PART16

532 43 3
                                    

      Sehun berasa sangat gembira kerana Luhan menolongnya. Luhan memberitahu yang dia ternampak kelibat isterinya di Australia.

     Dia juga teringat yang perempuan itu pernah meminta kebenaran untuk ke luar negara. Yang paling Sehun marah, pabila dia tahu Chorong pergi bersama lelaki yang pernah kucupnya.

   Dia memakai pakaian yang paling segak untuk pergi berjumpa isterinya. Tiba masanya untuk dia meminta maaf kepada Chorong.

    Dia sudah sedar yang dia terlalu banyak membuat salah dengan perempuan itu.

  Keretanya menghala ke arah pejabatnya. Dia memasuki pejabat, semua ternganga melihat tuannya menukar personaliti.

   Rambutnya merah, kanta mata warna biru. Dia memakai pakaian yang dia pakai seperti di dalam mimpinya agar Chorong dapat beritahunya apa yang sedang berlaku.

   MinAh mula menyekatnya dengan mendepakan tangannya. Para pekerja juga naik menyampah dengan perempuan ni.

   Sehun menjeling ke arah perempuan itu. "Tak habis lagi ke nak goda aku dengan badan kau yang tak laku??"

    Sehun menolak MinAh ke tepi. MinAh panas hati. Sehun tidak mengendahkannya. Sehun pergi ke arah Go Ara .

    "Go Ara, mulai hari ni awak PA saya.  "
Go Ara terkejut.

   "Macam mana pulak dengan..."

   "MinAh hanya pemangku. Saya nak awak jadi PA saya secara rasmi." Sehun mendekati Go Ara.

    "Saya dengar awak cekap dalam semua kerja. Itu yang saya dengar dari isteri saya." Kata Sehun dengan separa berbisik. Go Ara tersipu malu.

   Sehun menjarakkan diri. "Hari ni saya nak cuti sampai minggu depan. Saya nak awak batalkan semuanya." Katanya kepada Go Ara.

   "Kenapa bos cuti lama?"

   Sehun mengenyitkan matanya "Projek memujuk isteri."

........................................................................

     Chorong memandang langit. Dia teringat suaminya. Dia benci tapi cinta. Dia tak mampu hilangkan wajah lelaki itu dari otaknya.

    Dia menutup matanya. Dia membayangkan ketika dirinya dan bersama Sehun pada ketika dulu.

   Sehun memegang tangannya bersama ke arah sebuah taman dikelilingi dengan bunga. Dia berhenti di tengah taman itu.

   Mereka memandang antara satu sama lain. Sehun menarik nafas dan melepaskannya. Pipi Chorong menjadi sasaran bibirnya. Chorong blur.

   Sehun tersenyum lalu mencuit hidung Chorong. "Park Chorong, gadis yang selalu buat hati saya kucar-kacir."

    Chorong tersipu malu. "Jinjja?" . Chorong tersenyum lalu membalas ciuman itu.

    Tanpa disedari, air matanya mengalir. Dia menangis kerana kisahnya yang lalu tak mampu dikenang oleh si dia.

..................................................................................

     Akhirnya Sehun tiba di bumi Australia. Dia membawa bagasinya keluar lapangan terbang. Dia melihat kelibat rakan baiknya, Luhan.

     Sehun tersenyum lalu menumbuk bahu Luhan. "Luhan hyung. Apa khabar?"

    Luhan tersengih lalu menyiku perut Sehun. Buat sementara waktu Sehun akan berada di rumah Luhan yang sudah lama menetap di Australia.

Red Moonlight |O.S.H + P.C.R (Malay Fanfic) (Completed)Where stories live. Discover now