Part2

838 60 0
                                    

Sehun melihat matahari yang semakin terbit dari arah timur. Dia menutup badannya agar tidak terkena matahari. Inilah salah satu benda yang sangat dibencinya.
Hari ini, Sehun ingin berjalan keluar dari rumah perempuan tua itu untuk melihat bandar Seoul yang dipenuhi ramai orang. Mungkin itu peluangnya mencari makanan waktu ini.
"Kamu nak ke mana, Sehun??" Nenek itu menanya dirinya. Sehun cuba senyum walaupun susah.
"Saya nak tengok bandar Seoul. Saya dengar yang kat situ banyak makanan. Eh maksud saya ramai orang." Nenek itu tersenyum.
"Baiklah, hati hati nak jalan dekat situ. Kat situ jalan sesak. Nenek takut tercedera." Sehun mengangguk dan berlalu pergi. Dia berlari sekuat hati untuk pergi ke Seoul walaupun jauh dari tempatnya sekarang. Dia bernasib baik yang kuasa miliknya masih ada.
.............................................................
Chorong berjalan di sekitar Seoul untuk mencari sejambak bunga untuk ibunya yang sakit di hospital. Hampir seminggu ibunya koma di hospital akibat kemalangan yang ngeri. Chorong berusaha untuk tidak kehilangan orang yang dia sayang buat kali kedua setelah ayahnya mati.
Setelah membeli di kedai bunga, dia pun keluar dari kedai bunga dan tiba-tiba bertembung dengan seorang lelaki yang memakai kot yang menutup badannya dengan kemas sehingga mereka jatuh.
Chorong terkejut mendengar lelaki itu mengerang kesakitan lalu dia pantas mendekati lelaki itu.
"Mi..mi..mianhae, gwenchanayo??" Chorong memegang tangan lelaki itu sedikit tercalar. Lelaki itu hanya menggeleng.
Chorong mula cemas. Mereka berdua serentak bangun.
"Mari saya tolong rawat awak. Mari ikut saya." Chorong menarik tangan lelaki itu ke bilik rawatan di sekolahnya.
.............................................................
Chorong segera mengeluarkan kotak kecemasan dan merawat tangan lelaki itu dengan segera.
"Nae, dah siap. Mianhae sbb susahkan awak. Saya tak boleh hantar awak ke klinik. Saya orang miskin. Saya hanya boleh bawak awak ke bilik rawatan kat sekolah saya ni. Lagi sekali, mianhae.." Park Chorong tunduk hormat dan berlalu pergi.
Dengan perasaan yang hairan, tiba -tiba lehernya dicekik dan badannya dihempas ke dinding. Lelaki itu iaitu Sehun, mula mengeluarkan gigi taringnya. Sehun tersenyum. Park Chorong cuba menjerit sekuat hati tetapi tiada sesiapa yang mendengar jeritannya.
"Senang pulak hari ni aku boleh dapat makanan pagi-pagi lagi." Sehun cuba menggigit leher Chorong.
Air mata yang keluar membuat Sehun terhenti seketika. Dia melihat air mata yang mengalir keluar dari kelopak mata Chorong. Titisan air mata itu mula jatuh ke atas tangannya. Tangannya menyerap air mata itu. Gigi taringnya mula menghilang.
Tangan yang mencekik leher Chorong mula dileraikan. Sehun menutup telinganya.
Chorong membuka matanya dan melihat dia berseorangan di situ.
"Siapa lelaki tadi??? Kenapa dia cekik aku?? Kenapa dia cakap aku makanan dia. Hmmm peliklah.." Park Chorong yang blur itu terus berjalan balik ke rumah sambil berfikir tentang lelaki itu.
.............................................................
Sehun masih menutup telinganya. Tangannya mula terketar apabila titisan itu mula makin masuk ke dalam sehingga ke lubuk hati.
"Arghhhhh!!!!" Sehun meraung dengan sekuat hati sehingga urat-uratnya mula keluar. Matanya yang bewarna merah akhirnya menjadi biru. Akhirnya dia pengsan buat seketika.
Matanya terbuka semula. Dia berasa pening lagi. Dia bangun dan perasaannya mula menjadi lain. Tanpa disedari, tempat titisan air mata itu telah menjadi parut di tangannya. Dia pun pulang ke rumah dengan lemah.
.............................................................
Sehun tersedak nasi setelah mendengar nenek yang menjaganya itu memberitahu bahawa dia akan membawa Sehun ke sekolah.
Sekolah?? Dia tidak tahu apa itu sekolah. Yang dia tahu hanyalah bangunan besar yang dipenuhi ramai orang dan itu merimaskan baginya.
"Waeyo?? Kamu tak pernah ke sekolah ke??" Sehun tersengih ke arah nenek itu. Nenek itu tersenyum melihat Sehun.
"Aisy, gwenchana. Nanti kamu boleh biasakan diri. Nenek pasti yang kamu akan ada ramai kawan." Nenek menepuk bahunya lalu memeluknya. Sehun hanya membalas pelukan itu.
.............................................................
Nenek memakaikannya baju sekolah. Rambutnya yang jatuh itu ditegakkan sedikit supaya lebih kemas. Akhirnya, dia menggalas beg dan berlalu pergi. .............................................................
Sehun masuk ke sekolah buat kali pertama. Dia mengemas sedikit rambutnya yang jatuh.
Matanya melihat sekeliling tetapi dia tidak sedar bahawa matanya yang bewarna biru mula memikat semua pelajar perempuan.
Dia dapat meneliti bibir semua pelajar mula menceritakan sesuatu tentang kehadirannya di sini sebagai seorang pelajar. Tapi dia juga terasa sesuatu yang membuat perasaannya mula berserabut.
Setelah sampai di pejabat, dia memberitahu pengetua agar tunjukkan kelasnya.
.............................................................
Puan Suzy memasuki kelas sambil diikuti oleh Sehun.
"Baiklah hari ni kita ada pelajar baru. Baiklah kamu boleh kenalkan diri." Puan Suzy memberi arahan kepada Sehun. Sehun memandang ke hadapan sambil tersenyum sehingga terlihat gigi taringnya. Semua orang mula mengambil perhatian.
"Annyeonghaseyo, Oh Sehun imnida. Saya pelajar baru kat sini. Harap dapat tunjuk ajar dari kamu semua." Semua orang mula berebut untuk menyuruh Sehun duduk di sebelah mereka semua. Puan Suzy menggeleng melihat gelagat melihat mereka semua. Tapi seseorang sahaja yang sesuai berada di sebelah Sehun.
"Sehun-ah, kamu boleh duduk tepi Park Chorong." Sehun mengangguk dan berada di sebelah Chorong yang tiada di kelas. Semua pelajar kecewa setelah melihat Sehun sudah berada di tempat di sebelah Chorong yang tiada di dalam kelas.
"Annyeonghaseyo, mianhae susangnim sebb saya lewat masuk kelas." Chorong tunduk hormat. Dia terkejut melihat seorang lelaki sedang berada di sebelah tmpat duduknya.
Puan Suzy membenarkan Chorong masuk lalu dia segera duduk di tempatnya. Dia tetap tidak menghiraukan Sehun. Sehun cuba melihat wajah Chorong tapi Chorong tidak mengendahkannya. Pembelajaran buat Oh Sehun akhirnya bermula.
...............................TBC....................

Red Moonlight |O.S.H + P.C.R (Malay Fanfic) (Completed)Where stories live. Discover now