Bab 14 Mula Berkenalan

60 4 0
                                    

Soflina p.o.v

Pada hari yang telah dijanjikan bersama megat , aku segera bangun daripada tidur petang sudah kebiasaan bagi diriku untuk tidur time time macamtu.

Aku memakai kemeja grid bewarna merah dan hitam, berskinny hitam dan rambut dilepaskan.aku menilik diri buat seketika hah eyeliner ! Aku terus memakainya .sudah puas menilik aku mengambil beg sandang adidasku yang elok tersangkut di belakang pintu tidak lupa juga cap adidas kesayanganku.

Aku turun tangga Kelihatan mama sedang membaca majalah di ruang tamu "aikk tak pergi spa ke harini"gumamku .aku terus menuruni anak tangga dengan berhati-hati supaya mama tidak perasan akan kehadiranku .

"Sof nak pergi mana?"soal mama.tak pernah dia care pasal aku asal harini tanya aku nak pergi mana.
"Mall"jawabku bersahaja.
"Jangan balik lambat ya sayang "pesannya .
"Hmm"tak janji ok mama.

Aku keluar rumah dengan menyarungkan kasut vans lantas memandu terus ke I.o.I tempat yang dijanjikan megat.aku terus memakirkan kereta di basement kerana tempat tu je yang kosong em malasnya nak jalan dah lah jauh tempat pintu masuknya.

Sedang aku berjalan untuk ke pintu masuk seperti rambutku sedang ditarik "siapa lah yang suka tarik rambut aku ni "marahku dalam hati.aku terus berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku terasa bahuku dicuit pula lantas aku menoleh kebelakang untuk sedia memaki hamun rupanya si megat

"Hai"sapanya sambil menunjukkan senyuman yang nampak macho .
"Hai"sapaku hansemnya dia harini dengan memakai tshirt putih adidas, cap adidas and kasut converse .
"Jom sof"lantas dia menarik tanganku.
"Ok"apa yang dia buat ni dia pegang tangan aku wei .

Sejam kemudian

"Kau nak pergi mana ni megat sebenarnya"marahku dah lah penat berpusing satu mall ni dari tadi rasa nak tercabut je kepala lutut ni.
"Aku nak cari kedai skate sebenarnya"katanya sambil tersengih.
"Bongok lah kau kat sini manada kedai skate"marahku.
"Chill lah sof "pujuknya.
"Ya lah ya lah"kataku.
"Thats my girl"katanya perlahan tetapi aku mendengarnya .
"Apa kau cakap megat aku tak dengarlah "aku cuba meminta kepastian.
"Manada aku cakap apa-apa" nafinya.

Kami sudah mencapai kata sepakat untuk makan bersama di secret recipe entah kenapa rasanya tiba-tiba nak makan kek red velvet .puas juga aku pujuk si megat ingatkan dia ni tekak mat salleh ya lah dengan pemakaian ja dah tahu yang dia ni cerewet dari semua benda but sebenarnya tekak melayu .aku suka perangai dia ni tak lupa daratan macam orang zaman sekarang ni.

Ketika kami dalam perjalanan ke secret recipe , megat terlanggar seorang lelaki tu dan lelaki tu ialah budak lelaki kelas sebelah yang suka mengacau hidupku namanya taufiq. Aku tahu dia menaruh perasaan terhadap aku semasa f3 lagi tapi aku buat- buat tak tahu bukan apa aku memang tak suka dia nak buat macamana .aku menoleh ke arahnya Kelihatan dia sedang merenung diriku wth lah.

"Tak sangka berjumpa juga ya kita megat"kata taufiq sinis.
"Aku tak hadap lah nak jumpa kau sial"balas megat sinis .

Wait diorang ni macam kenal ja tapi why masing-masing macam haters. Aku hanya memerhatikan mereka berdua bertikam lidah di tengah-tengah mall tidak berani nak mencelah .

"Tapi yang paling aku tak sangka kau datang dengan sof perempuan yang paling dingin kat smkttdi"perlinya lagi.

"Jangan nak libatkan sof dalam hal kita babi" marah megat.

Aku dah biasa tengok si megat ni bergaduh sebab dia pernah bergaduh dengan aku.

