BAB 8

64 0 0
                                    

1 tahun yang lalu...

Sebelum melangkah ke pintu perlepasan,Aeril memandang Emir.
"saya dah buka jalan,sekarang giliran awak pula. Jangan hampakan saya,dan jangan sia-siakan pergorbanan saya..."kata Aeril sambil merenung mata Emir.
"Qira tak nak abang tunggu Qira?"soalnya tanpaku jangka.
"saya tak nak mengharap,tapi kalau memang jodoh kita masih panjang. Saya terima,tapi bersyarat..."kataku,membuat Emir mengerut dahi.
"apa syaratnya?"soalnya lagi.
"masa tu,Aeril nak awak lamar saya. boleh?"kata Aeril seakan bergurau. Emir tersenyum,pertama kali Aeril menatap senyuman itu. Memang menggoda. Belum pun sempat Emir bersuara,panggilan untuk para penumpang sudah kedengaran.
"oklah...Aeril pergi dulu. Assalamuailaikum..."kata Aeril,lalu melangkah pergi. Emir hanya menghantar Aeril,dengan renungan mata sahaja.

Sekarang...

"cik...cik..."belum pun sempat Shila menahan,pintu bilik Emir sudah di hempas Fasha. Emir tersentak dari lamunan.
"maaf encik Emir,saya dah cuba menahan. Tapi,cik Fasha..."
"it's ok...Shila,kamu boleh keluar dulu..."pintas Emir. Lalu,memandang tajam kearah Fasha. Sebaik sahaja Shila menutup pintu,Fasha dengan gediknya mendapatkan Emir.
"dear..."katanya ingin memeluk Emir,tapi di tahan Emir.
"why dear?"kata Fasha hairan dengan tindakan Emir.
"can you just go away..."kata Emir,membuat Fasha ternganga.
"but why dear?"soal Fasha pelik.
"why you ask me,why don't you ask yourself..."kata Emir sambil menunjuk muka Fasha. Fasha terkedu.
"I don't get the point,dear..."kata Fasha masih blur.
"see this thing,what the meaning for all this. Could you explain and did you have are reason for all this?"kata Emir lalu melempar envelope kearah Fasha. Dengan tangan bergetar-getar,Fasha membelek isi envelope itu. Dia tergamam,siapa yang mengambil gambar dia bersama semua lelaki yang pernah mengikutnya ke kelab malam setiap minggu.
"dear...sha,minta..."
"minta what?!"tengking Emir,membuat Fasha terkejut...lalu semua gambar dalam tangannya jatuh berterabur.
"get out and get lost forever...i don't want to see you face in front of me from now and forever...go!!!"jerkah Emir,membuat Fasha ketakutan. Belum pernah dia tengok Emir semarah itu,tanpa banyak bicara Fasha melangkah pergi. Tetapi,Fasha tidak akan mengalah. Dia akan tetap mencari cara untuk mendapat Emir balik,sebab Emir adalah lombong emasnya.

Sudah hampir sebulan Emir tidak menjejakkan kakinya ke rumah orang tua. Jadi,memandangkan esok ahad,Emir bercadang untuk balik ke rumah orang tuanya.
Sesampai sahaja disana,rumah kelihatan sunyi. Hanya mak kiah yang muncul dari dapur.
"Encik Emir,ingatkan sapa tadi..."katanya.
"ummi dan babah mana?"soalku tengok rumah sunyi.
"mereka pergi kenduri dekat rumah kawan babah,malam nanti baru balik"jelas mak kiah.
"owh...Emir naik dulu"pintaku,lalu berlalu.
Baru mak kiah teringat sesuatu,dia menepuk dahi. Semasa ingin memberitahu Emir,lelaki itu hilang kedalam bilik. Mak kiah pun malas nak mengetuk,dia pun terus berlalu kedapur.

Baru sahaja Emir merebahkan badannya di katil,dia mendengar petikan gitar. Sangka dia,mungkin Tancy. Tapi,kenapa Tancy boleh berada di situ. Bukan sepatutnya dia masih di sarawak. Kerana tidak ingin berpikir banyak,Emir memejamkan matanya menghayati lirik lagu itu.

