Jun berjalan sambil mengunyah patbingsu yang dibelinya tadi.
'Woah! Taman bunga!'
Jun menunjuk ke arah sign board taman bunga menggunakan sudu nya sebelum menyambung suapan nya
'Nak masuk ke?' Gaeul memandang sekeliling, kawasan perumahan Joshua dan Jun memang senyap
'Nak, at least boleh lah aku tengok bunga sambil makan' Jun mengelap partikel ais yang tersembur dari mulutnya ketika bercakap
'Ew'
«-----»
Jun dan Gaeul duduk di atas satu bangku sambil menghadap kebun bunga di hadapan mereka. Bekas patbingsu tadi telah pun dibuang di dalam tong sampah
'Hei Jun'
'What'
'Pernah tak, kau rasa yang dunia ni tak adil? Dia merampas kedua-dua omma dan appa kau serentak ketika kau paling perlukan diorang'
'Pernah, tapi sekarang tak dah' Jun menyandar badan nya pada bangku
'Kenapa?'
Jun senyap untuk seketika sebelum membuka mulut
'Manusia ni, macam bunga dan rama-rama'
'Kenapa pulak?'
'Bunga dan rama-rama hidup dengan cantik sebab jangka hayat yang singkat, begitu juga manusia. Aku rasa omma dan appa aku dah hidup dengan cukup bahagia'
Gaeul senyap, dia cuma memahami apa yang Jun baru sahaja katakan
'Aku ingat lagi, masa omma kata yang aku lah sumber kebahagiaan diorang. Aku baru umur 6 tahun masa tu, tak belajar lagi pasal hidup dan mati ni'
Jun gelak kecil. 'Aku rasa bodoh sebab ingat yang selagi aku ada, omma dan appa aku akan hidup selama-lamanya'
'Tapi, semua itu di tangan tuhan. Kita manusia tak mampu membuat apa-apa selain dari menerima kenyataan'
Jun memandang langit, Gaeul juga mengikut sama
'Dan akhirnya, selepas menyimpan pelbagai dendam, aku berusaha untuk menjadi manusia dan menerima kenyataan'
Jun memejamkan mata nya. Gaeul hanya memandang Jun
'Mana kau belajar semua ni?'
'Dari cubaan membunuh diri'
Gaeul senyap. Dia tahu akan keadaan Jun, dia pernah bertegur sapa dengan ibu dan ayah Jun sebelum datang menemui nya
'Aku rasa' Gaeul menepuk bahu Jun dengan lembut 'omma dan ayah kau nak kau berjaya dalam hidup, mcm Joshua. At least, kau boleh lah hidup bahagia macam diorang'
'Aku tahu, diorang selalu cakap macam tu kat aku'
'Ohh'
Muka Gaeul merah menahan malu. Tak sangka pulak jadi begini
Nada dering Jun berbunyi dengan lantang. Jun membawa keluar telefon dari poket dan menjawab panggil
'Hello'
'Dah'
'Dekat taman bunga'
'Ohh, kejap aku datang'
Jun menekam butang merah pada skrin dan menyimpan kembali telefon itu ke dalam poket seluar nya. Dia memandang Gaeul untuk seketika sebelum bangun dari bangku
'Nak pergi---?'
'Joshua kat depan '
YOU ARE READING
I See You [COMPLETED]
Short StoryJun tanpa sedar terjumpa seorang angel di dalam mimpi nya (#seventeenshortstories) Highest rank: #103 in Short Story