dulu. Orang tengah serabut,kau boleh main-main pula..."kata Tancy segara ingin melarikan diri,malulah tu...bila diusik begitu. Faerul senyum
"ehh...kau nak balik macam mana,tadi kau tumpang aku..."kata Faerul lalu cepat-cepat melangkah untuk berjalan seiring dengan Tancy. Memang dia baru mengenali gadis itu,tetapi dia berasa tenang bila memandang gadis itu. Jantung dia seakan di pump kuat sangat,bila gadis itu memandang dia. Apakah itu?

Lama Aeril memandang muka babah yang tengah terbaring lemah di katil hospital itu. Airmata sedikit demi sedikit jatuh membasahi pipi gebunya.
"bah...Aeril minta ampun sangat-sangat. Kalau tidak kerana sikap pentingkan diri Aeril,babah tak akan jadi macam ni..."kata Aeril lalu mengesat air matanya. Kalau saja lelaki tua itu ayah kandungnya,sudah lama dia menciumnya.
"babah cepat sembuh ya...Aeril datang cuma nak minta ampun. Aeril pergi dulu...assalamuialaikum..."kata Aeril,lalu berdiri. Saat dia ingin melangkah kearah pintu,pintu ditolak dari luar. Saat itu,ummi melangkah masuk. Ketika mendapati dirinya ada disitu,ummi amat terkejut tetapi bukan hanya terkejut dengan kehadirannya tetapi juga kerana mukanya yang hampir seluruh lebam.
"Aeril...ke...kenapa ni nak,apa dah jadi ni...ya allah..."kata ummi tergagap,lalu memegang mukaku. Lepas itu dia memeluk aku. Saat itu pun aku mampu membalas pelukkannya dan menangis dibahunya.
"i miss u...ummi..."rintihku. Ummi melepaskan pelukkan dan memegang kedua-dua pipiku.
"ummi pun sayang,Aeril ikut ummi balik ya...kita bincang elok-elok dengan Emir ya...ummi risau tengok keadaan Aeril macam ni. kenapa ni?"kata ummi membuat aku berbunga bahagia,tetapi ketika ummi menyebut nama Emir. Ugutan dia seakan bergema kembali ditelinga aku. Belum sempat dia menjawab,alat bantuan pernafasan babah berbunyi membuat ummi cepat-cepat meluru kearah babah. Sangat itu,aku melihat jari babah bergerak. Tidak lama selepas itu,doktor dan jururawat sampai. Aku pun melangkah keluar dan menuju kearah Amin yang menungu aku.

"Aeril...Aeril..."
"mi...kenapa ni mi,ummi cari siapa?"soal Emir yang hairan tengok umminya macam mencari seseorang didepan bilik rawatan babahnya. Ummi memandang Emir yang baru sampai yang kini sudah berada disisnya.
"Aeril...tadi dia datang..."jawab ummi membuat muka Emir terus berubah.
"ummi...kan Mir da cakap..."
"tak Mir...Mir kena dengar cakap ummi dulu. Boleh?"pinta ummi. Emir hanya mengeluh,mengosok kepalanya lalu duduk di bangku. Nampak sangat tengah serabut. Ummi pun sama duduk disisi Emir,lalu mencapai jari Emir.
"Mir kena cari Qira..."kata ummi membuat Emir terkejut.
"tak mungkin Mi,dia tu penipu...dia punca family kita..."
"tak...walau apapun alasan Mir. Mir kena cari dia juga,ini adalah permintaan ummi dan babah..."kata ummi tegas memintas kata-kata Emir membuat Emir bertambah terkejut.
"but why?"soal Emir kehairanan.
"ummi yakin sangat dia tengah dalam bahaya sekarang,sebab...tadi dia datang dengan wajah yang lebam hampir keseluruhan,bibirnya luka..."
"lebam...is it's true?"soal Emir terkejut lalu memintas kata-kata ummi. Saat itu,dia tidak tahu apa perasaan sebenarnya setelah mendengar kata-kata ummi.
"ya...Mir. Lagipun,babah dah sedar lepas mendengar suara Aeril tadi..."jelas ummi,saat itu kepala Emir semakin kusut. Dia mula risaukan Aeril,walaupun hatinya masih kuat hendak terus membenci Aeril.

*soe..all,kita out station lagi. That y lmbt update. hehe...*

AKU DAN KAUWhere stories live. Discover now