5 : Jelajah Breakfast

69 1 0
                                    

21 Julai

Tercelik mata aku lepas dengar bunyi rengetan alarm phone. Bilik yg mempunyai 3 buah katil double-decker yg boleh memuat seramai 6 orang terlalu sejuk, aku masih menyelubung diri aku dengan selimut. Masih terlalu awal untuk aku bangun dan mandi.

Pukul 7 pagi aku menelefon Naz untuk kejut dia yg kusyuk membuat tahi mata. Kami pun bersiap-siap apa yg patut sebelum berkumpul di stesen bas yg menjadi tempat kami berjumpa Syafiq. Selesai mandi dan packing barang-barang yg perlu dibawa, kami menapak ke stesen bus (lebih kurang 500 meter dari tempat tinggal kami).

Kelibat Syafiq sudah ada di sana menunggu di bangku bus station. Begitu ramai jugak manusia yg sudah menunggu bas untul ke destinasi masing-masing dan kami memilih bas yg ke arah Ayer Itam untuk mencari makan.

Kami turun dekat Stadium Bandaraya Penang kerana tempat yg kami ingin pergi berdekatan dengan stadium. Aku sempat google semalam untuk melihat tempat-tempat yg menarik di Penang dan aku jumpa Pasar Karat agak terkenal di situ. Hanya bersebelahan dengan stadium (Lorong Kulit) kami pun berjalan mencuci mata melihat keadaan di sana. Akibat perut yg masih kosong, kami dahulukan untuk mengisi perut.

Syafiq membawa kami ke satu tempat breakfast yg menjadi tempat favorite dia untuk makan waktu zaman sekolah. Sanggup dia ponteng sekolah dulu dan lepak dekat kedai tu untuk sarapan. Lokasi tempat itu betul-betul berdekatan dengan sekolah (SMK Abdullah Munshi), dan memerlukan kerahan tenaga untuk berjalan dari Pasar Karat ke sana. Memang ala-ala zaman dahulu kedai tepi jalan dan penuh dengan orang-orang yg ingin mengalas perut.

Kami mencari ruang kosong dan terus duduk sebab tempat agak limited kerana susunan meja yg bercantum dan memanjang. Roti Jantan (Roti kosong dua keping dengan Telur mata di atas plus bawang fresh) dan Teh O Ais menjadi pilihan aku. Memang terbaik sbb rasanya memang lain dari yg lain dengan yg selalu dimakan di kedai mamak biasa. Aku amat puas hati dan pasti akan jejak ke sana kalau aku ke Penang lagi.

Selesai upacara mengisi perut, kami terus melangkah untuk explore Pasar Karat. Dalam perjalanan patah balik ke sana, kami ternampak Rumah Kelahiran P. Ramlee yg berdekatan dengan tempat yg ingin dituju. Kami tak lepaskan peluang untuk menziarah rumah yg telah menjadi tempat bersejarah dan turut melawat galeri beliau yg bersebelahan dengan Arkib Negara (masuk adalah percuma).

Perjalanan kami disambung kembali selepas puas melawat rumah yg masih tersergam indah dan kukuh. Nak digambarkan, Pasar Karat tidaklah jauh beza dengan Pasar Malam yg biasa kita pergi. Yang lainnya, di Pasar Karat banyak menjual barang-barang antik dan terpakai. Tempat ni amat sesuai kepada yg ingin mencari barang untuk dibuat deco di rumah. Aku gemar melihat barangan antik dan ada juga yg aku tidak pernah tahupun kewujudan barang itu. Harganya agak perpatutan cuma aku belum mampu untuk mengumpul koleksi-koleksi antik ini (masih student la katakan).

Puas berjalan di sana, kami pun beralih arah ke Komtar kembali untuk pusing-pusing di sana menjejak street art yg mesti menjadi tumpuan anak-anak muda seperti kami kecuali orang penang (dia org mmg tak kesah..haha). Shade on kerana cuaca agak panas dan kami pun menaiki bas ke arah Jeti.

Ke Penang Ke Kita?Where stories live. Discover now