Aku dan Naz (kawan baik aku but dah jadi mcm adik aku sendiri) dah gambel nak pergi Penang tanpa plan macam-macam.
Aku just sempat mendownload aplikasi Booking dan Grab untuk memudahkan perjalanan.
Sempat aku book dekat Booking app satu tempat nama dia Kimberly House dekat Jalan Kimberly dekat je dengan Komtar (aku amat suggest tempat ni sbb low cost dan ala2 dormitory bole trowback zaman katil 2 tingkat kat hostel)
Grab app akan menjadi keperluan yg wajib kalau dah sesat dan tak tentu arah kat sana nanti (nasib aku sempat download atas arahan ayah angkat aku)
19 Julai
Naz ni dari Melaka dan aku ni dari Ampang, so kami plan untuk jumpa dekat TBS (Terminal Bas Selatan) nak settlekan tiket bus nak ke Sungai Nibong. Nasib kami berdua amatlah baik sbb masih ade tiket nak ke sana.
Dengan masa berbaki ni dalam beberapa jam, kami pun round area KL (Kuala Lumpur) cari apa-apa yg patut sebelum misi backpacker ni bermula.
Jam menunjukkan pukul 9 malam, kami pun berpatah balik ke TBS sbb taknak kena tinggal bas pulak nanti. Aku mmg sengaja memilih tiket malam sbb nak jimat duit. Kenapa?
Bayangkan kalau kami gerak siang, sampai sana malam dan kene pakai xtra duit untuk check-in hotel bagai. So solution aku just bayar tiket bas dan sekali tido dlm bas, kan jimat tu.
Semua beg galas bersaiz badan masing-masing dah disumbat dlm bas. Kami pun berebut mencari toilet nak settlekan apa yg patut supaya takla nanti menyusah pakcik dreba pulak.
Tepat pada waktu, bas pun bergerak menghala ke utara. Masing-masing mencari posisi selesa nak membuat taik mata (perjalanan lebih 5 jam kot). Tanpa nak buang masa, kami mengabdikan diri buat bas tu mcm rumah sendiri.
YOU ARE READING
Ke Penang Ke Kita?
AvventuraIni bukan laporan sekadar diari seorang backpacker yg suka melakukan sesuatu tanpa fikir panjang. Pengalaman menjelajah di Penang selama 3 hari 2 malam memberi aku inspirasi untuk lebih fikir luas dan bukan sekadar luar kotak tapi tanpa sebuah kotak...