Haziq, Farah dan Luziaff jatuh dengan serentak. Dalam masa yang sama, semua orang yang berada di Hospital Duke Kent ketakutan.
"Wehh, aku tak tahan lah. Kalau korang nak hantar jenazah Naufal, aku nak ikut balik ke kolej." kata Ain.
"Ok , ok . Kalau jenazah Naufal dah dijumpai, hang, Farah, Luziaff, dan Haziq , aku hantar." kata Aizat.
Sementara itu, di Kolej Aleyza.
"Haishh, mane budak-budak ni. Satu kolej heboh dorang tak nak balik kolej." cakap Prof. Haliza dalam keadaan cemas.
"Sabar je, nanti kang dorang balik lah. " pujuk Puan Hazniza sebagai pengetua Kolej Aleyza.
Di Hospital Duke Kent.
"Korang - korang.." kata Ferry.
"Ape?" balas Naffy.
"Tu, tu... Pakcik dari mana tu. Ade siapa jemput? " tanya Ferry.
"Takde" balas Naffy sekali lagi.
Secara perlahan-lahan, Naffy berjalan ke arah pakcik tersebut. Untuk pengetahuan korang, kumpulan mereka membatalkan penggambaran bersama pengacara.
Kamera dan lampu dihalakan ke arah Naffy dan pakcik itu.
"Pakcik , pakcik datang sini kenapa?" soal Naffy.
"Pakcik datang sini sebab pakcik dengar suara perempuan menjerit." jelas pakcik itu.
"Boleh kenalkan diri pakcik?" tanya Naffy.
"Nama pakcik ialah Ustaz Ashri. Panggil je Tok Ari. " kata Tok Ari.
"Oh, ustaz. " kata Airun.
Untuk pengetahuan korang, Haziq yang akan dihantar balik ke bandar ialah jurukamera. Tetapi malangnya dia tidak dapat merakam. So, Airun akan merakam dan mengurus lampu.
"Tok Ari, apa maksud makhluk yang menetap dalam badan dorang tadi?" soal Airun.
"Maksudnya, mereka berkata, Naufal dah mati, dia tak perlu beri hak makhluk itu lagi. Tetapi, walaubagaimana pun, korang akan menerima balasan sebab datang tempat ni tanpa kebenaran. " jelas Tok Ari.
"Dah lewat malam ni, dah jam 1.30 malam ni. Pergi, jangan berada dekat sini. Bahaya. " jelas Tok Ari.
"Ok. Tapi tok, macam mana dengan mayat Naufal?" soal Ferry.
"Naufal ? Esok kita cari. " kata Tok Ari.
"Oh okay" kata Ferry.
Malam itu,
"Shuusssh, bangun. Aku nak hantar korang balik kolej ni. " kata Aizat.
"Huh. Ok .. ok.. Tapi mayat Naufal dah dijumpai ke? "tanya Ain.
"Dah ." balasnya.
Sedang Ain bersiap- siap, dia tersedar bahawa Farah, Haziq dan Luziaff tidak ada di situ.
"Aizat. Aizat. Aizat!!!" bisik Ain dengan kuat.
"Huh? Ape? " tanya Aizat.
"Mane Farah, Haziq dan Luziaff?" tanya Ain.
"Dorang dalam kereta dah. Mayat Naufal kat kerusi paling belakang. " jelas Aizat.
"Dah siap? " tanya Aizat.
"Dah. Dah.. Jom pergi van." kata Ain.
"Ok jom." balas Aizat.
Semasa Ain memasuki van tersebut. Dia terasa sesuatu yang pelik. Haziq, Luziaff dan Farah masih dalam keadaan yang lemah. Walau bagaimanapun, mereka tetap berusaha untuk melawan kelemahan mereka itu.
"Korang okey? " Ain tanya dengan lemah- lembut.
"Ye.. Kitorang ok." balas mereka.
Dalam perjalanan itu, Ain dan kesemuanya berasa kekok. Haziq memberi signal kepada Ain. Signal tersebut sungguh pelik. Dia pun tidak mengetahui apa-apa benda.
______________________________________Apakah yang akan terjadi dalam perjalanan itu?
Nantikan ceritanya di Bab 9.
--------
Thank you, bab 8 ni tak berapa seronok. Takpe bab 9 nanti memang best. Saye janji. Bye!

ANDA SEDANG MEMBACA
Hospital
رعب"Akhirnya!! Hari terakhir belajar bagi minggu ni!!" jerit Airun di dalam dewan kuliah sebelum Prof. Haliza masuk. Bunyi loceng berdering, "Kringg, kringg" menandakan masa belajar bermula."Selamat pagi kelas." kata Prof. Haliza. "Hari ini saya akan...