Dalam suasana yang panas, tanpa mereka sedari, mereka telah berjalan hampir seluruh hospital tersebut. Mereka dapati bahawa Hospital Duke Kent tersebut dibina setinggi 790 kaki bersamaan dengan 10 tingkat. Malangnya, bangunan tersebut retak dan ada yang telah runtuh.
"Naffy, dah berapa kamera kita letak? " tanya Aizat.
"Kamera ? Kita dah letak dekat Wad kecemasan, Wad I.C.U. , Wad bersalin, Labour Room dan Bilik Mayat. So, semuanya kita dah letak 5 kamera. Kenapa?" panjang penjelasan Naffy.
"Berapa kamera lagi tinggal?" tanya Aizat.
"Ade 2 kamera lagi. Satu letak dekat Reception dan satu lagi dekat Doctor's Office." kata Naffy.Seharian mereka menjelajahi bangunan itu. Setelah meletakkan ketujuh-tujuh kamera itu, mereka kembali ke khemah masing-masing. Matahari pun melabuhkan tirainya selepas 12 jam berada di garisan khatulistiwa. Ave, Airun, Ain, Farah, Danish, Ferry, Naufal, Haziq, Luziaff, Naffy dan Aizat sempat membersihkan diri masing-masing.
Selepas itu, mereka berkumpul mengelilingi bara api. "Aku tahu benda ni kdengaran seperti tahyul dan khurafat. Tetapi apa kata kita cuba benda ni." kata Naffy. "Jap. Benda? Apa maksudnya? " tanya Airun. "Maksud benda tu ialah, pemujaan spirit. Kita akan melakukan aktiviti Spirit of The Coin" kata Naffy.
"Ouh no. Aku tak nak buat benda tu." kata Farah.
"Aku setuju"
"Aku pun!" kata Airun dan Ain."Ave kau tak setuju?" tanya Farah.
"Hello. Sorry ye. Aku nak try benda baru." kata Ave."Mulalah suara si gedik kedengaran." dalam hati Aizat.
"Spirit, spirit of the coin, show us that you are alive. If you here show us the hint. But, if you wasn't here, just let us go." pemujaan dimulakan .
"Ok. Pemujaan kita selesai. Langsung tidak ada hint pun diberi. " kata Naffy.
"Fuhh! Selamat. Sekarang ni boleh lah kita join dorang balik." kata Ain kepada Farah dan Airun.
Senja berlalu pergi tanpa gangguan. "Baiklah. Kita akan pergi ke tingkat 5 . Kita berkumpul untuk mencari makhluk tersebut" arah Naffy. "Tali ni akan diikat pada pinggang kita. Diantara kita akan ada lilin. " jelas Airun.
Setelah 11 minit, mereka telah pun sampai di tingkat 5. Semasa mereka membuat pengiraan antara ahli, terdapat lilin lebihan dan tali yang panjang berukuran 289 cm.
"Kenapa ada tali lebihan ni? " dalam fikiran Naffy.
"Ada hantu kot." kata Luziaff. Dia seolah-olah tahu apa yang ada dalam fikiran Naffy.
**
Sedang mereka duduk dalam bulatan. Mereka mula merasai sesuatu yang menyeramkan. " Aku rasa Spirit of the coin tu nenjadi" kata Aizat.
"Aku rasa tak.Sebab mantera yang korang ucapkan tadi adalah salah." kata Naffy.Ternyata memang betul. Spirit of The Coin yang dijalankan tadi memang tidak betul. Tetapi makhluk halus memang berkeliaran di hospital tersebut. Seperti ada roh yang tidak aman.
Kelibat roh-roh ada yang menampakkan dirinya di dalam semak-samun. "Apa tu!!" jerit Farah. "Mana?" semua tertanya-tanya.
"Tu dekat semak samun tu! Kain putih duduk atas pokok tu" jerit Farah lagi.
"Astaghfirullahaladzim." mengucap panjang Ain dan Airun."Ish. Kau tak takut eh beteriak? Dah dekat dengan hantu pun nak berteriak." tanya Danish.
"Sudah. Sekarang ni bukan masa untuk begaduh!" jerit Naffy secara perlahan.
"Aizat, tolong ambilkan kamera GoPro aku dalam beg kau" arah Naffy.
"Ok" jawabnya.
Sedang Naffy merakam, perkara yang tidak dijangkakan berlaku. Sebidang jubin retak dan terjatuh.
Dalam pada masa yang sama, Ferry dirasuk oleh makhluk halus. "Aku tahu siapa pembunuh aku pada tahun 1999 ! Keluarga pembunuh tersebut ada dikalangan kamu semua! Haaaa haa haaa haa haa" makhluk yang merasuk Ferry mengilai.
*flashback*
*Dekat Kedai Mamak Abang Zack*
"Aku rasa. Nanti dekat hospital. Salah seorang dari kita akan kena rasuk" kata Ferry.*End of flashback*
Kerana mulut celuparnya itu, dia dirasuk semasa berada di hospital. "Siapa pandai hilangkan sihir jahat dalam badan Ferry?" tanya Naffy dengan cemas.
"Aku! Aku boleh buat! "kata Haziq.
Haziq dipersilakan untuk merawat Ferry.
Selepas itu Ferry sudah kembali seperti keadaan asal. Semua dilarang agar tidak bercakap benda yang tak sepatutnya. Mereka kini berada di tingkat 6, bilik mayat bernombor 364. Bilik ini dikatakan memang keras.
~~~~~~~
Apakah yang terjadi dengan mereka di bilik mayat ini? Nantikan kejadiannya di Bab 6.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hospital
Terror"Akhirnya!! Hari terakhir belajar bagi minggu ni!!" jerit Airun di dalam dewan kuliah sebelum Prof. Haliza masuk. Bunyi loceng berdering, "Kringg, kringg" menandakan masa belajar bermula."Selamat pagi kelas." kata Prof. Haliza. "Hari ini saya akan...