Bab 3

881 32 7
                                    

Sebelum matahari terbit, Naufal sudah tersedar daripada tidurnya yang lena. "Semua tolong bangun. Bagi yang muslim boleh solat sebelum mandi. Bagi yang non-muslim, bolehlah mandi dan bersarapan. Tetapi tolong jangan lama." kata Naufal dengan sopan. setelah selesai solat dan mandi,Ave ajak mereka semua sarapan di De' Quarter Cafe sementara menunggu van.

           "Hah tu pun dah sampai dah van." kata Naufal.

"Krew aku ada empat orang yang ikut kita." kata Naufal lagi. "Ni jurukamera. Nama dia Haziq. Yang ni pula pengurus sound system kita. Nama dia Aizat . Yang ni pengurus lampu. Dia punya nama ialah Luziaff. Dan yang terakhir, Naffy . Dia ialah ketua pengambaraan kita." kata Naufal. Selepas itu, Naufal meminta Naffy untuk melantik jawatan penolong ketua, dan setiausaha.
Airun merebut jawatan sebagai penolong ketua krew manakala Ain sebagai setiausaha.

*selepas 1 jam 45 minit perjalanan*

         "Baiklah. Dalam masa 15 minit lagi kita akan sampai di Hospital Duke Kent." kata Naffy.

*selepas 2 jam*

          "Ewww kotornya tempat ni. Dahlah ditinggalkan. Dah macam berpuaka." kata Ave . "Mula lah si GEDIK ni bercakap benda tak betul." dalam hati Ferry. "Hei! Jangan cakap macam tu . Kita tidak tahu lagi apa yang akan berlaku. Tolong jaga mulut." arah Naffy.

             Matahari berada tepat-tepat di garisan khatulistiwa. Mereka semua kepanasan. "Wahh! Seram juga lah tempat ni." kata Airun. "Ehh. Siapa ni? Cantiknya..Suara dia pun..Wahhh" dalam hati Naffy.

         Walaupun Naffy telah jatuh ke dalam gaung hati Airun, dia tetap berusaha untuk mencari entiti. Empat jam telah berlalu. Sebelum matahari senja, mereka mendirikan khemah dan menyediakan makan malam yang fancy dan simple iaitu Samyang Korean Noodle.

        "Ouch! Pedasnya.. Arghhhhhh. Tolong pedas!!! " jerit Airun. Naffy segera mengambil beberapa helai tisu dan air putih untuk Airun. "Cewah.. Loves in the Wood.." kata Naufal. Maklumlah, Naufal ni nakal sikit.

          "Naufal, please. Jangan cakap macam tu. " kata Naffy. "Oopsy, sorry leader. "  kata Naufal. "Apologized accepted. But make sure next time you didn't say the same thing. Thank you." kata Naffy. "My pleasure." jawab Naufal.

           Jam 9.00 malam memang sesuai untuk merakam benda yang menyeramkan tu. "Wehh.. Malam lagi seram lah.. Aku takut macam mana ni?" kata Farah. "Lekla aku pun takut." kata Danish. Sambil mereka menyuluh jalan yang dipemuhi dengan rumput , dengan tidak sengaja , Luziaff tersuluh kain putih yang tersidai di besi yang berkarat. "Oh my gosshh!! What the heck is that?" ucap Ave. Naffy dengan penuh semangat mendekati kain itu. Dia menarik kain itu. Rupa-rupanya, kain tu bekas baju pesakit Hospital Duke Kent tu.

           Tanpa mereka sedari, 30 minit telah pun berlalu. Mereka pun berada di tengah-tengah Hospital Duke Kent tersebut. Haziq tidak menghidupkan lagi kameranya dari permulaan tadi. Tapi rupa-rupanya kamera itu hidup tanpa disentuh.

               "Hurmm, korang tak rasa sejuk sangat kah? Meremang bulu roma aku." kata Naufal.

                 Tiba-tiba, lampu utama terpadam. "Ahhhhhhhhhhhh!!" jerit mereka. "Luziaff, kau matikan lampu utama kenapa? " kata Aizat. "Tak aku tak matikan pun" jelas Luziaff.
  
                  Selepas beberapa minit, Luziaff dapat menghidupkan lampu tersebut. Tanpa mereka sedari, rupa-rupanya makhluk halus yang tinggi lampai mengekori mereka daripada belakang.

 **

          "Ahhhhh!! Tolong aku!! Tolong aku!!" terdengar suara seorang lelaki. "Suara itu kedengaran seperti suara yang kita selalu dengar. Bukan kah itu suara si Ferry?" tanya Danish. " Ferry! Ferry! " kata Ain. "Kenapa dengan Ferry? " tanya Airun. "Ferry takde dengan kita! "kata Ain. Hampir 1 jam mereka cari Ferry. Tapi tidak lagi kenampakan. Akhirnya, Ferry dijumpa di Wad I.C.U. . "Weh! Ferry. Kau pi mana? Hampir 2 jam kita orang cari kau!" kata Naffy. "Tadi aku ikut Luziaff. Dia kata nak buang air kecil jap. Aku temankan dia lah." cakap Ferry. "Weh . Ferry . Jangan main-main tau! Ini hal serious ni. Aku takde nak buang air kecil pun tadi. " kata Luziaff."Ha ah. Luziaff ikut kami tadi ." jelas Naufal. "So aku ikut siapa tadi? " tanya Ferry. Kata-katanya terhenti di situ . Kerana tiba-tiba sahaja dia pengsan. Mereka semua bergegas balik ke khemah masing-masing. Ketua Naffy kata, pada hari seterusnya mereka akan sambung pencarian makhluk dari dunia alam maya.

**
So, cerita bab 3 dh hbis. Alhamdulillah. Kemungkinan besar bab 4 akan keluar hari Rabu nanti.
Thank you sebab membaca.

HospitalWhere stories live. Discover now