Keesokannya
Aku bersiap-siap untuk pergi ke skate park di montt kiara park pada petang ini.Sudah lama aku tidak skate lebih kurang seminggu rasanya kalau tak hari hari asyik turun skate park je .Ini angkara deck ku yang tiba-tiba buat hal.Yeahhh!!! Time to skate babe .
Aku mencapai kunci mini cooper ku lalu keluar dengan mencapai kasut vans bewarna hitam di rak kasut kepunyaanku .Ya, itu memang penampilanku setiap kali hendak keluar kemana-mana sahaja .Baju sweater, baju kemeja, seluar skinny, seluar jeans,vans, everlast, converse, adidas dan sebagainya yang penting calour white and black .itu semua sudah sebati dalam kehidupanku peduli apa orang cakap apa aku beli semua tu bukan guna duit kau pun so shut up .
Aku memandu mini cooper menuju ke rumah anis yang tidak terlalu jauh daripada rumahku .Seperti yang dijanjikan aku menyuruh Anis menemanku bermain skate kerana sudah lama tidak hangout bersamanya.
Sesampainya di hadapan rumah Anis kelihatan Anis melangkah masuk ke dalam keretaku dengan membuat muka cemberutnya itu .Dah kenapa perempuan ni aku tertanya-tanya.
"Kau kenapa"tanyaku
"Tanya aku pulak, kau tu dah kenapa lambat " kata Anis.
Aku segera menoleh kearah jamku alamak sudah lambat 20 minit uishhh aku mendengus kasar .patutlah marah je dia ni rupanya salah aku sebab datang lambat ."sorry" kataku ringkas.
"Ok, aku maafkan kau tapi kau kena treat aku makan malam nanti ok kan "kata anis bersungguh .
"Hmmm" kataku.Alamak anis ni pokai lah duit aku nanti dahlah minah ni kuat makan.Sesampainya di skate park , aku melihat ramai remaja sebayaku sibuk menunjukkan skill masing-masing dengan bangganya .poyo jelah kononnya nak tunjuk hebat depan semua oranglah yang kau pro main skate .
"Wei, ramai gila budak lelaki hansem pulaktu "kata anis beria separuh teruja.
"Hmmm, kau jangan nak tergedik-gedik pulak kat sini eh aku ajak kau kat sini tujuannya nak teman aku main skate bukannya nak tengok lelaki kat sini "kataku keras separuh amaran .
"Alah sof, tapi serius aku tergoda tengok diorang main skate dah lah hansem "kata anis lagi.
"Tak padan dengan pakai tudung tapi gedik , kau duduk sini diam-diam aku nak main skate ni kat sana"aku terus mengambil deck untuk memulakan aksi.
"kejap sof aku nak tanya ni" kata anis.
"What"balasku ringkas
"Kau calourkan rambut lagi ea makin peranglah "kata anis .Aku menilik penampilanku sekejap ya memang aku mengaku bahawa semalam aku pergi ke saloon di pavillion untuk mewarnakan rambutku kepada warna yang lebih perang.Sejak ketiadaan Niel aku banyak berubah makin liar, dingin,pendiam dan kuat memberontak.Ini semua angkara perempuan durjana itu.
"Kenapa tak lawa ke rambut baru aku ni"aku mengibas-ngibas rambut perangku sambil melihat sepintas lalu pemakaianku pada hari ini dengan memakai crop top berlambang adidas berwarna hitam dan skinny hitam sedikit koyak di bahagian lutut.perfect style .
"Lawa"kata anis sambil tersengih.
"Dah lah aku nak main skate ni "aku terus meninggalkan anis yang masih tersengih tu .Aku mula menunjukkan kehebatan skate yang aku pelajari daripada Abang Niel di khalayak ramai.kisah pulak aku dengan apa yang diorang cakap life aku bukan life kau .
Baru aku perasan yang semua memerhatikan aku atas bawah wth aku buat apa siot sampai pandang aku macam nak tembus takkan lah tak pernah tengok orang main skate sedangkan kau kaki skate sakai betul.
Baru syok tengah skate tiba-tiba mamat gila mana yang aku langgar ni aduh sof why kau cari pasal dengan orang ni haih tak pasal-pasal kejap lagi kena maki free ni huh cool sof cool .Aku dengan sepantas kilat mengambil deck ku lalu meninggalkan mamat yang jatuh itu .Tak perasan pulak muka dia macamana ah lantaklah takde masa aku nak tengok kau apatah lagi nak minta maaf dengan cara gedik seperti perempuan lain jangan haraplah ya kelihatan beberapa pasang mata memerhatikan aku pergi mungkin member dia kot.Nak marah aku ? Ada aku kisah .
YOU ARE READING
Dendam Cinta Si Gadis
RandomSeorang gadis yang menawan wajahnya namun mempunyai sikap yang liar,suka memberontak , dingin , berhati batu akibat satu detik hitam yang menyebabkan hidupnya yang dulu periang dan ceria berubah menjadi gelap dan kosong .Akan tetapi datangnya seoran...