PART10

524 46 3
                                    


".....Sehun.." Chorong ingin memegang wajah lelaki itu tetapi tangannya ditepis kasar. Chorong tersentak.

Tiada langsung riak gembira di muka Sehun. Penampilannya lain. Rambutnya bewarna cream gelap dan warna matanya adalah koko muda.

(Gaya rambut Sehun sama cam dalam vid ni)
"Senang macam tu kau nak sentuh muka aku." Sehun tersenyum sinis.

"Sehun, a..aw..awak dah lupa saya ke??" Chorong menahan air matanya dari jatuh. Sehun ketawa kecil. Dia menunding jari ke arah Chorong.

"Perempuan kolot macam kau ni buat apa aku nak ingat??" Kata Sehun dalam nada berbisik. Lalu Sehun menolak dahi Chorong dengan jari telunjuknya. Dia berlalu pergi ke arah bilik pejabatnya. Chorong hanya terkaku di situ.

Go Ara segera menghampiri Chorong. "Gwechanayo?? Kenapa aku tengok macam kau ni dah kenal dia?? Ke kau pernah ada hubungan dengan dia?"

Chorong menggeleng tanda menafikannya. Dia terkejut bila Sehun menghinanya. Dia dah memang lupakan aku. Chorong memegang rantai pemberian Sehun. Rantai yang mempunyai hati dan permata merah di tengah. Dia menghalang air mata dari jatuh. Biarlah hubungan mereka berdua dirahsiakan.

Go Ara menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya melihat Chorong masih melihat ke arah Pengerusi Oh. Pengerusi itu memang kacak. Hati aku dah cair!! Kata hati Go Ara.

..................................................................................

Chorong menguis makanannya di atas pinggan. Dia menolak pinggan. Go Ara melihat Chorong dengan pandangan kosong. Perempuan ni dah kenapa. Takkan sukakan Pengerusi Oh sampai makan pun tak nak. Sabar jelah.

"Chorong-ah, waeyo??" Chorong tersenyum tawar dan menggeleng kepalanya berulang kali. Setelah beberapa minit berada di situ, Chorong bangun dari kerusi dan berlalu pergi. Go Ara yang belum habis makan ternganga melihat Chorong tinggalkan dia. Go Ara hanya mendengus kecil. Gwechanayo, Go Ara.

..................................................................................

Sehun melihat fail yang bertimbun di atas meja. Satu persatu dilihat dengan teliti. Semenjak dia menggalas tugas ni, banyak syarikat yang mahu bersepakat dengan syarikatnya.

Tiba-tiba disebalik cermin pejabat lutsinarnya ada seorang perempuan yan sibuk di luar. Dia mengetuk pennya berulang kali.

"Kenapa perempuan tu cakap dia pernah jumpa aku. Takkan aku nak kawan dengan perempuan yang kolot macam dia apatah lagi ada apa-apa hubungan dengan dia." Sehun tersenyum sinis. Dia melihat telefonnya dipenuhi panggilan dari perempuan yang ingin dielak olehnya, MinAh.

MinAh pernah luahkan perasaannya kepada Sehun tetapi Sehun menolaknya mentah2. Dia tak suka bercinta malah melihat perempuan pun tak ingin. Dia hanya suka bekerja. Dia pun mematikan telefon supaya tidak diganggu lagi. Dia pun bercadang untuk menukar kad sim yang baru.

..................................................................................
Angin malam meniup rambut Chorong yang berada di koridor rumah. Dia sudah letih menangis beberapa hari mengingatkan harinya bersama Sehun.

Chorong melihat ke arah bulan. Dia teringat akan bulan yang berdarah. Bulan itu membawa orang dicintai semula tapi dalam keadaan yang lain. Kini Sehun tidak melihatnya walaupun sesaat.

Red Moonlight |O.S.H + P.C.R (Malay Fanfic) (Completed)Where stories live. Discover now