Bab 2 Adab Manusia

172 5 0
                                    

"Kau ni kenapa nis, dah takde benda lain ke nak tegur aku .kau orang islam kan mana salam kau hah gila ? Harap je pakai tudung tapi ishhh malas lah nak layan kau lagi "

"Alah, sorry lah aku tak sengaja habistu dari tadi aku panggil kau ajak turun rehat tapi kau tak dengar sampai sakit tekak aku panggil " kata anis

Aku malas melayan apa yang dikatakan oleh anis lalu aku berpura-pura mengemas buku di atas meja ke dalam beg converse hitamku .Inilah rutinku apabila ada sahaja perkara yang tidak kena dengan mood aku sehinggakan semua orang aku tak bertegur.

"Alah sof sorry lah , forgive me, maafkan aku doe, mianei sof nak aku nyanyi lagu Korea ke ni untuk aku pujuk kau "katanya lagi .

Ah sudah gerutuku di dalam hati .salah satu faktor yang membuatkan aku tak suka dengan si anis ni, dia ni kpopers. Cakap sahaja group mana, lagu apa, siapa nama ahli kumpulan, terus dia cakap sanpai tahun 2020 kot. Haih, menyampah jugak kadang-kadang . Ada Justin Bieber cukuplah hehehe (gedik)

"Dah jomlah, nanti rehat habis ada aku makan kau kang" aku terus nenarik tangannya menuju ke kantin sekolah. Seperti biasa ada saje yang memerhati aku dari atas sampai ke bawah. Apa masalah sial diorang ni, meluat dibuatnya. Aku hanya nenjeling mereka (hah padan muka kau)

"Wei, esok kau buat apa je sof" tanya anis kepadaku

"Entah, macam biasa kot. Nis, jom teman aku main skate esok"

"Serius ke sof? Omg pukul berapa? Baju apa ek sesuai untuk aku? Panas tak kat sana and nak kene bawak anything tak? Like snack or food ke?" tanyanya berulang-ulang kali.

Aku sekadar memerhatikan sahaja tingkah lakunya itu. Sudah biasa dengan sikapnya yang terlebih over tu. "Kau pikir nak pergi picnic kat pantai ke dengan bawak makanan bagai, kenapa tak bawak rumah kau sekali. Gedik betul"

Dia tersengih "ala, manalah aku tahu pasal skate bagai ni kalau shopingg takpelah jugak"

Malas mahu melayan anis, aku terus bergegas ke kantin dan menjamu selera sehingga tamatnya waktu rehat. Aku segera mengajak anis ke kelas kerana waktu pembelajaran akan bermula sebentar sahaja lagi.

Aku segera fokus apa yang diajar oleh guru kimia sehingga tamat waktu persekolahan. Aku mengemas buku dengan kadar yang segera dan keluar menuju ke kereta mini cooper kesanganku yang dihadiahkan oleh papa semasa ulang tahun ke-16 lalu memandu pulang ke rumah.

Dendam Cinta Si Gadis Where stories live. Discover now