Pernah terlintas dalam hidupku...
untuk pergi jauh melupakanmu...
dalam batinku pernah terlukis...
mencuba membunuh semua rasa ini...

ku cinta dirimu,ku benci hadirmu...
yang selalu runtuhkan,teguhnya janjiku...
mengapa kita mesti begini...
satu rasa harus terapung disini...

ketika itu,mata Emir terbuka besar. Itu bukan suara Tancy. Lagu yang dinyanyikan penuh perasaan,lagipun Tancy tak reti main gitar. Emir,keluar lalu menuju ke tingkat 3 rumah itu. Kerana ingin tahu,siapa pemilik suara itu.

ku cinta dirimu...
lebih dari yang engkau tahu...
meskipun ku perih...
bila kau ada disisiku...

namunku akui hidupku sepi tanpamu...
dan tak inginku berpisah denganmu...
namunku akui hidupku sepi tanpamu...
dan tak inginku berpisah denganmu...

Aeril tidak jadi menghabiskan nyanyiannya,kerana makin lama dia menyanyi. Makin airmatanya ingin mengalir,jadi dia hanya berhenti sampai di situ.
"kenapa berhenti?"tanya suara dibelakang membuat dada Aeril berdebar kencang. Segera dia menoleh ke belakang.
Emir pun seakan tidak menyangka,gadis yang menggunakan skirt labuh,blouse panjang dan paling mengejutkan menggunakan shawls di kepalanya adalah gadis yang mengantungkan dirinya begitu lama. Padanan warna hijau dan pink di pakainya,membuat warna kulitnya yang cerah makin menyerlah.
"Qira..."kata Emir terkejut. Perlahan-lahan Emir menglangkah mendekati Aeril.
"bila Qira sampai?"soalnya lagi sebelum sempat Aeril membuka mulut.
"dah 2 minggu..."jawab Aeril ringkas,lalu meletakkan gitar di tempatnya semula.
"Qira janji dulu 3 bulan,tapi sekarang dah setahun. Pandai Qira berjanjikan"Aeril rasa tersindir dengan kata-kata Emir.
"saya pergi berapa lama pun tetap tak bagi perubahan dengan awakkan,jadi...awak kisah apa saya pergi berapa lama"bidas Aeril kembali. Pedihnya hati Aeril dikala mengetahui,Emir langsung tiada perubahan. Malah,makin kusut lagi ada.
"memang saya kisah,sebab awak...hubungan kita tergantung"kata Emir,membuat Aeril membulat matanya memandang tepat kearah Emir.
"saya tak gantung awak,saya cuma bagi peluang untuk awak menentukan jalan hidup yang awak kehendaki. Tapi,awak memang tak boleh nak harapkan...awak sia-siakan peluang yang saya bagi. Sekarang ni,bukan saya yang gantung awak...tapi awak yang gantung saya"jelas Aeril panjang lebar.
"Qira boleh tolakkan,tapi kenapa Qira tak buat?"kata Emir membuat Aeril terkejut. Dia tidak sangka Emir akan bercakap begitu.
"awak nak saya juga yang mulakan. kenapa semuanya mesti dari saya..."
"Qira tahukan,abang tak mampu menolak kehendak ummi dan babah"pintas Emir. Belum pun Aeril bersuara,Emir memulakan lagi.
"atau Qira memang tak nak lepaskan abang,jadikan ummi dan babah untuk mengumpan abang terima Qira..."habis saja Emir melafaz ayat itu,satu tamparan singgah di pipinya. Emir memandang muka Aeril yang sudah menangis.
"ya...memang saya cintakan awak,sejak kita ditunangkan...saya belajar terima awak seadanya,tapi..saya bukan bodoh nak membeli cinta orang. Saya tak kemaruk sangat nak merebut kasih sayang orang,saya terpaksa meninggalkan ummi dan babah hanya kerana untuk melupakan awak. Tapi saya tak mampu,tapi sekarang...saya yakin dengan keputusan saya,saya tak akan pernah membiarkan hati saya terluka lagi kerana lelaki macam awak ni"jelas Aeril panjang lebar,sebelum berlari keluar dari bilik itu. Emir mengejar,dia terkejut dengan pengakuan itu. Sebenarnya,dia tidak ingin pergaduhan. Tetapi,setiap kali berada di depan gadis itu. Mulutnya rajin sahaja mengeluarkan kata-kata yang akan membuat mereka bergaduh. Emir kesal dengan kata-katanya,padahal mereka baru sahaja berjumpa semula. sebelum sempat Emir mengejar,gadis itu sudah mengunci biliknya. Dia hanya memandang sayu pintu bilik itu,tanpa ada niat untuk mengetuk.

AKU DAN KAUWhere stories live. Discover now