Sepuluh

211 34 0
                                    

Joshua cuba memfokuskan perhatiannya pada jalan, tetapi mata nya asyik mencuri pandang ke arah Jun. Akhirnya dia mengeluh dan membuka mulutnya

"Jun"

"Hmm?"

"Lusa birthday kau kan?"

Jun hanya mengganguk

"Ada nak pergi mana-mana?"

Joshua memberhentikan kereta pada lampu isyarat merah dan membalas renungan yang diberi oleh Jun

"Apa maksud kau?" Jun menanggalkan earphone nya

"I mean, kau tak nak keluar pergi mana-mana masa birthday kau? Takkan nak asyik duduk kat rumah je?"

"Tak nak, aku lebih rela duduk kat rumah"

Air muka Joshua jatuh, dia kembali memandu. Tiket panggung wayang yang di belinya tadi akhirnya menjadi sekeping kertas yang tiada makna.

Gaeul memandang Joshua dari belakang. Dia dapat membaca fikiran Joshua. Muka Joshua dipandang dengan lebih lama. Satu perasaan yang telah lama hilang ketika kematian nya muncul kembali.

Simpati

•-----•

Jun menjatuhkan dirinya di atas sofa dan terus memasang televisyen. Dia menukar siaran berkali-kali, tiada satu pun yang menarik perhatian nya

Dia memandang Joshua yang berada di dapur. Meja makan yang penuh dengan alat tulis dan buku itu ditenungnya. Setiap hari, selepas balik sekolah, meja makan itu lah yang menjadi tempat untuk mengulang kaji.

Jun meletakkan remote televisyen di atas meja dan terus berjalan ke dapur.

"Jun?" Joshua yang sedang ligat mengacau nasi goreng itu memandang Jun yang tiba-tiba berjalan masuk ke dapur

"Tak ada apa-apa, sambung lah memasak"

Jun berdiri di pintu masuk dapur memandang Joshua. Joshua memandang Jun untuk kali terakhir sebelum menyambung mengacau nasi goreng nya.

Jun dengan cepat mengumpul kesemua alat tulis dan buku Joshua dari meka makan dan membawanya ke ruang tamu.

Dia memandang kembali ke arah Joshua yang masih tidak perasan akan apa yang telah berlaku.

"Apa kau buat ni?"

Jun melompat kecil ketika mendengar suara Gaeul yang berada di belakangnya.

"Kau boleh tak jangan muncul secara tiba-tiba?"

"Kenapa?"

"Kalau aku mati sebab terkejut macam mana? Kau nak tanggung nyawa aku?"

Gaeul menjeling Jun, dia mengambil tempat di sofa sambil memandang Joshua.

"Woi, kau dah tak ada kerja sampai nak usya Joshua?"

"Ha Ah, kenapa?"

Jun mengetap giginya sambil memandang Gaeul.

"Kau suka Joshua ke?"

Pandangan Gaeul terus beralih ke Jun

"M-mana a-ada"

"Betul lah! Kau suka Joshua!"

Senyuman kecil mula muncul pada bibir Jun. Tak sangka semua ini terjadi.

"Jun! Mana kau letak buku aku?!"

"Ada kat ruang tamu ni!"

Joshua senyap untuk seketika. Dia meletakkan pinggan yang berisi nasi goreng itu di atas meja dan terus ke ruang tamu

"Aku sedih sangat tengok kau belajar kat dapur jadi..." Jun menggaru kepalanya "Aku bawak lah ke ruang tamu"

Joshua memandang Jun, Jun memandang Joshua, Gaeul yang berada di tengah berulang-alik memandang dua orang lelaki ini

"Lain kali kau belajar jelah kat ruang tamu"

Jun menundukkan kepalanya. Joshua tersenyum, tak sangka Jun begitu mengambil kesah tentang nya.

"Okay, jom lah, makanan dah siap"

I See You [COMPLETED]Where stories live. Discover now