Part 2

667 31 0
                                        

"Tae ra. Hari ini tae ra pergi sekolah sendiri bolehkan? Tae ra beranikan," tanya Chanyeol oppa. "Kenapa? Kai dan sehun oppa kan ada. Diorang pergi mana?"tanya aku. "Kai oppa tak sihat. Sehun oppa kan pergi Incheon ada pemilihan pemain badminton," jawab Baekhyun oppa. "Nak oppa temankan ke? Oppa okay je. Lagipun memang oppa nak keluar ni," tanya chen oppa. "Ermm, takpelah. Tae ra pergi sorang. Okay, bye," kata aku. Aku memakai kasut lalu pergi menuju ke sekolah. "Nak mulakan ke plan kita. Orang tu dah sedia," kata Baekhyun. "Emm, bolehlah. Kau kata kat orang tu suruh dia ikut tae ra. Kalau perlu, dia kena tahan tae ra sampai kita jumpa dia dengan tae ra," kata Kris.

"Hai tae ra," kata seorang lelaki yang amat aku kenal. Nama dia Lee Joon Gi, lelaki idaman pelajar perempuan di kelasku. Aku hanya tersenyum tetapi tidak memandangnya langsung. Aku teringat akan pesan Kris oppa "Tae ra jangan berani nak rapat dengan lelaki. Faham,". Itulah ayat yang dia ingat sampai sekarang. Aku faham oppa-oppaku mahu yang terbaik untukku tetapi janganlah halang aku untuk merasai cinta yang tak pernah aku rasa. "Ermm, nak pergi sekolah ke? Nak join juga," katanya. "Buat apa awak ikut saya. Awakkan lelaki idaman kelas 3 Moonlight. Takkanlah nak ikut saya yang tak pernah layan budak laki ni," kataku tanpa memandang mukanya. Sebenarnya aku dah lama simpan perasaan kat dia tetapi aku pendam sebab aku taknak oppa-oppaku sakit hati. Kalau sakit hati. Alamatnya memang teruk. "Hurm, salahkah saya nak jalan dengan awak? Tak kan. Jangan risau, oppa-oppa awak takde kat sini," kata Joon Gi. Aku mempercepatkan langkah. Aku pandang ke belakang tetapi dia takde. Yang ada ialah Kris oppa, Baekhyun oppa, Chen oppa dan Chanyeol oppa. Mereka semua memandangku dengan pandangan tajam. "Tae ra lupakah apa yang oppa pesan. Dahlah, balik rumah. Hari ini tak payah pergi sekolah. Pergi sekolah untuk belajar, bukan main cinta sana sini," kata kris oppa dengan suara yang tinggi dan tegas. Aku terkejut. Selama ini kris oppa tak pernah marah aku. TAK PERNAH tapi disebabkan aku jawab soalan Joon Gi tadi aku kena marah. Aku menangis lalu berlari pulabg ke rumah.

Apabila sampai di rumah, aku terlihat yang xiumin,luhan,tao,lay,d.o dan suho oppa yang sedang leka menonton tv terus memandangku setelah aku menghempas pintu rumah. "What's wrong? Kenapa menangis ni," tanya suho oppa sambil memelukku. Kebetulan kris,chen, baekhyun dan chanyeol sudah sampai di rumah. Aku terdengar yang xiumin oppa bertanya kepada chanyeol oppa tetapi chanyeol oppa menjawab dengan jawapan yang tidak diharapkan oleh orang lain. "Oppa, mianhae. Tae ra tak pernah tau layan dia. Itu first time. Dan tae ra datang sekolah belajar bukan nak main itu sana sini. Kalau kali ini oppa pandai tinggikan suara. Lain kali mungkin tae ra pula yang tinggikan suara pada oppa," kataku lembut tetapi dengan nada yang sedikit tegas. "Tae ra, oppa tak ajar tae ra macam ni ye. Jangan kurang ajar," tegur xiumin oppa. "Biarlah tae ra kurang ajar. Biar semua orang tahu tae ra macam ni. Biar semua orang faham tae ra punya perasaan. Oppa semua selalu halang tae ra punya kegembiraan. Selalu halang tae ra punya keseronokan. Tae ra tak suka tahu tak. Oppa semua selalu pentingkan diri sendiri. Tae ra tahulah jaga diri. Konon, suruh tae ra pergi sekolah sorang rupanya ada plan," kataku panjang lebar dengan air mata yang masih mengalir. Aku berlari naik ke atas. Semasa aku menaiki tangga, aku ternampak yang kai oppa seperti ingin berbisik kepadaku dan aku mendekatkan diriku kepadanya." Tunggu oppa dalam bilik. Nak cakap something,". Aku hanya mengangguk lemah. Lebih kurang dalam 10 minit menunggu barulah kai oppa masuk ke dalam bilikku. Aku yakin mesti kai oppa berbincang dengan oppa oppaku yang lain. Dalam adik beradikku, hanya kris,kai dan suho oppa saja yang mempertahankan aku jika aku buat salah. Tetapi sekarang ni kris dan suho oppa sudah mengamuk tinggal kai oppa sahaja. "Macam mana boleh jadi macam ni. Siapa yang ajar tae ra jadi kurang ajar?"tanya kai oppa. Suaranya lembut. Aku melting sekejap tetapi sekarang ini ego aku dah sampai puncaknya. Bayangkan gunung everest antara gunung tertinggi, ego dan kegeraman aku dah sampai puncak gunung everest. Aku hanya diam. "Oppa tahu mesti kris oppa buat something yang memang annoying," kata kai oppa cuba memujukku. "Oppa, tae ra penat. Btw, malam ni ada majlis apa entah. Kalau oppa nak pergi, pergi je lah. Tae ra malas. Cikgu kata kena hantar wakil kalau tak markah tae ra akan diturunkan. So, oppa tanya la sesiapa yang nak ganti tae ra. Dahlah, tae ra nak tidur," kataku sambil menarik selimut. Kai oppa hanya memandangku sayu. Setelah kai oppa keluar, aku mengunci pintu dari dalam. Aku mengambil headphone dan mendengar lagu. Ini sahaja cara untuk menenangkan diri aku. Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu bilikku dengan kuat. "Tae ra. Jom makan, oppa yakin yang tae ra lapar. Jomlah makan," aku tahu itu suara kris oppa. Aku hanya mendiamkan diri. Aku mengambil sebatang pen dan sehelai kertas. Aku menulis "Tae ra tak lapar. Dan jangan kacau tae ra hari ini. Malam ni, oppa jangan lupa. Aku tahu tindakan aku ini agak keterlaluan tetapi sekarang ni memang aku geram sangat. Aku mengambil telefon lalu menelefon So You.

So you : hello, kenapa tiba tiba call aku ni

Aku: so you, tolong aku..

So you : what's wrong with you my dear rara. Oppa kau pukul kau ke?

Aku : tak. Cuma aku kena marah and tengking. Esok boleh tak kau ambil aku kat rumah tapi awal sikit. Dalam pukul 7.

So you : okay rara. But why?

Aku : saja. Oklah, bye.

So you : bye.

Aku menamatkan panggilan.

Exo is my brotherTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang