PART11

460 42 9
                                    


      Yeah!! Weekend tanpa bos yang poyo!! Chorong bangun dan memakai baju untuk joging. Kini dia joging berseorangan kerana MinAh pindah sebab ibu bapa mereka sedang sibuk dengan syarikat fesyen antarabangsa. Chorong menghantar mesej tetapi mesejnya tidak dibalas. Mungkin MinAh terlalu sibuk.

     Chorong berjoging di taman yang berdekatan. Dia mengambil fon telinga lalu disumbatkan di telinganya. Kai memberinya lagu ahli kumpulan mereka yang terbaru. Best jugak lagu kumpulan mereka.

    Sedang dia asyik mendengar lagu sambil berjoging, tiba2 dia ternampak orang dipukul di lorong yang gelap. Dia berhenti dan melihat lelaki itu dipukul teruk. Nak tolong tak?

    Chorong mendapat satu idea. Dia mengambil telefonnya dan mencari sesuatu iaitu ringtone bunyi siren kereta polis. Dia membunyikan ringtone sehingga tahap maksimum. Dua lelaki yang memukul itu cemas dan terus lari. Chorong berasa lega.

    Dia ingin mendekati lelaki itu. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Hah!! Dah lewat!! Mianhae....Chorong pergi dari situ. Lelaki yang telah Chorong selamatkan dapat mengecam Chorong dan dia berasa lega....gomawo,perempuan misteri. Lelaki itu tersenyum.

..................................................................................

     Chorong menepuk dahinya. Hari ni hujung minggulah. Kalau aku tahu, mesti akuvdah tolong lelaki tadi. Chorong mengeluh. Ah, gwechanayo. Hari ni nak pergi beli barang dapur. Dia pun bersiap untuk pergi ke pasar.

   Setelah sampai, dia mendekati barang yang ingin dibeli olehnya.

   "Ahjumma, berapa harganya sotong kurita ni?" Ahjumma hanya mencubit pipi gadis di depannya. Chorong dianggap pelanggan tetap di tempatnya. Chorong hanya tersengih. Setelah mereka berbual, ahjumma bersuara,"Chorong, kamu bukan tinggal seorang diri kat rumah sewa tu? Apa kata, kamu tinggal dengan ahjumma? Kamu boleh jimat sewa rumah kamu." Soalan ahjumma dijawab dengan gelengan.

     "Anniya,ahjumma. Saya tak nak menyusahkan ahjumma. Sekarang saya dah selesa dengan hidup saya seorang diri. " Ahjumma hanya tersenyum.

   "Ahjumma tak pernah jumpa budak sebaik kamu. Ahjumma harap kamu dijodohkan dengan lelaki yang sebaik kamu." Bab2 jodoh...Chorong hanya diam. Dia tak nak fikirkan tentangnya. Dia lebih sayangkan Sehun tapi Sehun sudah berubah. Tak, dia sayangkan Sehun yang dulu. Sehun yang selalu cintakan dia dan belainya dengan penuh kasih sayang. Tapi Sehun sekarang, pandang dirinya sebagai perempuan yang jijik. Chorong mengeluh.

    Dengan tidak sengaja, dia merempuh seseorang sehingga barang dapurnya terjatuh. Chorong menepuk dahinya lalu mengutip barang dapurnya. Lelaki yang dirempuhnya juga menolongnya.

   Chorong melihat lelaki itu. Rambutnya bewarna hitam dan anak matanya bewarna coklat hazel. Pakaiannya seperti orang kaya. Lelaki itu menghadiahkan senyuman kepadanya. Chorong hanya membalas senyuman itu.

  Mereka bangun dengan serentak. Chorong memberi tunduk hormat, "Mianhae, saya tak sengaja. Lain kali saya takkan cuai lagi."

    "Gwenchana, kan tak sengaja." Suaranya memang sedap didengar. Mesti ramai perempuan yang cair dengan dia ,kata hati Chorong.

    "Apa kata kita berkenalan? Annyeong , Park Jimin imnida.." Jimin menghulurkan tangannya lalu Chorong menyambutnya.

    "Park Chorong imnida." Chorong tersedar yang huluran tangannya terlalu lama lalu Chorong meleraikannya. Mereka berdua tersenyum. Jimin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

   "Jadi, kawan?" Chorong tersenyum lalu mengangguk.

..................................................................................
    
   Chorong menutup pintu. Dia berdiri di belakang pintu. Dia memegang kedua dua belah pipinya. "Ah, jinjja...kacaknya dia. Eh, kejap." Chorong membulatkan matanya. Dia menampar pipinya.

Red Moonlight |O.S.H + P.C.R (Malay Fanfic) (Completed)Where stories live. Discover now