Sampai je Batu Feringghi (kami turun dekat area Petronas) terus mencari makanan. Nampaklah KFC di seberang jalan, kami pun bergegas ke sana demi mengisi kekosongan perut-perut yang merintih meminta diisi. Usai je makan tengahari, kami terus bergerak ke kawasan pantai betul-betul berhadapan dengan Petronas.
Saat kaki mula jejak pasir-pasir pantai, semua penat dan lelah terubat. Begitu cantik pemandangan petang sampai aku cuba untuk tidak berkelip kelopak mata demi meniliti setiap perinci keindahan yg terbentang (okay2 terlebih pulak). Kami bertiga pun bermula dengan berjalan sekitar persisiran pantai dan terasa amat bangga hati kecil dapat meninggalkan jejak kaki tapi sering dicemburui ombak laut yg sibuk nak padamkan setiap jejak yg aku tinggalkan, hahahaha..
Syafiq tak dapat lepak lama dengan kami di sini sebab dia ada shift kerja petang, so aku dengan Naz je la yg akan sambung saki baki masa dekat pantai ni. Akhirnya kami terjumpa satu tempat yg terbaik untuk kami terjun ke dalam laut tapi alangkah sayangnya aku tak bawa pakaian tuk mandi. Tak patah pun semangat aku walau seinci, apa lagi terus bergegas ke kawasan jualan dekat laluan masuk terus cari seluar dan tukar pakaian.
Mata-mata kami turut dijamu dengan pelancong asing yg sibuk dengan aktiviti masing-masing. Macam dekat California pun ada (berangan lagi). Taknak buang masa terus tuju dekat tempat yg dah di cop tadi dan splash merecik air tatkala terjun dalam air masin. Aku memang manusia yang sukakan pantai, rasa tenang dan aman dunia buat seketika. Rasa air laut menyentuh kulit aku, tapak kaki berpijak pasir pantai dan cahaya matahari yg menerangi pemandangan membuat aku sebati dengan alam semula jadi.
Sejuk dan kecut kulit aku tak menghalang aku untuk terus berendam. Mengisi keasyikan lagi, aku dan Naz membuat sesi karaoke dalam air dan masing-masing melepaskan segala benda yg menyemak dalam kepala (macam-macam lagu kot). Kami juga berkesempatan tuk naik banana boat, serius 1st time dan amat mengujakan. Abg tu setiap belanja kami bawa 2 round sampai ke hujung pantai (rasa macam naik kuda pun ada...hahaha padahal tak pernah naik kuda pun).
Yang ini memang antara favorite aku kalau dah ke pantai, tengok detik sunset. Aku dengan Naz gigih mencari port tuk rakam detik matahari terbenam dan kami berjaya. Begitu cantik alam ciptaan Tuhan sampai kau sendiri tersenyum sorang-sorang macam kerang busuk. Memang antara memori yang aku sendiri takkan lupakan.
Badan dah berbau masin dah macam dalam cerita Life of Pi, berkerak-kerak (lebih-lebih lagi sekali). Kami pun pergi dekat Petronas yg tempat asalnya kami turun untuk mandi (bagus dia sediakan ruang mandi dekat sana). Selesai mandi kami berjalan dekat kawasan tepi jalan nak cuci mata melihat barang-barang yg dijual sambil menunggu bas untuk balik. Saat bas tiba, kami pun naik dan terus menuju ke Komtar untuk balik ke tempat tinggal.
YOU ARE READING
Ke Penang Ke Kita?
AventuraIni bukan laporan sekadar diari seorang backpacker yg suka melakukan sesuatu tanpa fikir panjang. Pengalaman menjelajah di Penang selama 3 hari 2 malam memberi aku inspirasi untuk lebih fikir luas dan bukan sekadar luar kotak tapi tanpa sebuah kotak...