EDITED
Dia tersedar dan pelik melihat keadaan sekelilingnya.Semuanya putih.Dia teringat peristiwa yang berlaku sebentar tadi.Dia terjatuh dan pengsan.
Ya.
Dia berada di hospital!Teruk sangat ke aku pengsan tadi?Siapa agaknya yang perasan dia tadi?Atau yang lebih tepat lagi,siapa yang membawa dia ke sini?
Dia terdengar pintu terbuka dan seseorang masuk ke bilik itu.Dia cepat-cepat menutup matanya seolah-olah sedang tidur."Yijae ah,aku nak mintak maaf kat kau.Kalau bukan sebab aku, mesti kau tak jatuh tadi,"Kedengaran suara Jungkook yang sayu didengari oleh Yijae.Hatinya dipagut rasa bersalah.
"Tadi,aku jumpa doktor tuh.Dia cakap kau tak buat lagi appointment.Kau ade penyakit ape?Isk isk isk.Janganlah tinggalkan aku eh?"Dia terasa sebelah tangannya memegang tangannya dan yang sebelah lagi meletakkan sesuatu pada tangannya.
'Aku memang sakit,Jungkook.Aku taknak bagitau kau.Lambat laun nanti kau taulah nanti.'
Monolog Yijae sendirian tanpa sedar akan air matanya bergenang.Kemudian,kedengaran pintu dibuka sekejap dan ditutup semula.Yijae membuka matanya perlahan-lahan.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Jungkook tidur di sisi katil sambil memeluk diarinya.'Biarlah dia tidur kat situ,'Hatinya tersentuh tatkala melihat tangan Jungkook memegang erat tangannya seperti hubungan persahabatan mereka yang erat.Dia terasa mengantuk dan kemudiannya tertidur.
Taehyung bergegas menuju ke bilik wad di mana adiknya dirawat.Ni mesti sebab penyakit Yijae.Ya.Dia dan keluarganya sahaja yang tahu tentang penyakit yang dihidapi Yijae.Dia disahkan menghidapi penyakit kanser hati.Appa tirinya,En Park menyuruh dia bekerja sebagai guru di sekolah Yijae untuk memantau keadaannya.
Sekarang ni,Eomma dan Appa tirinya berada di luar negara atas urusan kerja.Tugas dialah sekarang ini untuk menjaga Yijae.Tadi,semasa dia mencari Yijae di sekolah,Jungkook menelefonnya.
Jungkook:
Hyung!Cepat datang hospital ni!Yijae pengsan!Nanti saya sms wad mana eh.Hospital Besar Seoul.Taehyung:
Nae.Hyung datang ni.Jungkook:
Cepat sikit tau hyung!Taehyung:
Nae!To be continued....
YOU ARE READING
GOBLIN
FantasyAfter through a dream,all of things got changed.A friendship became strangers when everyone have their own power and duty...What will happen if they reunited each other again in the other world?