2 : Pagi Buta

57 1 2
                                    

20 Julai

Terlalu excited mungkin, aku sukar untuk lelap mata kerana takut nanti terlepas peluang melihat bas yang aku naik ni melalui jambatan yg menjadi keagungan Malaysia ni.

Saat bas melalui Jambatan Pulau Pinang ni, aku dengan Naz menggila di dalam bas macam beruk dapat bunga. Alhamdulillah selamat kami sampai Penang. To be honest takla nampak sangat pemandangan dekat luar sebab gelap. Aku syok sendiri gamaknya.

Jam tangan hampir cecah 4 pagi. Bas (aku dah lupa sebenarnya nama bas tu) dipandu pakcik india tu pun selamat tiba di Sungai Nibong. Masih terlalu awal bagi kami. Sedikit penyesalan timbul sepatutnya kami beli tiket tengah malam supaya sampai at least dah Subuh.

Tapi tiada yg boleh mematahkan semangat kami nak teroka Penang ni. Aku malas nak naik sebarang prebet sapu walaupun pakcik-pakcik dekat situ kerap menegur kami, "Adik nak pergi mana?". Bukan apa dalam waktu macam ni aku lebih percayakan Grab. Mulalah aku membuka app ni dan menekan lokasi ke Komtar. Rezeki kami adalah sorang brader Myvi oren yg tinggal berdekatan sudi melayan kami pagi-pagi buta ni.

Jimat duit tambang (RM17 bahagi la 2 orang) sebab agak jauh jugak dari Sungai Nibong tuk ke Komtar. Aku mintak brader tu hantar dekat dengan tempat kami booking, tapi aku lupa yang kami sepatutnya check-in pukul 2 petang. Aihhhhhhh~ apa nak buat?

Keluarlah satu idea untuk lepak dekat kedai mamak yg berdekatan. Nasib brader tu baik hati dan hantarkan kami dekat salah satu tempat yg femes dekat Penang iaitu Restoran Kapitan. Kami pun lepak la sana sampai mamak tu nak tutup kedai sebab nak kemas katanya.

Kami takda hala tuju buat seketika dalam keadaan pekan yang masih belum bernyawa ni. Aku pun keluarkan idea untuk rehat dekat Masjid Kapitan Keling sampai Subuh. Rezeki kami dapat berehat dekat masjid dan sempat lelap seketika. Tatkala azan berkumandang aku pun laksanakan apa yg patut.

Sambil menunggu matahari terbit, kami pun beransur keluar dari masjid dan menuju ke tempat yg sepatutnya pertama kali di kunjungi (tempat tinggal). Kami pun berjalanlah tanpa tahu arah yg betul menuju ke sana. Perpandukan peta dalam google sahaja akhirnya kami sampai dekat Kimberly House.

Tapi masih belum waktu untuk kami check-in. Aku pun meminta izin kepada akak dekat kaunter tu untuk tumpang barang dan bilik air. Betapa nikmatnya dapat mandi selepas tempuhi pengalaman mcm homeless. Kami berehat sekejap dekat ruang menunggu sambil memikirkan apa nak buat lepas tu. Mengikut perancangan kawan aku dari Penang, Syafiq tinggal kat Georgetown yg akan menjadi tour guide kami hari ni tapi dia tak dapat nak join kami. Terpaksalah aku memerah otak.

Tanpa banyak fikir, aku pun mengajak Naz ke Bukit Bendera. Kami berdua bersiap bawa apa yang patut (nasib aku standby beg kecik tuk sumbat segala barang mcm dompet dan powerbank yg akan menjadi keperluan yg pasti).  Beg bersaiz gergasi kami tumpang dekat kaunter akak tu supaya taklah bahu masing-masing hilang zat nanti.

Akhirnya kami bergerak ke bas stesen dekat Komtar Mall (korang akan perasan tempat ni akan jadi main place tuk pusing Penang) mencari bas ke Bukit Bendera. Perjalanan kami yg pertama tanpa sempat check-in dan tidur yg cukup terus ke sana.

Ke Penang Ke Kita?Where stories live. Discover now