Part15

492 44 2
                                    

Chorong membelek buku novel yang diberi oleh Kai. Dia membaca dengan penuh khusyuk. Lalu Kai duduk di sebelahnya. Kai menghulurkan kopi panas kepadanya. Chorong tersenyum.

"Gomawo~~" Chorong menyisip air dengan perlahan. Setelah siap, Kai menarik kopi di tangannya lalu meletakkannya di atas meja. Lelaki memandang Chorong.

"Baiklah, sekarang tolong jelaskan kepada saya. Apa yang berlaku sekarang ni??"

Chorong memuncungkan mulutnya. Dia memandang Kai. Air matanya mengalir.

"Saya dah tak tahan hidup dengan lelaki yang tak pernah cintakan saya."

Kai cuba menenangkannya dengan menggosok belakangnya. Dia berasa kasihan melihat Chorong bertemu lelaki yang pernah dia cinta tapi lelaki yang tak ingat cintanya.

Chorong masih lagi mengalirkan air mata. Dia tak dapat menahan segalanya. Dia mahukan Sehun yang dulu tapi apa yang dia dapat hanyalah kutukan dan herdikan.

Selama dia bersama Sehun selama seminggu, dia dianggap seperti pembantu dan sedikit pun tiada rasa seperti seorang isteri.

Dia masih ingat hari itu, ketika dia sediakan sarapan, Sehun merasa sarapan ringkasnya. Akibat tidak mengikut cita rasanya, Sehun membaling makanan itu kepada muka Chorong. Akhirnya muka Chorong dipenuhi dengan nasi.

"Semua sarapan kau tak sedap!! Lebih baik aku makan kat luar je. Aku lebih rela habiskan duit untuk makanan daripada makanan sarapan kau yang macam sampah!" Sehun menengking di depan muka Chorong.

Sehun pergi begitu saja. Kereta berbunyi dan bergerak jauh dari tempat kereta. Chorong terkaku di situ. Hatinya tercalar sedikit dengan kata2nya. Air matanya mula bergenang. Air matanya cepat diseka. Dia harus tabah.

Tapi sekarang hatinya sudah hancur dengan tamparannya. Kai memeluknya. Dia tak mahu Chorong sedih dengan perbuatan lelaki itu.

"Gwechanayo~~aku akan sentiasa bersama kau. Kau kan chingu terbaik aku."

"Gomawo, Kai, gomawo..."

........................................................................

Sehun menelefon nombor Chorong tapi hanya sia2. Mesti Chorong dah benci aku sepenuh hati dia. Hanya kerana ego dan reputasi, dia lebih rela tinggalkan Chorong.

Sejujurnya, Chorong seorang yang cantik baginya. Dia dah mula sukakan Chorong tapi egonya menghalang.

Sehun menumbuk stereng keretanya. Dia sudah berputus asa. Mungkin ini penamat ceritanya.

"Chorong, jangan buat aku macam ni." Sehun mengeluh.

..................................................................................

Seminggu sudah berlalu tetapi Chorong masih belum pulang. Hati Sehun mula merindui perempuan itu. Dia mahu Chorong dengannya. Dia masih ingat gelagat Chorong ketika masuk ke dalam biliknya tanpa kebenaran.

Chorong meninjau memcari Sehun di dalam bilik lelaki itu. Mana lelaki ni pulak, tadi suruh aku bawak assignment kerja dia. Hilang pulak lelaki ni, omel Chorong.

Chorong menghampiri katil Sehun dan melihat lelaki itu berbungkuskan selimut. Chorong hairan. Tadi suruh ambil pastu tidur pulak. Dia meletakkan assignment itu di tepi meja lelaki itu.

Dia cuba mengejutkan bosnya dari tidur. "Bos, bangunlah. Saya dah penat ambil assignment itu. Takkan bos tidur pulak.." Tetapi tiada respon. Chorong mengeluh lalu berjalan keluar.

Red Moonlight |O.S.H + P.C.R (Malay Fanfic) (Completed)Where stories live. Discover now