BAB 20

40 2 0
                                    

Sudah dua hari Emir sampai di KL,hati dia seakan terdera dek rindu kepada sang buah hati yang ditinggalkan akibat cemburu tidak bertempat. Sekrang rasa menyesal pula meninggalkan buah hatinya dikampung. Keluar dari pintu lift,Emir terus menuju ke pejabatnya. Dia menghidupkan lampu pejabatnya,lalu menuju ke mejanya. Ketika itu kerusi kerjanya berpusing,alangkah terkejutnya dia.
"sampai hati abang?"kata gadis yang tengah duduk dikerusinya,wajah itu manis bershawl warna peach. Dengan padanan warna baju jubah berwarna aqua. Berkali-kali Emir menampar pipinya,takut dia tersalah lihat atau tengah angau sebab terlalu merindukan gadis itu. Setelah merasa sakit,baru dia sedar dia tidak bermimpi.
"sayang...bila sampai,bukan sayang akan balik hujung minggu ni ke?"kata Emir terkejut debgan kedatangan Aeril,ingin sahaja dia memeluk gadis itu.
"abang tanya Qira,kenapa Qira boleh ada kat sini...abang...apa gunanya Qira di kampung lagi,kalau abang tak ada kat sana. Tak patut jugak nak Qira berkenal ngan family abang,sampai abang tinggalkan Qira terus..."rajuk Aeril. Muka merajuk itu membuat Emir seakan ingin menciumnya,tapi itu tidak mungkin.
"Amin kan ada,lagipun...sapa yang tinggalkan sapa...sayangkan tak perlukan abang disana,jadi buat apa abang nak terus ada kat sana..."kata Emir membuat Aeril tersentak,lalu ketawa menuju kearah Emir dan berhenti didepan Emir.
"kenapa?"soal Emir binggung dengan renungan Aeril. Aeril tersenyum kepada Emir.
"abang cemburu erk..."kata Aeril,membuat Emir tertunduk malu. "abang...takkanlah sampai camtu sekali,dahlah sampai sanggup tinggalkan Qira tertanya-tanya...Qira tak sedap hati,sebab tulah Qira kejar abang sampai kesini...takut Qira ada buat salah kat abang,tak tahu hanya kerana..."kataku separuh ingin menangis. Perlahan-lahan aku merasa panas dipipiku,tangan Emir memegang kedua pipiku dan mengangkat wajahku untuk melihat dia.
"abang minta maaf,abang tak bermaksud nak buat sayang risau...tapi,i can't control it. Sorry erk..."pintanya lagi. Aku menggenggamkan jarinya yang masih memegang pipiku. Aku hanya mengangguk.
"dahlah,jangan sedih-sedih lagi...nanti orang ingat abang buli Qira pula..."kata Emir memulihkan keadaan.
"abanglah..."kataku lalu menarik tangannya yang masih dipipiki,tapi dia masih mengenggam kedua-dua tangan aku.
"tulah nakal lagi...janji dengan abang,lain kali jangan buat lagi..."pinta Emir.
"tak janji..."kataku masih ingin bergurau. Dengan pantas pipiku dicubit.
"auchhh...abang sakit!"aduku,lalu mengusap bekas pipiku yang di cubitnya.
"tak nak janji lagi...."katanya lalu ingin mencubit aku lagi. Cepat-cepat aku mengelak.
"ok abang,Qira janji...Qira janji..."kataku mengalah lagi tidak ingin dicubit lagi. Dia tersenyum penuh makna,membuat aku tertanya. "abang ni dah kenapa,tetiba senyum sendiri..."soalku.
"maksudnya sayang dah terima abanglah ni?"katanya membuat aku terpampang,'aduh Aeril,apa dah jadi ni...kau dah jatuh dalam jurang yang cuba kau elak'kata hati Aeril tapi dia tidak mampu menipu hatinya lagi.
"ermmm...abang dah sarapan ke,kalau dah...Qira nak pergi sarapan dulu..."kataku ingin mengelak,lalu ingin melangkah pergi terlupa tanganku yang masih digenggamnya. Dia menarik tangan aku semula,membuat aku terjatuh dalam pelukkannya.
"nak lari..."kata Emir begitu dekat diwajahku.
"tak...nak sarapan"jawabku tergagap-gagap,manakala mata kami saling berpandangan.
"tak ajak abang?"soalnya masih dengan senyuman.
"boleh...kalau abang nak ikut"jawabku masih tidak berani hendak mengerakkan wajahku,takut-takut adengan tidak diingini akan terjadi.
"sayang abang tak?"soalnya lagi.
"sayang..."jawabku dalam tidak sedar mulutku menjawab. Apabila tersedar,tanganku sudah ditarik untuk melangkah keluar pejabat. Aku menampar mulutku sendiri.
"kita nak sarapan kat mana?"soalnya,apabila kami dah sampai didepan lift,tapi tangannya masih mengenggam tanganku.
"mana-mana saja bang,Qira tak kisah..."jawabku masih malu memandang wajahnya.
"sayang ni kenapa,malu..."soalnya.
"tak..."jawabku ringkas,masih menyembunyikan kegugupan hati. Betul ke kami dah berpasangan ni,aku dah jadi kekasih Emir.
"sayang...sayang..."panggil Emir membuat aku tersedar.
"hah...apa?"soalku tersalah tingkah.
"kekasih abang ni dah kenapa,abang cakap...lift dah sampai,jom..."katanya lalu menarik aku mengikut langkahnya.

AKU DAN KAUWhere stories live. Discover now