Sebelas

229 34 0
                                    

Suasana di meja makan begitu awkward. Gaeul berdiri di sebelah Jun sambil memerhatikan mereka

"Jun"

Jun menghiraukan Gaeul, kalau dia membalas Gaeul, Joshua mesti akan pelik kerana Joshua tidak nampak Gaeul.

"Aku cuma nak bagitahu"

Jun mengganguk kecil

"Joshua dah tak banyak masa"

Nasi di dalam mulut Jun terus tersembur keluar seiring dengan batuk yang kuat. Joshua yang terkejut dengan semburan nasi Jun terus jatuh dari kerusi

"Jun? Kau ok tak?"

Joshua bangun dari lantai dan terus memandang Jun

"Aku ok, just tersedak kejap tadi"

Jun mengambil air dan meneguknya dengan rakus sebelum menghabiskan sisa-sisa nasi goreng di dalam pinggan nya

"Thanks hyung"

Jun menjeling Gaeul untuk seketika sebelum berlari naik ke bilik.

Joshua yang berada disitu terkaku.

"D-dia... Panggil aku hyung"

•-----•

"Apa maksud kau Joshua dah tak banyak masa?!"

Gaeul terkejut mendengar Jun yang menjerit, bukan selalu dia macam ni

"Maksud aku yang Joshua akan ma---"

"No, jangan habiskan ayat kau"

Jun merenung Gaeul dengan dalam

"Bila? Macam mana?"

"Aku tak boleh bagitahu kau"

Jun merentap rantai Gaeul dan terus memegang bahu Gaeul

"Bagitahu. Aku"

Gaeul memandang Jun untuk seketika. Dia mengeluh

"Lusa, dalam kemalangan, lori rempuh kereta"

Jun melepaskan bahu Gaeul. Rantai yang berada di dalam gengaman nya terus jatuh.

"D-Dia meninggal... M-Masa hari lahir aku?"

Gaeul mengangguk.

"A-aku tak boleh biarkan dia pandu seorang diri..."

Jun memegang kepalanya. Kepalanya berpusing, matanya mula berkaca.

"K-kalau macam tu J-Joshua takkan mati kan?"

Jun memandang Gaeul. Gaeul tak mampu untuk menjawab, dia menundukkan kepalanya

Pintu bilik Jun diketuk, Jun mengelap air mata yang terjatuh dan terus pergi ke pintu. Joshua berdiri di hadapan nya sambil memegang alat tulis dan buku di dalam gengamannya

"Lusa nanti, aku nak pergi tengok wayang---"

"Aku nak ikut!"

Joshua terkejut mendengar Jun menjerit.

"B-betul ke ni? Tadi kata dalam kereta nak duduk kat rumah"

"Uhm... Tak jadi..."

Jun menggaru belakang tengkuknya sambil menunduk ke bawah. Joshua tersenyum

"Okay"

Jun memandang Joshua kembali

"Thanks... Hyung"

Jun tersenyum pada Joshua.

"You're welcome"

Joshua membalas balik senyuman itu

Gaeul memandang Joshua dan Jun dengan sayu.

"Kematian tidak dapat dielak kerana ianya telah ditentukan dari awal lagi. Tak kesah apa pun yang menghalang, kematian tetap akan berlaku. Termasuk lah meragut nyawa yang lain."

Gaeul membongkok untuk mengambil rantai di atas lantai. Rantai itu di tenungnya.

Apa yang pasti, rantai itu bukan milik nya

I See You [COMPLETED]Where stories live. Discover now