Enam

223 32 0
                                    

'Joshua Joshua Joshua' Jun berlari keluar dari bilik nya dan terus ke Joshua yang berada di dapur

'Apa?' Joshua mengacau daging yang di goreng nya

'Nampak---' Jun memandang meja makan dan ternampak buku latihan yang terbuka,alat tulis yang berselerak dan kamus 'pinjam kalkulator!' Jun terus mengambil kalkulator Joshua dan berlari balik ke bilik

Joshua memandang Jun dengan pelik sebelum sambung memasak.

•-----•

'20 bahagi 5' Jun menekan-nekan kalkulator itu '4' dan sambung membuat latihan matematik itu

'Woi,20 bahagi 5 pun tak pandai kira ke?sampai kena guna kalkulator bagai' Gaeul memandang Jun

Sebenarnya,Gaeul memaksa Jun membuat latihan matematik itu sebab...korang tahu lah...

'Senyap kau,aku berhenti belajar sejak tingkatan 2 tau' Jun sambung membuat latihan itu sehingga soalan yang terakhir

'Siap!' Jun mencampak buku latihan itu ketepi dan terus baring di atas katil nya

'Esok kau buat Sains pulak' Gaeul duduk bersila di atas katil Jun

'Tak nak aku and turun dari katil aku' Jun menendang Gaeul tapi kaki nya menembus badan Gaeul

'Hah!kau tak dapat nak sentuh aku pun!'

'Boleh' Jun merentap rantai Gaeul dan tendangnya terus dari katil.Gaeul terus jatuh terjelepok di atas lantai

'OWW'

'Padan muka' Jun mencampak rantai itu pada Gaeul dan terus keluar dari bilik dengan kalkulator Joshua

'Woii'

•-----•

Joshua dan Jun duduk di meja makan.

'Buat apa dengan kalkulator tadi?' Joshua menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya

'Latihan matematik' Jun menghirup sup yang di buat Joshua

Makanan dalam mulut Joshua terus di sembur keluar.'Kau buat apa?' Joshua mengambil tisu dan lap mulut nya

'Latihan matematik'

Joshua gelak kecil,tak sangka Jun akan buat latihan matematik,subjek yang di anggap sebagai penderaan pada Jun.

'Birthday Jun dah nak dekat kan?' Joshua sambung makan

Jun hanya mengangguk

'Nak hadiah apa?'

'Tak payah beli pun tak pe'

'Ehh,orang tanya je bukan nak belikan' Joshua gelak lagi

Tanpa sedar,Jun pun terikut gelak kecil.Buku bintang tadi muncul di dalam otak nya,mahu minta sebagai hadiah harga nya terlalu mahal.Jun senyum kecil dan terus menggelengkan kepala nya

'Aku tak nak hadiah,cukup lah kau ada kat sini'

Joshua senyum,dia tahu yang Jun sebenarnya nak buku bintang tu tapi  mungkin tak jadi sebab harga nya

'Okay,suka hati kau lah'

Gaeul hanya tersenyum memandang adik-beradik itu.

'Hahh,hubungan silaturrahim yang baik'

I See You [COMPLETED]Where stories live. Discover now