Bab 4

759 17 3
                                    

"Hospital Duke Kent ni dulunya adalah sebuah hospital yang mempunyai pesakit dan jururawat yang sangat ceria dan baik hati. Sehinggalah suatu hari, kes pembunuhan seorang jururawat yang bernama Humaira tercetus di sini. Tapi pembunuh kepada jururawat Humaira masih tidak dapat di tangkap. " - sumber Mozilla Firefox.

"Ohh. Patutlah bangunan ni ditinggalkan dalam hutan berpuaka ni. " kata Ave.

"Korang! Korang! Ferry dah sedar! " jerit Danish.

Selepas itu, semua orang yang ada disitu berkumpul di khemah Danish dan Ferry.
Satu per satu bertanyakan soalan kepada Ferry yang baru tersedar dari pengsan. "Aduh, sakitnya kepala aku" Ferry mengaduh.

"Sabar Ferry." kata Ain. "Apa dah jadi ni? " tanya Ferry. "Ferry, kau tahu tak? Kau baru je hilang 5 jam yang lalu. Bila kami jumpa kau 3 jam yang lalu. Kau sempat beri penjelasan dengan kami. Tapi kau pengsan pula. Then, kau tak sedarkan diri 2 jam tau!" kata Haziq.

"Oh. Aku masih ingat. First tu, aku tetinggal dekat belakang. Lepas tu ada perempuan ni, mukanya cantik. Name tag nya tertulis Hum.. Hum.." katanya terputus. "Humaira?" celah Ave. "Hah! Humaira!" jawab Ferry.

"Lepastu? Apa terjadi? " tanya Haziq

"Lepastu aku kejar dia lah. Tetiba dia menghilang. Lepas tu makhluk yang menyerupai Luziaff muncul. Makhluk tu cakap dia nak buang air kecil. Aku temankan lah. Lepastu, aku sesat. Aku toleh, tak nampak lagi si Luziaff. So aku jerit lah. Tu je aku ingat" kata Ferry.

"Ferry dah selesai. Sekarang ni aku nak tanya Ave pula. Dari mana kau tahu perempuan tu nama Humaira? " tanya Haziq.

"Tapi, dari mana kau dapat line" tanya Naffy. "Aku pun tak tau" jawab Ave.

Matahari terbit. Cahayanya menunjukkkan laluan di dalam hutan tersebut. Penjelajahan hospital dalam hutan tersebut diteruskan.

"Baiklah, sekarang kita akan menjelajahi seluruh hospital ini. Dan jangan berpisah daripada kumpulan kita. Kita akan memeriksa kawasan hospital ini dan meletakkan kamera di beberapa kawasan. Faham? " arah Naffy selaku ketua kumpulan.

**
Farah P.O.V

Aku berjalan di suasana yang seram. Menjelajahi hutan dan hospital yang bersuasanakan sunyi-sepi. Apalah nasib yang bakal menimpa kami semua? Harap-haraplah kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.

Hi. Kita baru sampai bab 4. Tapi bab 4 ni pun tidak panjaang ayatnya. Minta maaf sebab cerita hari ni tidak berapa menyeronokkan. Saya sakit. So ayat dan cerita pun tak berapa teratur. Bab 5 mungkin keluar malam ni atau esok. So, thank you😁.

HospitalWhere stories live. Discover now