Lapan

222 32 0
                                    

Mata Jun terbuka nipis. Tangan nya di letakkan di atas dahi nya untuk mengelak cahaya. Mata nya asyik berkelip-kelip sambil menyesuaikan diri dengan keadaan dalam bilik itu

Jun bangun dari posisi baring nya dan mengambil telefon di sebelah bantal. Mata nya terbuntang luas selepas nampak masa yang dipapar kan pada skrin bercahaya itu

'Dah pukul 7:30! Shitttt, aku dah lambat!' Jun terus bangun dari katil dan ke bilik air

Mindanya masih ligat berfikir, kenapa Joshua tak datang mengejutnya seperti biasa? Kenapa Joshua cuma bukak langsir?

Jun menggelengkan kepalanya dan mula menanggalkan baju nya

«-----»

Jun turun ke dapur dengan memakai baju sekolah lengkap, dia memandang ke luar rumah. Mata nya membesar lagi sekali, kereta Joshua dah tak ada

Jun bergegas ke dapur, dia ternampak roti Bakar, telur dan sosej tersusun di atas pinggan disebelah nya terdapat satu post-it.

Jun mencabut kertas itu dari meja dan mula membaca

'Kenapa tulisan dia berangkai sangat' Dahi Jun mengerut

'Jun, aku tahu kau mesti tupa---ehh bukan--- lupa yang hasi---hari ni culi...' Jun berhenti untuk seketika

'Jun, aku tahu kau mesti lupa yang hari ni cuti jadi aku saja membiarkan langsir tingkap di bilik kau terbuka. Nikmati lah sarapan' Gaeul berdiri di sebelah Jun sambil menolong membaca surat itu.

'Jap, Joshua ada tulis lagi' Gaeul mengambil post-it itu dari Jun 'p/s:jangan lupa letak baju sekolah yang kau pakai tu dalam bakul basuh baju'

Jun dan Gaeul serentak memandang uniform yang di pakai Jun. 'Dia dah lama sangat kenal aku' Jun terus jalan balik naik bilik untuk tukar baju

«-----»

Jun menghabiskan sarapan nya dan juga meletakkan uniform sekolah di dalam bakul basuh baju.

'Boring nya' Jun menukar channel yang di tonton nya tadi dan kini sedang menonton rancangan makanan

'Hei, Joshua ada apa hari ni sampai kau dapat cuti?' Gaeul duduk di sebelah Jun

'Dia ada STPK kot hari ni, dia ada bagitahu sebelum ni...'

'STPK?' Gaeul mengerutkan darinya.

'Sijil Tinggi Pendidikan Korea kot'

[Tolong jangan ambik STPK seriously, dia tak wujud kat Korea. Atau dia wujud tapi dalam nama lain.]

'Ohh'

Jun mengambil telefon di atas meja dan menaip sesuatu sebelum menonton kembali cerita itu. Pandangan nya di alih kembali ke skrin telefon selepas mendengar bunyi 'Ting'

'Panas tak Gaeul?'

'Tak, kenapa?' Gaeul mengerutkan dahinya lagi sekali

'Aku panas, jom pergi makan Patbingsu' Jun bangun dari sofa dan mengorak langkah ke bilik nya

'Kejap! Joshua bagi ke?'

'Aku dah mesej dia! Dia cakap ok!'

Gaeul memandang Jun memasuki bilik nya.

I See You [COMPLETED]Where stories live. Discover now