PART13

465 40 3
                                    


     Mereka bertiga masih di dalam pejabat . Sehun memeluk pinggang Chorong. MinAh masih terkaku.

    "Kami akan kahwin minggu depan. Aku harap kau boleh datang." Kata Sehun dengan selamba. Mulut tak ada insurans!! Minggu depan?! Awalnya.

     "Apa bos buat ni?" Chorong berbisik di telinga Sehun. Tiba2 Sehun mencium dahi Chorong dan membuat gadis itu terkejut.

     "Kau senyap. Kau bising, aku cium kau." Chorong mencebik.

    "Apa maksud oppa? Kita dah janji nak kahwin dengan saya." MinAh tetap mahu menang.

    "Kita?" Sehun ketawa sinis. "Aku rasa kau sorang berangan nak kahwin dengan aku. Hidup aku dah bahagia, jadi kau tak perlu ganggu hidup aku. Betul tak..." Sehun memandang Chorong.

   "....jagiya??" Chorong menelan air liur. Chorong pura2 senyum lalu mengangguk. MinAh berasa marah. Kalau korang kahwin, aku akan buat perkahwinan korang hancur, kata hati MinAh.

    "Saya pergi dulu." MinAh pergi dengan dendam.

   Setelah MinAh pergi, Chorong menolak badan Sehun yang masih melekat di badannya. Sehun juga menjauhkan diri.

    Untuk menutup malu, Chorong ingin keluar dari pejabat itu tetapi dihalang apabila tangan Sehun memegang tangannya.

    Mata mereka bertembung. "Aku nak kita kahwin." Chorong senyum sinis. Dia meleraikan pegangan.

    "Senang macam tu je bos cakap kat saya. Bos ingat saya ni macam benda yang boleh jual beli ek?"

   "Kalau memang, kenapa?"  Chorong mendengus keras. Dia berjalan keluar dari pejabat. Sehun tersenyum. Comel jugak perempuan kolot ni. Yah, andwaeyo, takkan aku sukakan dia. Tapi apa salahnya? Sehun tersenyum sebaris.

..................................................................................

     Chorong merengek di depan Kai. "Jebal!! Saya tak nak kahwin."

    "Yah, bertenang." Kai cuba menenangkan Chorong dan Chorong menarik nafas dalam2.

    "Kenapa ni?? Apa yang berlaku ni??"

    "Bos saya suruh saya kahwin dengan dia." Baekhyun datang mendekati mereka dengan tersengih.

     "Chorong dah nak kahwin??"

    "Dipaksa."

    "Dengan siapa?" Chorong tak mahu sebut nama lelaki itu lalu ditunjuk gambar lelaki itu. Baekhyun ternganga.

    "Lelaki ni?!"

    "Kenapa dengan dia?" Dia bernasib baik kerana Kai meminta diri ke bilik. Chorong berbisik kepada Baekhyun.

    "Saya kenal dia. Dia anak pengerusi terkenal antarabangsa. Dia memang kacak tapi sifatnya yang dingin, ego tinggi dalam diam, tak ada orang tahu yang dia ni macam tu." Baekhyun berbicara sambil mengunyah roti.

   "Ramai ke yang sukakan dia?" Baekhyun hampir tersedak. Chorong ambilkan air untuknya lalu diminum dengan gelojoh. Dia ketawa.

    "Ramai yang tak tahu, jadi ramai yang sukakan dia. Dia buat tak endah je. Dia suka bersendirian. Tak sangka pulak yang awak dipaksa kahwin dengan dia. Nanti jangan lupa ajak kitorang." Baekhyun sengih segi empatnya. Chorong merengek lalu memukul Baekhyun.

..................................................................................

      Sehun menelefon Chorong tapi tak diangkat. Perempuan ni dah kenapa? Aku dah telefon banyak tapi satu panggilan pun tak jawab, kata hatinya.

Red Moonlight |O.S.H + P.C.R (Malay Fanfic) (Completed)Where stories live. Discover now