Aku terjaga apabila hari sudah lewat petang "lama jugak aku membuta"gerutuku lalu menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri .
Selepas membersihkan diri aku terus bersiap-siap untuk ke skate park walaupun waktu malam aku tetap pergi ke sana pernah suatu hari aku bermain skate sehingga pukul 3 pagi kerana mahu melarikan diri daripada mama dan papa pada hari itu.
Aku hanya memakai pakaian yang selalu aku gayakan setiap kali keluar .setelah puas hati menilik penampilanku aku terus keluar daripada rumah tanpa memberitahu mak mah.aku menyarung kasut converse bewarna hitam lalu memandu kereta ke skate park.
Setibanya di sana aku melihat hanya beberapa orang sahaja bermain skate .aku mengambil deckku lalu mula meluncur untuk menghilangkan stress apabila terlalu banyak study kerana spm yang semakin dekat.
Setelah puas bermain aku duduk di atas tangga sambil memerhatikan sekumpulan remaja .terasa diriku diperhatikan oleh seseorang namun aku segera menghiraukan semua perasaan itu maybe mainan perasaan je.
Megat p.o.v
Terasa bosan pulak terperap kat rumah semua family aku pulang ke kampung di kelantan kerana sedaraku mahu melangsungkan perkahwinan .Mengapa aku tidak mengikut mereka sekali ? Alasannya aku malas .
Aku mencapai iphone 6s milikku di atas meja study application whatsapp ditekan "tiada chat masuk peliknya sedang diorang online"kataku dalam hati .selalu diorang lah paling riuh kat dalam group hal kecil pun boleh dijadikan isu kekadang lawak jugak tengok perangai diorang ni tak matured langsung walaupun dah nak habis sekolah.
Aku menghantar beberapa chat di group .
"Woi"
"Tak keluar lepak ke wei"
"Skate ke"
"Aku bosan ni"Beberapa minit kemudian beberapa chat masuk ke dalam nortification ku.
Mir
Tak, aku busy kerja sejarah aku belum siap nanti esok tak pasal-pasal kena tadah telinga dengar cikgu tu membebel.Aku
Takut gila kau chill lah tak mati pun kalau kene bebel.Asy
Mir kan pengecut :^)Mir
Babi kau asy , kau standby naik sekolah nanti.Aku
Kau tak free ke asy?Asy
Aku kat rumah mak cik sedara aku ni sekarang teman mak aku .sorry tak dapat joinAku
Ok lah aku outing sorang jelah macam tak biasaMir
Kau pun sama pengecut dah lah anak mak hahaha sakaiAsy
Diam lah sialAku
Bising sial korang ni gaduh jeRiz
Aku pun tak boleh join ada hal family.Aku terus meletakkan iphoneku di atas katil lalu pergi ke bilik persalinan untuk menukar pakaian aku memakai seluar jeans hitam dan tshirt palace beserta cap adidas simple bukannnya nak pergi mall setakat skate park je aku suka pergi skate park waktu malam sunyi je rasa tenang sangat masatu.
Selepas selesai menukar pakaian aku segera mencapai iphone ku lalu turun ke bawah .aku segera menyarung kasut converse dan menuju ke garaj dimana aku memakirkan kereta kesayangan ku.
30 minit kemudian aku sampai di skate park seperti biasa tidak ramai yang datang pada waktu malam hanya beberapa kumpulan remaja lelaki sahaja yang sedang bermain skate.Tiba-tiba mataku tertancap pada seorang perempuan yang amat aku kenali.
"Perempuan tu lah yang cari pasal dengan aku minggu lepas"
"Dia buat apa kat sini sorang-sorang"
"Tak takut ke dahlah perempuan"
"Perempuan jenis apa lahni"
"Dengan pakaian macamtu"Berlegar-legar soalan bermain difikiranku walaupun rasa marah pada perempuan itu masih ada tetapi perasaan risau mulai menguasai diri takut-takut ada seseorang cuba menggangunya."perasaan apa ni? Siallah takkan jatuh cinta kot tapi kenapa dengan perempuan ni"kataku dalam hati .aku hanya memerhatikan perempuan itu dari jauh
YOU ARE READING
Dendam Cinta Si Gadis
عشوائيSeorang gadis yang menawan wajahnya namun mempunyai sikap yang liar,suka memberontak , dingin , berhati batu akibat satu detik hitam yang menyebabkan hidupnya yang dulu periang dan ceria berubah menjadi gelap dan kosong .Akan tetapi datangnya seoran...