BAB 46

41 1 0
                                    

Faerul hanya tersenyum melihat Emir yang nampak sangat serabut. Lepas sarapan tadi Aeril sudah bawa diri dia dalam bilik macam biasa berkurung.
"kenapa ni,dah seminggu kahwin belum ada perubahan lagi ke?"soal Faerul. Emir duduk di kerusi yang ada di balkoni itu.
"susah,dia langsung tak nak cakap ngan aku lepas kita berbincang malam itu. Dahlah seminggu ni,aku terpaksa tidur disofa saja. Masuk bilik pun untuk mandi saja..."jelas Emir. Faerul pun duduk di kerusi sebelah Emir.
"sabarlah...kau perlu bagi masa sikit kat dia. Aku kenal sangat Lynn tu..."kata Faerul.
"arghh...serabut,serabut. Dulu perangai dia memang macam tu erk..."kata Emir.
"ermm...tak,dia sangat jauh berbeza. Sekarang dia hampir sama dengan perangai kakak dia,dulu dia seorang yang sangat lembut...pemalu. sebab itulah aku mudah jatuh hati dekat dia,tapi...macam besa dia jarang menunjukkan perasaan sebenarnya dia...membuat aku terpikir dia hanya anggap aku macam kawan,tak tahu dia pun sama macam aku. yang sedihnya,aku tahu setelah dia terserempak aku dengan Sheen. Aku memang ikhlas dengan dia,tapi aku tak dapat nak ceta siapa aku pada dia time tu. Jadi timbullah kesalahfahaman yang menyebabkan aku kehilangan dia...sebab itulah aku minta sangat kau sabar,jangan ulang perkara yang sama aku lakukan pada dia..."jelas Faerul berjela-jela. Bukan sebab dia masih ada hati pada Aeril,tapi dia mula menganggap Aeril seperti adiknya selepas Aeril menolaknya dan memilih untuk menikah dengan Emir. Itupun atas permintaan dia dan Tancy.
"kau yakin dia akan berubah ke?"soal Emir lagi.
"kau ni,usaha belum lagi...macam mana kita nak tahu. Macam ni ke jantan?"kata Faerul macam sengaja mengapi-apikan Emir untuk semangat.
"kau jangan,nanti aku tak kasih kau jumpa adik aku hah...baru tahu,by the way...kau ikhlas ke nak kenal adik aku tu,sebab aku tak adik aku menangis kena kau. Sebab muka macam kau ni bukan boleh percaya sangat..."soal Emir ingin tahu niat Faerul.
"jadi kau nak cakap aku ni handsome sangatlah erk..."balas Faerul dengan gurauan.
"ek eleh...perasanlah kau"kata Emir.
"ok...ok...kalau kau bagi aku kebenaran,aku memang serius nak kenal adik kau lebih dekat. Kau kasi tak?"soal Faerul sambil memandang muka Emir. Emir membuat muka serius.
"aku fikir dululah..."kata Emir sengaja mengusik Faerul. Tetapi,sebenarnya dia berkenan juga lihat perangai Faerul. Lagipun latar belakang dia pun bagus juga,jadi dia tidak ada sebab untuk menolak. Yang penting,dua-dua hati berkenan dulu.
"kalau kau tak izin,agak-agaknya...bini kau akan lari pada aku nanti,kau berani tak?"sengaja Faerul membalas usikan Emir.
"berani kau,aku bagi kau makan penumbul ni karang"kata Emir lalu menunjukkan penumbuknya. Tapi dibalas dengan ketawa oleh Faerul,akhirnya ketawa mereka bergabung. Tidak sangka mereka menjadi rapat sebab satu peristiwa sahaja.

"ini tak boleh jadi Bad,kita kena berhati-hati...kalau tidak naya kita. Kau nak kerja kita sia-sia saja,lagipun aku tak duli. Rancangan kita mesti berjaya..."kata Afsheen masih ingin menerusikan rancangannya walaupun hampir menemui jalan buntu.
Saat itu,orang buahnya seorang lagi masuk dengan membawa seorang yang diikat matanya.
"apa ni,lepaslah!!!"kata 'tetamu' itu.
"diamlah!!"kata anak buahnya itu,lalu membuka balutan dimata 'tetamu' itu. Afsheen mendekati mereka.
"sapa ni?!"soal Afsheen marah campur terkejut.
"nilah rakan baru kita bos,dia yang akan membantu kita mendapatkan Aeril secepatnya"Bad menjelaskan kedudukan lelaki itu. Lelaki itu hanya mampu memandang,takut melihat pistol yang diarah ke kepalanya oleh penculik tadi.
"apa maksud kau?"soal Afsheen masih tidak faham.
"perkenalkan bos,Ehsan Reza...abang kepada Emir Fahesh Fateh..."kata Bad masih bermain teka-teki.
"untuk apa kau bawa dia ke sini?"soal Afsheen.
"Untuk pengetahuan bos,dia dengan adiknya ini...tidak sekepala sebab harta kerana harta yang sepatutnya milik dia jatuh ketangan abangnya. Walaupun sebenarnya dia yang lebih layak sebab dia anak kandung bapanya. Sedangkan adik-adiknya itu hanya anak isteri kedua bapanya...betul tak Encik Ehsan?"soal Bad lagak seorang lawyer.
"ye..."jawab Ehsan ringkas.
"jadi?"soal Afsheen masih tidak faham.
"apa kata kalian bergabung dan keuntungannya dua kali ganda. Harta Emir dan harta Aeril,masing-masing dapatkan?"terang Bad membuat Afsheen tersenyum tapi mati serta-merta memandang Ehsan.
"kau rasa dia memang boleh dipercayai ke?"soal Afsheen pada Bad. Bad memandang Ehsan.
"macam mana Ehsan,kau setuju?"soal Bad. Saat itu Ehsan hanya mengjawab menggunakan senyuman yang membawa maksud berlain.

AKU DAN KAUWhere stories live. Discover now