"Kenapa kau takut chill lah megat"kata taufiq lagi.
"Sial lah kau ni "marah megat lalu menarik tanganku untuk kami bersama-sama meninggalkan si taufiq playboy ni salah satu faktor kenapa aku tak suka dia.

Sampai sahaja di basement

"Sof nanti follow kereta aku dari belakang tau"katanya .
"Why ? Nak pergi mana?"tanyaku .
Dia tergelak kecil melihat keletahku lalu menjawab soalan yang aku berikan tadi "secret" lalu mula menuju ke arah keretanya.
"Hmm ye lah" kataku.

Aku hanya mengikut kereta lambhorghini milik megat dari belakang "lambat gila mamat ni drive"kataku dalam hati.

Kami berhenti di kawasan tasik .what? Dia nak buat apa kat tasik ni haih.

Kami berjalan beriringan menghirup udara yang segar di kawasan tasik bagus juga megat bawa aku kat sini atleast dapat juga rasa angin fresh petang ni.

"Duduk sini sof "dia mengajak aku duduk di sebuah bangku di bawah pokok yang redup aku menurutinya tanpa banyak kata .kami diam selama beberapa minit terasa akward juga sebelum megat memulakan perbualan.

"Kau nak tahu kenapa aku suka pergi sini"katanya.
"hmm"itu sahaja responku.
"Sebab bila aku datang sini je masalah aku mesti hilang"katanya
"Ouhh"tak tahu nak jawab apa lagi .
"Sejak kecil lagi aku selalu datang sini bila family aku marah aku when I do the mistake but bukan besar manapun setakat bergaduh ja.aku tak pernah rasa kasih sayang daripada family aku sebab diorang selalu busy dengan kerja kekadang I hate my life tu yang aku start main skate "ceritanya.

Aku hanya menjadi pendengar setia.sedih juga mendengar kisah hidupnya itu .aku beruntung ada mama dan papa even diorang selalu busy dengan kerja.

"Nak tahu tak kenapa aku benci lelaki tadi sebab pasal dia lah keluarga aku berantakan .dia rampas hak aku dia rampas kasih sayang family aku sampai diorang tak percayakan aku dia fitnah aku pernah tidurkan perempuan aku apa lagi mengamuk lah tapi yang sedinya diorang tak percayakan aku .aku tak tergamak lah buat macamtu sebab aku sayang perempuan tu sangat-sangat.she so special in my life .nama lelaki tu taufiq he my coursin tapi bagi aku dia penghancur hidup orang"ceritanya lagi.wow teruk betul masalah dia ni .

"Tapi bila semua hak aku dia ambil mesti dia musnahkan dia taknak tengok aku senang sikit daripada dia "katanya seperti mahu menangis.aku melihatnya tidak sampai hati lalu memeluknya untuk menyalurkan kekuatan supaya dia tenang .Kelihatan dia terkejut dengan tindakanku tetapi dia tidak menolak mungkin dia betul-betul perlukan seseorang untuk luahkan masalah yang terpendam.terasa bajuku sedikit basah akibat megat yang menangis dalam pelukanku .serius lah dia menangis wow jarang tengok boys macamni.

"Dah shhh chill lah wei"pujukku.aku dah lah tak pandai pujuk orang sadlife betul.
"Aku tarik kau tadi sebab aku takut taufiq ambil kau dari aku , aku taknak kehilangan orang yang aku sayang lagi cukuplah dia dah jadi mangsa taufiq aku taknak kau pula jadi mangsa dia "katanya.
"Asal aku pula jadi mangsa dia "tanyaku.
"Sebab dia akan rampas orang yang rapat dengan aku "katanya lagi .
"Bila masa pula kita rapat ? Maybe dia ingat aku dengan kau rapat sebab kita keluar sama-sama"nafiku.
"Ntah pape lah korang berdua ni"
"Jangan ambil mudah sof"katanya.
"Ok"balasku.
"Tapikan aku tengok gaya kau macam kenal ja si taufiq tu "soalnya.
"Erk aku kenal dia sebab dia budak kelas sebelah aku "jelasku.
"What kau satu sekolah dengan dia "katanya dengan nada yang terkejut.
"Hmmm"itu sahaja responku kalini.
"Take care"pesannya lalu meninggalkan aku keseorangan.

Kenapa dia cakap macamtu ?

Dendam Cinta Si Gadis Where stories live. Discover now