Sesampainya di perkarangan rumah seperti biasa aku memakirkan keretaku di garaj bersebelahan rumah banglo tiga tingkat kepunyaan papaku .Mengapa aku memandu kereta ke sekolah ? Kerana disebabkan aku malas hendak menyusahkan si driver pak mat yang umurnya separuh abad itu berulang-alik menjemput dan menghantarku dari sekolah ibarat anak raja.Aku rasa lebih baik aku sendiri berdikari untuk kehidupanku ini sebagai penyediaan untuk masa depan.
Kelihatan kereta mewah mama dan papa yang elok terparkir di dalam garaj ."Aik, tak kerja pulak harini selalunya 24 jam dengan kerja sampai malam baru balik rumah "gerutuku dalam hati .
Sejak detik hitam itu berlaku , suasana di dalam banglo tiga tingkat itu terus berubah menjadi senyap seperti rumah yang tidak berpenghuni disebabkan tiada lagi "permata yang bersikap periang " di rumah ini.
Aku melangkah masuk ke dalam rumah .Kelihatan mama dan papa yang sedang berehat di ruang tamu keluarga sambil menonton berita.
"Sof dah balik " sapa mama
"Dah"kataku ringkas
"Ok tak sekolah harini"sapa mama lagi
"Ok je mama sof naik bilik dulu sof penat ni "bohongku .Aku terpaksa berbohong kerana malas mahu melayan pertanyaan yang bakal disoal olehnya secara bertubi-tubi.Papa sekadar memerhatikan perbualan ringkas kami sahaja lalu menyambung kembali menonton berita.Mama pula hanya menggeleng melihatku .Mungkin dia sudah lali melihat anak perempuan tunggalnya berperangai sebegini sejak kejadian itu .
Aku terus melangkah masuk menuju ke bilikku untuk membersihkan diri yang sudah melekit .
"Kenapalah sof berperangai sebegini bang"kata mama /Datin sahira
"Entahlah dah banyak cara kita pujuk dia tapi hasilnya tetap sama lagi teruk adalah"kata papa /Dato kamal
"Apa salah kita , tak cukup ke apa yang kita dah bagi dan didik dia selama ni bang " kata Datin sahira mahu menangis
"Sudahlah bukan salah awak dan bukan salah kita .Adalatu sesuatu yang berlaku sampai dia berubah sebegitu .Nanti berubah lah dia tu saya percaya dia akan berubah sebab dia anak saya "pujuk Dato kamal.
"Takkan sebab permergian Niel dia jadi macamtu ? Saya takut dia akan buat sesuatu yang diluar jangkaan bang.Abang tahukan sof macamana kalau dia nak dia akan buat sampai dapat walaupun akhirnya memakan diri sendiri "kata puan Sahira lagi .
Papa hanya memerhatikan mama sambil mentafsir apa yang dikatakan isterinya itu tadi .Ada betulnya jugak ."sof sof papa harap kamu dapat berubah suatu hari nanti "kata Dato kamal dalam hati.
YOU ARE READING
Dendam Cinta Si Gadis
RandomSeorang gadis yang menawan wajahnya namun mempunyai sikap yang liar,suka memberontak , dingin , berhati batu akibat satu detik hitam yang menyebabkan hidupnya yang dulu periang dan ceria berubah menjadi gelap dan kosong .Akan tetapi datangnya seoran...