Keesokkan harinya, seperti biasa mereka semua berkumpul di De' Quarter Cafe untuk mengeluarkan idea masing-masing. Setibanya mereka semua disana, pekerja kafe tersebut mengambil pesanan mereka berenam. Selepas beberapa minit, makanan dan minuman yang dipesan telah pun siap untuk dihidangkan kepada Danish, Ferry, Ave, Farah, Ain dan Airun. Semasa mereka menjamu selera, seorang lelaki yang berkulit sawo matang, mata kebiru-biruan dan tinggi lampai menuju ke arah meja mereka.
"Hah! Korang nak sangat idea ku kan?!" kata Danish. "Hmmm, ape idea kau yang CLEVER sangat tu?" balas Airun.
"Tak nampak ke?" tanya Danish . "Ofcourse lah aku tak nampak idea kau tu. Kau fikir aku boleh fikir apa yang ada dalam kepala otak kau tu?" kata Airun. "Haih kau ni! Ni lah ! Lelaki berdiri sebelah aku ni. Dia lah idea ku." kata Danish . "Wait! Ni bukan Naufal ke? Yang program Paranormal tu?!" tanya Ferry . "Yelah. Mestilah dia. " jawab Danish. "Ouh ni lah idea kau? Pengecut lah kau ni! Setakat entiti pun kau nak telefon orang dari program Paramormal? Hahahahah." ejek Ain."Ehem ehem..Aku datang nak tolong korang. Bukan dia call aku. Danish tanya je macam mana nak cari entiti. Tapi aku yang nak tolong dia. Do not blame Danish. " kata Naufal. "Oklah. Takde masa nak gaduh. Esok Jumaat. Hari ni mesti pack barang yang nak di bawa esok." cakap Farah. "Ok. Nanti malam aku tolong korang nak pack barang." kata Naufal.
Malam itu, mereka semua berkumpul tidur di bilik Farah, Ave, Airun dan Ain. Sesudah mereka pack barang, lelaki tidur atas lantai manakala yang lain tidur atas katil. "Ok. Esok pagi semua orang bangun awal sebab krew aku nak datang. Kita akan naik van pergi ke Hospital Duke Kent. Perjalanan kita mengambil masa selama 2 jam." kata Naufal. "Aye aye kapten!" kata Danish.
Jarum jam menunjuk ke arah jam 12 malam. Hanya bunyi cengkerik dan dengkuran sahaja kedengaran pada masa itu. Tiba-tiba, Danish si superneeder terbangun. "Wehh, Ferry. Bangun weh." bisik Danish. "Ape?" tanya Ferry. "Bangunlah!!"bisik Danish. "Alaaaaah! Sibuklah kau ni. Aku nak tidur pun kau nak kacau?!!" cakap Ferry sambil bangkit dari tidur. "Aku lapar. Heheheh." kata Danish. "Lapar pun nak bangunkan orang eh?" cakap Ferry. "Actually aku pun lapar" kata Ferry. "Tapi nak makan kat mana?" tanya Danish. "Hah! Kita makan kat kedai mamak nak?" Ferry memberikan idea. "Ok! Jom." ajak Danish.
*Semasa di Restoran Mamak Abang Zack*
**
"Weh, aku rasa kan. Nanti dekat Hospital Duke Kent tu, ada satu orang daripada kita akan kena rasuk lah." kata Ferry. "Ehh! Mulut kau ni. Kang kau yang kena .Aku tak kisah." kata Danish. "Hmm. Yelah superneeder ."balas Ferry.
"Urghhh. Alhamdulilah. Kenyang gak aku." kata Danish. "Jom balik" katanya lagi. "Ok" kata Ferry.*Dekat bilik*
"Weh, Danish. Awal tau bangun esok.!"kata Ferry untuk mengingatkan si superneeder.
"Bye, saya mengantuk dah." kata Ferry.
"Eh! dorang dah tidur pun."kata Danish.
**
Hai and Assalamualaikum. So, what do you think for the Chapter 2. Is it great? If Chapter 2 was bad. Comment it. Kemungkinan besar, cerita Hospital ni akan diterbitkan dalam bentuk buku . Jadi akan ada pengubahsuaian. Terima Kasih.
**
Chapter 3 in progress.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hospital
Korku"Akhirnya!! Hari terakhir belajar bagi minggu ni!!" jerit Airun di dalam dewan kuliah sebelum Prof. Haliza masuk. Bunyi loceng berdering, "Kringg, kringg" menandakan masa belajar bermula."Selamat pagi kelas." kata Prof. Haliza. "Hari ini saya akan...