"Ermm, kenapa semua diam je ni. Bosan la. Tau la tak pernah ada ramai perempuan dalam rumah ni tapi jangan la diam je," marahku. Selalunya waktu makan ni bising lebih-lebih lagi chen oppa. Aku bosan. "Tae ra, makan," kata suho oppa dengan tegas. "Takpela, taera dah kenyang. Taera nak duduk luar jap. Jangan sesiapa kacau taera," kataku lalu keluar ke halaman rumah. Tiba-tiba, terdetik di hatiku untuk menelefon Bestie aku, Sana.
Aku : Hai, my dear. Buat apa tu?
Sana : Hai sayangku. Tak buat apa pun. Kau?
Aku : Tak buat apa pun my dear.
Sana : Kenapa call?
Aku : Saja call. Kenapa? Salah ke? Okayla, bai.
Sana : Tak, tapi pelik. Dah lama tak call tiba-tiba call pulak. Mesti ada masalah kan. Nak jumpa ke?
Aku : Boleh juga tu. Kau ada kat mana?
Sana : Aku kat kedai mak aku. Kau datang je. Aku tunggu. Cepat sikit.
Aku : Okay, bai. Dalam setengah jam aku sampai.
Sana : Okay, bai.
Aku menamatkan panggilan lalu masuk ke dalam rumah dan masuk ke dalam bilikku. Aku mengambil beg tangan, baju sejuk, sebuah buku nota dan beberapa helai baju. Selepas itu, aku pun turun. Sebelum sempat aku membuka pintu, ada orang menarik tanganku. "Taera nak pergi mana? Jangan nak mengada tinggalkan tetamu kat rumah. Taera senang je keluar," tanya Kris oppa. "Hisy, tadi kata taera bising kan. Taera nak keluar la. Biar aman sikit hidup oppa semua kan," kataku lalu keluar dari rumah dan menahan teksi.
Kris p.o.v
"Ke mana pula tae ra nak pergi,"kataku di dalam hati. "Errm, tzuyu. Tzuyu tahu tak kawan-kawan taera kat sekolah," tanyaku kepada tzuyu. Tzuyu hanya menggeleng. Aku pula mengeluh apabila melihat reaksi tzuyu.
End p.o.v
"Sana," jerit aku bila sampai ke kedai ibu sana dan memeluknya. "Kalau ye pun rindu aku, tak payah la nak menjerit," kata sana lalu mencubit pipiku. "Hahaha. Kau makin comel la sana. Jealous aku. Macam mana hubungan kau dengan Jungkook oppa. Okay tak? Ke dia ada marah-marah kau? Kalau dia marah kau bagitau kat aku, aku belasah dia," kata aku. "ke u dengan dia okay. Takde apa apa berlaku pun," kata sana. Sememangnya, aku lebih selesa nak bermain-main dengan sana berbanding kawan-kawanku yang lain. Sana ni jenis tak kisah, lembut dan yang paling penting comel and tak suka merajuk. Tapi kalau dia merajuk, nahas la siapa yang kena pujuk tu. "Kau datang sini kenapa?"tanya sana. "Aku sedih la. Kenapa abang-abang aku jadi macam ni. Lepas ni, aku tak nak dah bawa perempuan datang rumah. Serik," kataku. Tiba-tiba, telefonku berbunyi. Rupanya, Kai oppa telefonku.
Kai : Hai, taera. Taera kat mana ni. Kitorang risau. Dah cari satu taman tak jumpa-jumpa.
Aku : Hai, oppa. Taera okay je ni. Nak melepas rindu kat 'someone' jap. Nanti taera balik la.
Kai : Siapa someone tu?
Aku : Adalah. Kenapa oppa nak tahu?
Kai : Bagitau cepat. Kalau tak, oppa bagitau kat kris oppa yang taera pergi dating.
Aku : Taera tak datinglah. Taera jumpa sana jap. Nanti taera balik la.
Kai : Kan senang tapi oppa tetap nak tahu siapa 'someone' tu.
Aku : Oppa, taera jumpa Sana la. Oppa tak payah risau la. Taera okay je ni.
Kai : Hmm, okay la kalau macam tu. Balik cepat, jangan lewat sangat.
Aku : Okay oppa. Love you.
Aku pun menamatkan panggilan. "Ermm, Sana. Boleh tak kau tolong hantarkan aku kat rumah aku. Aku dah takde duit la," kataku. "Boleh je. Senang sikit aku nak tahu rumah kau," kata Sana. Setelah setengah jam, aku pun sampai ke rumah. Tok... tok... tok.... Setelah beberapa kali aku mengetuk pintu rumah, pintu pun terbuka. "Ermm, baru balik. Ingat tak nak balik dah," kata Kris oppa. Walaupun kata-kata itu kedengaran biasa tapi cukup sinis bagi aku. "Kawan taera semua dah balik. Suka la kan, tinggalkan tetamu, balik lambat," tegur suho oppa pula. "Oppa, taera penat la. Taera naik dulu," kataku tapi kaki aku seperti melekat di situ selepas melihat muka kris oppa yang bengis itu. "Tahu pun penat. Keluar lagi. Baik tak payah balik rumah terus," kata Kris oppa dengan suara yang tinggi sambil mengetuk meja yang berada di hadapannya. Bahu aku terhinjut. "Hyung, tak payah la marah dia. Dia nak tenangkan diri. Dia ada sebab tersendiri, sebab tu dia keluar," kata Kai oppa sambil memelukku. "Betul la tu Kris, dia nak tenangkan diri. Jangan ambil serius sangat la," kata Luhan oppa pula. "Semua bela dia. Belalah. Jangan sampai dia jadi kurang ajar sangat dengan kita,"kata Kris oppa lalu pergi dari situ.
Keesokan harinya
"Baiklah kelas, hari ini kita ada murid baru. Ermm, sila perkenalkan diri kamu," kata Miss Suzy. "Hai semua. Nama saya Taehyung. Just call me V," kata murid baru itu. "Baiklah V. Kamu boleh duduk sebelah taera. Semua, buka buku teks sekarang," kata Miss Suzy.
Skip....
V p.o.v
Sewaktu rehat, taera hendak keluar dari kelas tetapi aku menarik tangannya. Dia kelihatan terkejut lalu menarik semula tangannya yang dipegang oleh aku. "Nama saya V. Awak?"tanyaku. "Taera. By the way, don't you dare to touch me okay,"katanya dengan suara yang agak tegas.
Skip...
"Aku kena buat sesuatu ni. Aku tukis surat la," kata V di dalam hatinya.
Bersambung
Amacam, okay tak. Kalau okay comment, kalau tak okay pun comment. Mian sebab lama tak update. Wattpad buat hal pula.
💜💜💜💜💜💜💜❤❤❤❤❤❤❤
YOU ARE READING
Exo is my brother
Fiksi PenggemarTae Ra. Seorang gadis yang berusia 16 tahun dan mempunyai 12 orang abang. Nak tahu kisah selanjutnya bacalah ff ni.