3 : Jejak Bukit Bendera

44 1 3
                                    

Bas yg kami naiki menyusuri sekitar kawasan Penang. Apa yang boleh aku katakan dekat sana tak lekang dengan makanan, ada saja dekat setiap tempat. Masalahnya cuma kami tak tahu yg mane halal dan mana yg tidak (korang faham-faham la kenapa).

Hari pada waktu tu tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk, sesuai untuk kami menawan Bukit Bendera. Tibanya disana kami beratur untuk membeli tiket tren untuk naik ke atas sana. Tunjuklah student id masing-masing untuk tiket murah (RM10 untuk pergi dan balik). Lama jugak kami beratur untuk tunggu giliran untuk naik tren yg aku sangka cable car mula-mulanya.

Penuh dengan pelancong dari pelbagai pelusuk berlumba masuk ke dalam tren. Kami pun taknak kalah terus meluru mencari angle yg sesuai untuk buat sesi photoshoot. Kiri kanan penuh dengan pemandangan alam tatkala tren mendaki untuk ke atas puncak. Aku terpesona dengan keindahan sampai tak lekang tangan merecord.

1st impression sampai dekat atas tu, fulamak! Cantik dapat lihat Penang dari tempat tinggi. Dengan sejuk sikit ala-ala Cameron Highland sedikit berkabus dan angin kencang. Tenang dapat lihat dengan mata sendiri, hilang segala benda yg menghimpit otak aku ni buat seketika.

Aku feeling jalan slow-slow nak hayati setiap yg aku lihat. Macam-macam nak buat dekat atas sana, tapi kami kena limitkan perbelanjaan (takut nanti tak dapat balik huhu). Kepada yang bercinta dan acah-acah relationship goals boleh pergi sana untuk mangga cinta anda dengan yg tersayang. Kami hanya berjalan kehulu-kehilir lihat kehijauan pokok-pokok, hujan renyai mula membasahi bumi menambah lagi kedinginan tengahari tu.

Puas menikmati pemandangan sambil melenguhkan kaki masing-masing (niat nak urut kaki dekat atas tu tapi kena save budget hahaha), kami pun beransur menaiki tren untuk turun kembali. Agak letih sebab belum sempat dapat tilam empuk dah berjalan tak ingat dunia. Dengan hanya satu niat nak check-in nak rehat sekejap sebelum keluar plan yg seterusnya.

Tibanya dekat Kimberly House, kami terus settle apa yang patut. Bawak masuk barang, mandi dan take a nap. Aku booking dua bilik dekat situ ala-ala dormitory, Naz duduk bilik yg khas untuk perempuan sahaja tapi masih bersebelahan dengan aku supaya senang apa-apa nanti.

Langit hampir gelap dan kami pun sudah kelaparan so nak mencari makan untuk dinner dan nasib baiklah Syafiq menawar diri untuk bersama kami (kata nak tebus sebab janji pagi tadi) pergi ke Padang Kota Lama. Aku dengan Naz menapak untuk ke sana selepas sempat restore energy. So, kami mulakan misi berjalan sambil cuci mata dekat area Georgetown demi mengisi perut.

Ke Penang Ke Kita?Where stories live. Discover now