4 : Mengisi di Padang Kota Lama

51 1 0
                                    

Kaki masih melangkah menuju ke kawasan pantai. Aku sekadar ingat yg Padang Kota Lama terletak di tepi laut. Tapi sebelum tu, kami gegeh mencari kedai cendol sbb teringin nak rasa cendol Penang. Aku jumpa satu kedai yg dekat dengan dengan Pejabat Polis Penang, nama kedai tu Penang Road Famous Teochew Chendul. Memang sedap gila cendol dia, ramai jugak orang yg makan dekat situ cuma kena berdiri sbb kerusi meja mmg tak di sediakan. Habis cendol semangkuk yg kami kongsi, terus bergerak ke tempat yg dituju.

Habis bersih aku dan Naz mencuci mata di sekitar kawasan Georgetown. Bangunan-bangunan yg masih kukuh berdiri dengan corak seni di kiri kanan, ala-ala vintage dan dinding penuh dengan lukisan-lukisan street arts betul-betul menarik kami untuk beraksi model, amatlah mengagumkan.

Aku seorang yg berminat dengan sesuatu yg antik dan vintage, menjadikan otak aku lebih ghairah untuk terus berkembang (bunyi mcm berlebih je) sewaktu berjalan di sana. Nampak saja sebuah padang berdekatan dengan laut, menandakan kami berada di tempat yg betul. Agak jauh jugak perjalanan kami sebab banyak berpusing di celah-celah bangunan kerana belum biasa dengan Georgetown (sebenarnya taklah sebesar mana pun). Kami berjalan di tepi laut sambil menikmati angin senja, niat untuk melihat matahari terbenam tapi melepas.

Sampailah di sebuah kawasan kedai makan lebih kurang mcm food court  betul-betul di tepi laut. Kami terus duduk dan mengoder. Char Kuew Tiaw dan Coconut Float menjadi pilihan sambil menunggu ketibaan Syafiq.

Char Kuew Tiaw mmg terbaik tapi masih belum lengkap makan malam aku. Tiba je Syafiq terus dia belanja kami Pasemboq, akhirnya lengkap ruang perut kami yg luas mcm padang bola sebentar tadi. Tak salah untuk spend lebih sikit untuk makanan tapi kena berpada-pada sebab esok kang kena puasa pulak (reminder kepada diri sendiri).

Berkumpulnya kami bertiga dengan agenda utamanya adalah "Apa plan untuk esoknya?". Masing-masing brainstorm (acah-acah mcm study group pulak) dan akhirnya lengkaplah aktiviti kami untuk esoknya. Syafiq akan join kami menjadi tour guide separuh hari kerana petang dia masuk kerja (abg Pizza Hut nak masuk shift).

Selesai mengisi perut masing-masing. Kami pun berjalan sekitar Georgetown kembali menuju ke tempat tinggal kami untuk misi seterusnya, tidur. Esok Syafiq akan bawak kami breakfast dekat tempat yg famous katanya. Save energy for tomorrow kami terus berehat dan pagi esok kami akan jumpa Syafiq dekat bus station. Esok pasti lebih mengiurkan (okay melebih lagi...huhu).

Ke Penang Ke Kita?Where stories live. Discover now