Tujuh

234 35 0
                                    

'Kenapa kau tak mengaku yang Joshua tu abang kau?' Gaeul membelek-belek baju Jun di almari

'Mungkin sebab aku tak nak dibandingkan dengan Joshua' Jun baring di atas katil nya sambil menghadapa siling

'Ohh, aku faham perasaan kau' Gaeul memerhati satu baju yang tersangkut di hujung sekali dalam almari itu. 'Hei Jun'

'Hmm?'

'Baju ni, kau tak pernah pakai ke baju ni?' Gaeul menyentuh baju itu tetapi tangan nya tembus.

'Baju apa?'

'Kemeja lengan panjang, warna biru gelap ada corak polka dot putih'

'Tak, aku tak pernah lagi pakai baju tu' Jun bangun dari katil dan jalan ke arah Gaeul.

'Kenapa?'

'Sebab Joshua yang bagi baju tu'

Gaeul memusingkan badannya ke arah Jun. Mata mereka bertembung. Mata Jun berkaca,selepas menguap, mata Gaeul juga berkaca,tanpa sebab.

'Kenapa?'

'Tak tahu, aku memang benci sangat dengan Joshua masa tu' Jun menggosok mata nya untuk mengelakkan air mata dari keluar

'Apa sebab kau benci Joshua?'

Jun berhenti menggosok mata dan memandang Gaeul. Pandangan nya kosong seperti apa yang bakal dikatakan mungkin tanpa perasaan

'Aku tak ada sebab'

'Tipu'

Jun senyap, Gaeul senyap. Bilik itu sunyi untuk seketika

'Aku tahu mesti sebab omma dan appa kau'

'Omma dan appa ANGKAT aku' Jun menjengkil kan mata nya

'Kau tak dilayan sama macam diorang layan Joshua' Gaeul sambung bercakap

'Aku dianggap sebagai kesalahan dalam keluarga ni! Aku lah penyebab omma dan appa aku ke luar negara!' Jun menjerit kemarahan, rasa tidak puas hati nya makin membuak-buak

Gaeul memandang Jun, Jun menjeling Gaeul.

PAKK!

Pandangan Gaeul dan Jun dialih ke pintu. Jun berlari ke arah pintu dan membukanya. Joshua sedang mencangkung sambil mengutip buku dan alat tulis yang terjatuh.

'J-Joshua' Jun turut mencangkung untuk menolong Joshua, tetapi Joshua mengutip semua barang nya dengan lebih cepat

'T-tak apa Jun, hyung cuma tersadung je.' Joshua senyum sambil memegang buku di dalam tangan nya

'K-kau dah dengar kan?'

Senyuman Joshua terus hilang

'Jangan anggap diri kau sebagai benda yang negatif, sebaliknya fikir diri kau sebagai benda positif buat aku'

Joshua menghadiahkan sebuah senyuman buat Jun sebelum kembali ke bilik nya

Jun yang masih lagi mencangkung menunduk memandang lantai. Air mata yang ditahan kini mengalir di pipi. Gaeul hanya memandang Jun

'Kau tak pernah berubah Joshua, kau sentiasa menyuruh orang berfikir positif. Sedangkan diri kau pun kau fikir negatif'

I See You [COMPLETED]Where stories live. Discover now