Bab 6 Maruah tercabar

88 5 0
                                    

Megat p.o.v

"Terasa tercabar pulak petang ni ada ke patut diorang cabar aku buat skill yang aku tak pro lagi buat naya je nanti kalau jatuh dah lah ramai orang skate harini.Tak masuk akal betul.Jahanam punya kawan "gumamku dalam hati .

"Cepatlah megat yang kau tercegat kat situ kenapa pergilah tunjukkan skill kau tu "kata Asy salah seorang rakanku.

"Ye lah sakai aku pergi lah ni "geram pulak aku dengan diorang petang ni tiba-tiba nak paksa orang.

Aku turun ke tempat selalu aku meluncurkan deck ku dan memulakan skill baru yang aku mahir selama ini kepada diorang. Baru dia tahu siapa Megat Izwan Danish jangan pandang rendahlah bro.

Sedang aku asyik mengimbangi badanku di atas papan deck tiba-tiba ada seorang perempuan melanggarku sehinggakan menyebabkan aku hilang imbangan lalu terjatuh .Haih minah ni buta ke apa atau mata letak kat lutut nasiblah kau perempuan kalau tak dah lama kau rasa buku lima aku yang selalu berkhidmat bila di sekolah ini.

Dengan selambanya aku memerhatikan minah ni mengambil decknya lalu meninggalkan aku yang jatuh terduduk ni dengan tanpa kata-kata maaf keluar daripada mulutnya kalau takpun tolonglah bangunkan aku ni.Dahlah sakit jatuh kat lantai skate park ni .Memang perempuan zaman sekarang perangai macam ni ke? Setahu aku tak, lebih menggedik adalah .

Kelihatan rakan-rakanku sudah mula ketawa terbahak-bahak .Apa yang lawaknya? Bodoh betulah diorang ni bukannya nak tolong lagi bahan aku adalah malang betul dapat kawan macamni.

Aku memberikan jelingan tajam kepada mereka lalu dengan segera mereka pergi kearahku untuk menghulurkan bantuan .Baru nak tolong tadi sibuk nak bahan aku nasib menyebelahiku kerana tidak ramai melihatku terjatuh kerana aku bermain di kawasan paling hujung kalau tak jatuh saham macho aku ni.

"Ok tak Megat"kata Mir sambil menghulurkan tangan membantuku untuk berdiri.
"Nampak aku ok ke sekarang ni "kataku marah .
"Rilekslah megat awek cun langgar takkan dah mental kot"kata Asy
"Banyaklah kau punya cun mana perempuan tu aku nak ajar dia cukup-cukup "kataku sambil membetulkan rambutku yang sedikit kusut masai akibat terjatuh tadi sempat juga aku mengambil deckku.

Aku terus meninggalkan rakanku di belakang .Tujuan aku sekarang ini ialah mencari minah yang melanggar aku tadi .Ingat senang kau nak lepaskan diri daripada aku lepas apa yang kau buat kat aku tadi dah lah tak minta maaf wait and see girl you are so rude what are you doing to me a few minutes ago.

Aku memerhatikan semua gadis di skate park ini dan mataku tertumpu pada seorang gadis yang amat aku kenali bersama dengan rakannya ."Ya betulah perempuan ni yang langgar aku siap lah kau "kataku dalam hati .Aku mula mengatur langkah ke arahnya untuk memberikan sedikit pengajaran kepadanya setelah apa yang dilakukan pada aku tadi .kau tak kenal siapa aku lagi aku Megat Izwan Danish lah sekali orang cari pasal dengan aku orang itu takkan hidup aman Hahahaha .

Dendam Cinta Si Gadis Where stories live. Discover now