Megat p.o.v
Aku hanya memerhatikan perempuan itu beredar "aku harap aku jumpa kau lagi wahai si gadis skate"gumamku dalam hati secara tidak sengaja senyuman meniti di bibirku .
"Wei"sapa asy membuat aku kembali ke alam realiti.
"Sakai lah kau tak boleh tegur elok-elok ke babi" marahku .
"Yang kau tiba-tiba mental ni kenapa megat"mir pula berkata.
"Bila masa aku mental"marahku.
"Lepas kau jumpa awek cun tu "jawab riz selamba.Serius ke aku mental sebab perempuan tadi mungkin kot kesian member aku tak pasal-pasal kena maki free dengan aku tadi .Ya allah berdosanya aku kau ampunilah dosa hambaku ini.
"Yang kau termenung lagi tu kenapa teringatkan awek cun tadi ke wei" kata asy yang disambut dengan gelak tawa oleh riz dan mir .
"Takda masa lah sial " marahku lalu meninggalkan mereka malas mahu melayan perangai diorang yang macam budak tak pernah sekolah walaupun dah form 5.
"Megat kau nak pergi mana tu taknak sambung main skate lagi ke"kata asy dengan nada suara yang kuat.
"Aku nak balik aku takda mood lagi nak main"jawabku ringkas aku terus menuju ke tempat letak kereta dimana aku memakirkan keretaku.
"Tunggulah megat kan tadi kita gerak sama-sama "kata mereka bertiga serentak sambil mengejarku dari belakang .Soflina p.o.v
Sudah hampir 20 minit aku dan anis menunggu di dalam kereta .kesabaranku di tahap yang sudah tidak terkawal lagi aku terus keluar daripada perut kereta meninggalkan anis yang sedang mengipas -ngipaskan tudungnya untuk melihat keadaan sekeliling jikalau ternampak pemilik kereta yang menghalang laluan keretaku namun hanya sia-sia sahaja .Aku menyandarkan diriku di kereta Lamborghini tersebut sambil membetulkan rambut perangku yang sedikit serabai .Anis hanya memerhatikan gerak-geriku dari dalam kereta panas katanya duduk di luar disebabkan dia yang bertudung.
Mana manusia yang tak faham bahasa ni dia fikir parking ni mak ayah dia buat ke sesuka hati nak parking macamana harap kereta je lawa tapi perangai yang memandunya tak cukup lawa.
Megat p.o.v
Dari jauh kelihatan seorang perempuan berambut perang yang sedang bermain iphone nya bersandar di keretaku
"Wei perempuan tu buat apa kat kereta kau megat"tanya mir.
Aku hanya mendiamkan diri tanpa menghiraukan soalan yang ditanya oleh mir .pada waktu ini aku hanya berfikir mengapa perempuan itu di keretaku timbul perasaan curiga manalah tahu mungkin pembunuh upahan ke zaman sekarang ni cemburu dengan orang je upah pembunuh upahan untuk puaskan hati macamana nak maju kalau macamni.
"Ehem"aku berdehem sedikit bagi menegur perempuan itu yang ralit bermain iphone nya.
"Ada apa ya berdiri dekat kereta saya"tegurku lagi lantas perempuan itu terus menoleh ke arahku dengan mempamerkan muka terkejutnya.Aku juga terkejut apabila melihat perempuan di hadapanku ini.
"Kau tanya aku apa aku buat kat sini, kau buta ke apa hah"marahnya.
"Apa aku buat"kataku keras.
"Boleh tanya aku pulak kau ni memang tak sekolah ke harapkan muka je hansem pakai kereta mahal tapi takda otak pergi parking kereta macamni.kau tak tahu ke cara kau ni menyusahkan orang sampai nak tunggu kau datang .Nak kata tadi parking full bahagian sana banyak yang kosong lagi kau fikir tempat parking kereta ni mak ayah kau punya sesuka hati kau je nak parking kat mana kau ni jenis orang macamana aku benci betulah dengan orang macam kau ni aku harap aku tak jumpa orang macam kau ni lagi"marahnya lagi.Hatiku sedikit tersentak apabila mendengar setiap kata-kata yang keluar daripada mulut perempuan ini tetapi aku hanya mampu menghadiahkan senyuman sinis bagi menyembunyikan perasan ku ketika ini aku merenung tajam perempuan yang berada betul-betul di hadapanku ini.
"Watch your mouth girls"marahku.
"Jangan biadap sangat sampai libatkan aku punya parents dalam hal ni aku boleh sabar bila kau maki aku tapi aku hilang sabar bila kau mention parents aku kau fikir kau siapa hah perempuan"marahku lagi."Sabar megat benda boleh settle"kata mir .
"Jangan berkasar dengan perempuan megat"kata asy pula cuba memujukku.Aku hanya merenung tajam perempuan itu menunggu reaksinya.
"So kau cepat alihkan kereta kau ni aku takda masa nak bergaduh dengan kau gila"kata perempuan itu lalu masuk kedalam keretanya tanpa sedikitpun menoleh kearahku .Aku mencampakkan kunci kereta lambhorghini ku kepada asy supaya segera mengalihkan keretaku.Asy faham akan isyaratku terus menyambut kunci tersebut aku hanya berdiri ditepi memerhati perempuan itu bersama rakannya yang berada di dalam kereta.entah kenapa mata ni asyik nak tengok perempuan tu je haishhh janganlah buat hal wahai mata .
Setelah asy mengalihkan kereta perempuan itu terus memandu keretanya keluar daripada skate park tanpa menoleh ke arahku.aku segera menaiki keretaku yang dipandu oleh asy Kelihatan mir dan riz di bahagian tempat duduk belakang .kami hanya diam membisu ketika dalam perjalanan balik hanya radio sahaja kedengaran.
YOU ARE READING
Dendam Cinta Si Gadis
RandomSeorang gadis yang menawan wajahnya namun mempunyai sikap yang liar,suka memberontak , dingin , berhati batu akibat satu detik hitam yang menyebabkan hidupnya yang dulu periang dan ceria berubah menjadi gelap dan kosong .Akan tetapi datangnya seoran...