PART9

464 43 4
                                    

Air mata mengalir bersamanya setiap masa. Inilah pandangan terakhirnya di atas bumi. Sehun melihat pemandangan yang terakhir dengan pandangan yang kabur. Pandangannya dikaburi oleh air mata yang tidak berhenti mengalir.

"Chorong-ah~~ annyeong, saya terpaksa tinggalkan awak. Saya akan sentiasa rindukan awak walaupun awak dah lupakan saya dan bersama Kai sekarang. Walaupun awak dah tinggalkan saya , hati saya masih milik awak. Saranghaeyo... Chorong-ah..." Sehun mengesat air matanya dan melihat pemandangan itu semula. Dia tersenyum.

"....annyeong" Dia melihat ke arah bulan yang dinamakan Red Moonlight. Dia menutup matanya. Dia tahu keluarganya sangat merinduinya. Sudah tiba masa untuk dia pergi. Akhirnya dia lenyap dari planet bumi.

..................................................................................

Chorong memandang pelik ke arah bulan yang bewarna merah. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kenapa bulan tu warna merah pulak eh.." Dia masuk ke dalam biliknya semula. Dia mengambil frame yang terdapat gambarnya bersama Sehun.

Wajah gambar Sehun diusap berulang kali. Air mata mula bergenang.

"Tipu je. Saya dah tahu kenapa bulan bewarna merah. Hari ni hari di mana awak tinggalkan bumi." Chorong mengesat air matanya yang sudah mengalir. Selama ni dia tahu Sehun risaukan hari terakhirnya di bumi.

"Mulai hari ni, saya akan lupakan awak." Chorong tersenyum lalu mengambil frame itu ke dalam kotak yang dipenuhi memorinya bersama Sehun. Annyeong Sehun...

5 TAHUN KEMUDIAN.....

Jam loceng yang berbunyi membingitkan telinga. Tangan dipanjangkan untuk hentikan jam loceng. Chorong bangun dari tidur sambil menguap. Dia menggeliat sekuat hati. Time to work!!

Hidupnya yang bekerja sebagai seorang kerani yang biasa di sebuah syarikat fesyen terkenal sudah cukup memenuhi hidupnya yang sudah kosong. Kai pula, entahlah dengar sekarang dia sudah menjadi penyanyi kpop yang hebat tapi dia menganggap Kai hanyalah sebagai seorang kawan baik.

Dia sudah siap berpakaian kemas tapi mukanya disolek sikit kerana hari ni syarikatnya membuat majlis perpisahan dengan pengerusinya. Dia keluar dari rumah dengan membawa hadiah yang berkotak kecil.

..................................................................................

Majlis perpisahan berjalan dengan lancar. Ada yang sedih melihat pemergian Pengerusi Chan kerana lelaki ini terlalu baik . Dia tidak pernah marah kepada pekerjanya. Ada kalanya dia selalu belanja pekerjanya makan selepas habis waktu rehat.

Chorong juga berasa sedih kerana dia sudah menganggap Pengerusi Chan sebagai ayahnya sendiri. Chorong cuba menahan air mata daripada dilihat oleh Pengerusi Chan.

Pengerusi Chan melihat Chorong yang menahan tangis. Dia mendekati Chorong. Dia memegang kedua dua belah bahu Chorong. Dia tersenyum.

"Chorong, kamu dah macam anak saya sendiri. Janganlah nangis. Kalau kamu ada masalah ceritakan kepada saya." Pengerusi Chan memujuk Chorong.

Air mata yang bergenang sudah tak mampu ditahan akhirnya jatuh ke tanah juga. Lelaki tua itu dipeluk erat. Dia menangis teresak esak. Semua orang yang berada di sekeliling juga terasa sebak.

"Janganlah nangis. Awak dah buat saya menangis juga." Pengerusi Chan menangis juga. Majlis yang meriah itu menjadi sayu apabila hampir semua sedih melihat pemergian Pengerusi Chan.

..................................................................................

Waktu rehat sudah tiba. Chorong dan rakan sekerjanya, Go Ara. Mereka berdua berlari keanak anakan. Mereka berdua seperti budak kecil. Dengan segera Chorong duduk di atas kerusi. Dia bersorak kegembiraan.

Red Moonlight |O.S.H + P.C.R (Malay Fanfic) (Completed)Where stories live. Discover now